Nguyen Van Quet Terkejut Skuad Malaysia Sangat Berbeza Dari Sebelum Ini Dan Lain Macam Sikit

Pemain Pahlawan Bintang Emas / Golden Star Warriors, Nguyen Van Quyet menyatakan bahawa Harimau Malaya kini sudah habis mood hooney moon. Kerana cabaran sebenar Harimau Malaya adalah aksi ketiga peringkat kumpulan menentang Vietnam.

Dia turut terperasan sesuatu di mana skuad Malaysia kali ini benar benar berbeza daripada skuad mereka yang sebelum ini. Dan mengakui agak tekejut dengan kualiti pasukan yang lebih baik berbanding dengan Malaysia yang dia kenali dalam beberapa tahun ini.

Van Quyet menganggap Malaysia sebagai seteru besar Vietnam memandangkan rekod di antara kedua dua negara sebelum ini.

Dan menyatakan bahawa Vietnam memiliki kelebihan sebagai tuan rumah.

Dia berkata: “Malaysia merupakan salah satu seteru terbesar untuk Vietnam. Kami sebelum ini merasai kemenangan dan kekalahan menentang Malaysia.”

“Memandangan ini adalah perlawanan yang penting, kami [Vietnam] harus kekal fokus dan bertenang. Terutama sekali kami beraksi sebagai pasukan tuan rumah.”

“Kami masih menempuhi perjalanan yang panjang dalam pertandingan ini.”

Van Quyet menyeru agar rakan rakan sepasukannya memberikan aksi 100% berdepan dengan pasukan Harimau Malaya. Dan memberikan amaran kepada Malaysia bahawa, 2 lawan mereka sebelum ini agak mudah berbanding dengan lawan sebenar mereka iaitu Vietnam.

Van Quyet perasan bahawa pasukan Malaysia kali ini sangat berbeza dengan pasukan sebelum ini. Dan dia berpendapat Harimau Malaya kali ini lebih kuat terutama sekali dengan kehadiran lebih ramai pemain naturalisasi dengan teknikal yang lebih baik.

“Saya berharap, bermain menentang Malaysia, seluruh pasukan kami akan memberikan usaha 100% di atas padang.”

“Malaysia sebelum ini sudah memenangi 2 perlawanan awal mereka. Dan mereka sudah memiliki tahap keyakinan tertentu.”

“Tetapi [saya nak ingatkan bahawa] kali ini mereka akan berdepan dengan cabaran lebih besar iaitu pasukan Vietnam.”

“Skuad mereka kali ini sangat berbeza dengan skuad mereka yang sebelum ini. Lebih kuat dan lebih ramai pemain naturalisasi dengan teknik lebih baik.”

“Secar peribadi, saya rasa perlawanan ini sangat seimbang antara kedua dua pasukan. Tetapi Vietnam tetap ada kelebihan sebagai pasukan tuan rumah.”

 

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di