Nico Williams Mahu Terus Kekal

Nico Williams akhirnya memberikan kata putus kepada Barcelona. Di mana pemain itu tidak akan menyertai Barca kali ini, kerana dia mahu terus kekal bersama dengan Athletic Bilbao.

Sebelum ini laporan Fabrizio Romano menyebut bahawa, Barcelona sudah berbincang dengan kelab dan ejen pemain tersebut.

Dan Barca sedia membayar klausa pelepasan sekitar €58 juta pada kontrak pemain itu. Kemudian Barca menunggu keputusan daripada Nico Williams sama ada dia setuju untuk berpindah atau tidak.

Nico Williams yang masih bercuti membuatkan Barca menunggu agak lama. Dengan kelab itu benar benar berharap pemain itu berkata ‘OK’ untuk mereka sama sama mengaktifkan klausa pelepasan.

Hal ini kerana klausa pelepasan itu hanya boleh diaktifkan oleh Nico Williams jika ada kelab yang setuju membayar angka yang terkandung pada kontrak tersebut.

Athletic Bilbao malah sudah menyediakan kontrak baharu untuk pemain itu yang turut menarik perhatian PSG yang mahu menjadikannya pengganti kepada Kylian Mbappe.

Dan Daniel Sobis – koresponden Eleven Sports – mengesahkan bahawa pemain itu mahu terus kekal di Athletic Bilbao sekurang kurangnya untuk semusim lagi.

Terdapat sedikit kerisauan di kem Barca kerana pemain itu mungkin akan melanjutkan kontrak baharu dengan kelabnya. Kontrak semasa pemain itu masih ada sehingga 2027.

Seterusnya minat daripada kelab seperti PSG boleh membuatkan mereka kehilangan pemain itu. Yang sudah menjadi sasaran utama Barcelona sejak musim lalu lagi.

Prestasi cemerlang Nico Williams bersama dengan Sepanyol di Euro, terutama sekali gandingannya dengan Lamine Yamal menguatkan lagi minat Barcelona ke atas pemain itu.