Nicol Ann David adalah merupakan antara atlet wanita terbaik yang pernah dilahirkan di negara kita. Jika skuasy itu ada dipertandingkan dalam Sukan Olimpik, rasanya penantian emas Malaysia di Olimpik mungkin sudah lama berakhir.
Dedikasi, teknik dan kesungguhan Datuk Nicol Ann David adalah resipi utama kejayaan beliau dalam lapangan sukan skuasy. Bukan mudah untuk melahirkan seorang juara dunia dalam apa jua jenis sukan.
Nicol Ann David Legenda Skuasy Dari Malaysia
Nicol David dilahirkan pada 26 Ogos 1983. Nicol memiliki rekod 51 kemenangan berturut-turut dari Mac 2006 sehingga April 2007. Natalie Grinham yang dianggap seteru utama Nicole adalah pemain yang mengakhiri perjalanan itu dalam Terbuka Seoul 2007.
Nicol David turut memiliki 7 Anugerah pemain terbaik tahunan WSA dari 2005-2012.
Karier skuasy beliau bermula awal sejak berumur 8 tahun lagi. Pada usia 8 tahun Nicol terpilih mewakili Pulau Pinang dalam kejohanan junior kebangsaan Milo-Dunlop Sport National Junior Interstate Championship 1992.
Nicol telah mengejutkan ramai peserta yang lebih berusia. Nicole menenangi pingat perak dalam kejohanan tersebut. Pada usia 16 tahun Nicole memenangi kejuaraan kebangsaan beliau yang pertama.
Pada tahun 1994, Nicole memenangi kejohanan bawah 12 tahun, Scottish Junior Open. Ini diikuti kejayaan di kejohanan Bawah 23 Tahun di Hong Kong.
Pada 1999, dan 2001 Nicol memenangi Kejuaraan Dunia Junior. Wanita pertama melakukannya sehinggalah Raneem El Weleily melakukannya pada 2007. Nicol masih menjadi pemain termuda menjuarai kejohanan tersebut pada usia 15 tahun.
Seterusnya Nicol berjaya memenangi British Junior Open Bawah 17 tahun pada 1999 dan Junior Open Bawah 19 tahun di Jerman untuk kategori perseorangan dan berpasukan.
Menawan Dunia
Selepas cemerlang di peringkat junior, Nicol menyertai kejohanan terbuka WISPA dan menjadi profesional pada tahun 2000. Kejuaraan WISPA pertama beliau adalah pada Februari 2000 dengan menewaskan Salma Shabana di Terbuka Finland. Nicol menjadi pemenang paling muda dalam sejarah WISPA.
Pada 2005, Nicol menjadi pemain dari Malaysia yang pertama memenangi Terbuka Britain dan juga wanita daripada Asia pertama yang melakukannya. Tahun yang sama Nicol membawa pulang kejuaraan Terbuka Dunia di Hong Kong. Pada Januari 2006, Nicole disahkan menjadi pemain no.1 dunia buat pertama kali.
Ini telah tercatat dalam lipatan sejarah baru dunia skuasy apabila Nicol Ann David menjadi pemain skuasy dari Malaysia dan Asia yang pertama menduduki ranking nombor satu dunia.
Tahun 2006 adalah tahun terbaik dalam karier Nicol. Beliau mempertahankan kejuaraan dunia menewaskan Natalie Grinham dalam final yang dianggap terbaik dalam sejarah skuasy wanita. Dan pada akhir tahun 2006, Nicole sekali lagi diundi sebagai pemain terbaik dunia untuk kali kedua.
Nicol kemudian menjadi atlet yang paling konssisten. Selepas musim cemerlang pada 2006, satu lagi musim terbaik Nicol adalah pada 2008. Di mana Nicole menang 10 kejuaraan dalam musim tanpa kalah.
Ini membuatkan Nicol menjadi pemain skuasy paling dominan dalam sejarah sukan tersebut di dunia. Nicol mendapatkan semula ranking no.1 dunia pada tahun 2008.
Dalam kejohanan kegemaran beliau di Terbuka Kuala Lumpur 2010, Nicole memenangi kejuaraan terbuka dunia beliau yang ke-6. Tahun yang sama Nicole memenangi emas dalam acara skuasy dalam Sukan Komanwel di India.
Nicole menjuarai beberapa lagi kejuaraan dari tahun 2011-2014. Antara pencapaian lain Nicol David adalah menerima Anugera Darjah Bakti (D.B) daripada Tuanku Mizan Zainal Abidin pada Jun 2008.
Penerima paling muda anugerah tersebut sejak ia dianugerahkan pertama kali pada Jun 1975.
Di negeri kelahirannya, Nicol dianugearahkan dengan pingat Darjah Setia Pangkuan Negeri Award (DSPN), yang membolehkan beliau bergelar Datuk. Nicole menjadi Datuk paling muda dalam sejarah Pulau Pinang.
Terbaik Selamanya
Pada Februari 2019, Datuk Nicol David, mengumumkan bahawa beluau menggantung raket dengan beliau sendiri mengumumkan persaraannya.
Keputusan itu dibuat selepas dia mengadakan perbincangan bersama keluarga dan jurulatih, Liz Irving, yang menjadi tulang belakang kejayaannya ketika di puncak karier dan sehingga kini.
“Saya gembira untuk bersiaran di sini bagi berkongsi perkembangan. Saya sangat gembira dan teruja untuk mengumumkan bahawa saya akan bersara Jun depan.”
“Ini akan menjadi musim terakhir saya dalam karier profesional.”
Nicol meninggalkan rekod dan legasi yang sangat luar biasa di dunia skuasy. Nicol memegang rekod pemain paling lama yang menghuni ranking nombor satu dunia, iaitu selama sembilan tahun, sebelum dirampas jaguh Mesir, Reneem El Weleily, pada 2015.
Dalam kariernya beliau mengecapi kesemua kejuaraan, termasuk lapan kali bergelar juara dunia, selain lima pingat emas Sukan Asia, dua emas Sukan Komanwel dan 81 gelaran kejuaraan Jelajah PSA. Memiliki rekod 151 bulan di ranking 10 teratas dan memecahkan rekod Peter Nicol (150 bulan).
Satu-satunya kekesalannya ialah skuasy belum diterima menjadi acara rasmi dalam Sukan Olimpik sepanjang kerjayanya selaku pemain.
Mencipta musim tak terkalah pada 2008. Dari tahun 2008-2012, Nicol memenangi kejuaraan dunia secara berturut-turut. Untuk kejuaraan Asia beliau menjurainya 8 kali dari 1998-2001.
Dari tahun 2005-2010, Nicol memenangi Anugerah Terbaik WISPA sebanyak 6 kali berturut-turut.
Nicol Ann David adalah kebanggaan Malaysia. Beliau diiktiraf antara 20 atlet terbaik dunia pada 2006 oleh The Telegraph.
Anda memang legenda Datuk Nicol Ann David. Greatesh Of All Time aka GOAT!