Penyerang muda Chelsea, Nicolas Jackson telah berjaya mencetak hatrik dalam aksi derbi London antara Chelsea dan Spurs semalam. Chelsea menang bergaya 4-1 dalam perlawanan tersebut.
Dan pemain tersebut berbangga kerana baru sahaja menjaringkan gol bersama kelab terbesar di England iaitu Chelsea, menurut pemain itu. Sudah tentunya dia menjadi pemain terbaik perlawanan.
Jackson berkata: “Saya sangat gembira. Ianya adalah detik yang sukar dilalui semua dalam pasukan ini. Kami bangkit semula dengan sangat perlahan. Tetapi saya sangat gembira berjaya menjaringkan 3 gol.”
“Ini adalah hatrik pertama saya, dan saya gembira melakukannya bersama dengan pasukan terbesar di England dan di mana sahaja.”
“Saya harus sentiasa memperbaiki diri dan bekerja keras. Kami terus berusaha. Tottenham ada stadium yang hebat dan penyokong luar biasa. Jadi kami haru berjuang dan memenangi perlawanan ini.”
“Ianya benar benar sukar kerana mereka berterusan mengekalkan garisan pertahanan mereka. Kami ada pemain pemain berkualiti untuk memberikan kami bola dan kami menang.”
“Kami semua bermimpi tentang memenangi perlawanan perlawanan besar dan keyakinan di dalam pasukan agak perlahan.”
Nicolas Jackson: “I’m very happy to score 3 goals. My first hattrick. I did it for the biggest club in England and everywhere.” (Sky) #CFC pic.twitter.com/KBmOMPCTcL
— ChelsTransfer (@ChelsTransfer) November 6, 2023
Nicolas Jackson sebelum ini dikritik ramai kerana prestasinya kurang memuaskan sejak menyertai Chelsea dengan nilai perpindahan £32 juta dari Villarreal. Pemain itu menikmati pra musim yang baik namun pada permulaan musim sebenar dia berdepan masalah sedikit gugup di hadapan gol.
Namun Mauricio Pochettino sentiasa meletakkan kepercayaan ke atas pemain itu. Dan ianya terbalas.
Kejayaan mencetak hatrik menentang Spurs pastinya mahu digunakan Jackson membuktikan kepada Alan Shearer yang sebelum ini yang melabel Nicolas Jackson bukan penjaring gol secara semulajadi dan kerap berada di kedudukan yang tidak betul di atas padang.