Pada tahun 2001, kejohanan bola sepak Sukan SEA mula diubahsuai menjadi pertandingan bawah umur 23. Ia satu langkah baik selepas skuad senior dan bawah 19 tahun sudah mempunyai kejohanan AFF bagi saingan serantau.

Malaysia dibawah kendalian Alan Haris telah meraih pingat perak ketika edisi pertama tersebut berlangsung di Malaysia. Pemain mana dalam skuad itu masih kekal dalam tumpuan bola sepak 2019?

Nidzam Jamil

Pemain ini menjadi watak penting mempertahankan barisan pertahanan Malaysia yang dibarisi oleh Shukor Adan dan Norhafiz Zamani Misbah.

Nidzam tampil dalam kesemua 5 perlawanan Malaysia sebelum tewas kepada Thailand 0-1 pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam pada 15 September.

Pemain bertahan ini tidak mempunyai karier yang memuncak di pentas domestik sebagai pemain walaupun menjadi sebahagian pemain muda terbaik Malaysia.

Nidzam terpaksa bersara pada usia 28 tahun selepas mengalami kecederaan berganda di bahagian kaki dan lutut yang memerlukan pembendahan untuk kembali pulih.

Bekas pemain Selangor ini mula terjun ke bidang kejurulatihan dan menjadi jurulatih paling muda menjuarai kejohanan domestik selepas membawa SPA ke Liga Perdana sebelum berkelana ke kelab air Asia. Beliau menjuarai divisyen 3 Malaysia (Piala FAM).

Seterusnya Nidzam mengetuai pasukan Universiti Malaysia yang mana beliau memantau kejohanan liga IPT dan membentuk pasukan Malaysia (Universiti).

Beliau dianggap jurulatih terbaik dimiliki oleh Malaysia (Universiti) dalam menentukan hala tuju pasukan itu. Sehingga kini pasukan ini masih belum menjumpai penggantinya.

Karier Nidzam semakin meningkat, beliau mula memecah masuk dalam kancah utama bola sepak negara selepas mengambil alih Felda United selepas B.Sathianatahan meninggalkan pasukan tersebut.

Sebelum itu Nidzam hanya bertindak sebagai pembantu Sathianathan, pengecilan bajet pasukan memberi ruang kepada Nidzam. Nidzam berjaya mengekalkan Felda United kekal di Liga Super 2020.

Musim 2020 akan menyaksikan Nidzam masih berada di Liga Super sebagai jurulatih jika kekal bersama Felda United.

Menjadi salah seorang pemain muda Sukan SEA 2001 yang mempunyai karier jurulatih yang cemerlang berbanding pemain yang lain.

Indra Putra Mahayuddin

Seperti Nidzam, Sukan SEA 2001 merupakan tahun kelahiran yang 20 bagi pemain ini. Juga tampil dalam kesemua 5 perlawanan pada edisi tersebut.

Pemain serangan ini bersama Hairuddin Omar, Akhmal Rizal Rakhli dan Nizaruddin Yusof menjadi pemain penting bahagian serangan Alan Harris.

Kombinasi ini menghasilkan 8 gol dari 10 jaringan yang membawa Malaysia mara ke perlawanan akhir. Indra menyumbang 1 dari 8 gol tersebut.

Tidak seperti Nidzam, Indra mempunyai karier sebagai pemain yang cemerlang. Ketika Nidzam perlu bersara awal, pemain ini masih kekal sebagai pemain walaupun sudah berusia 38 tahun.

Indra Putra Mahayuddin

September 2019 menyaksikan bekas penyerang Malaysia ini berjaya merekod jaringan ke-100 peribadi di Liga Super ketika bersama Kuala Lumpur.

Pemain kelahiran Ipoh, Perak ini meraih semua trofi domestik sepanjang beraksi bersama 7 pasukan sejak 20 tahun lepas.

Ketika Nidzam menjadi jurulatih paling berbakat dalam skuad Sukan SEA 2001, Indra tampil menjadi pemain paling berjaya dari skuad itu.

Lain-lain

Beberapa nama lain yang boleh disebut memenuhi jangkaan sebagai pemain masa depan dalam skuad itu adalah Akhmal Rizal Rakhli dan Haruddin Omar.

Hairuddin lebih mirip seperti Indra Putra, mempunyai banyak kejayaan sebagai pemain. Sementara itu Akhmal Rizal hampir berjaya menembusi pasukan utama di Eropah.

Akhmal Rizal bersama Stanley Bernard ketika mengulas salah satu perlawanan domestikm

Masalah kecederaan dan kekurangan ejen pemain pada ketika itu membataskan keinginan Akhmal bermain di Eropah.

Beliau gagal menghadiri sesi pemilihan pemain FC Sedan kerana masalah hamstring dan selepas kembali ke Malaysia, beliau sukar mencari ejen yang mampu membawanya kembali ke eropah.

Selepas bersara Akhmal menubuhkan Akhmal Rizal Football Academy (ARFA) bagi membantu remaja yang gagal memasuki sekolah sukan, membantu remaja terlibat merasai suasana latihan bola sepak yang lebih baik.

Norhafiz Zamani Misbah dan Shukor Adan melengkapi 5 pemain paling berjaya dalam skuad yang memenangi pingat Perak di Kuala Lumpur itu.

2 pemain ini mempunyai majoriti musim yang baik sebagai pemain, sama ada di peringkat domestik dan Nasional.