Nike Racun Peminat Dengan Kasut LeBron 9 Low “Liverpool” Yang Jelita

Menurut laporan oleh Sneaker News, Nike akan merilis kasut edisi khas untuk Liverpool pada akhir tahun 2020 / musim cuti hari Natal.

Nike merupakan penaja rasmi baharu Liverpool bermula musim hadapan.

Kasut LeBron 9 Low “Liverpool” pernah dikeluarkan pada tahun 2012 untuk meraikan ulangtahun pelaburan LeBron James di Fenway Sports Group.

Nampak gayanya kasut edisi terhad itu bakal berada di pasaran sekali lagi untut dimiliki penyokong Liverpool dan abang abang collector.

Kasut tersebut berwarna merah, dan juga mempunyai skema warna hitam dan teal (hijau).

Skema warnanya sangat mirip dengan warna kit gelanggang sendiri (home) Liverpool untuk musim 2020-21 yang tertiris sebelum ini.

Reka bentuk kasut tersebut kelihatan hebat, menggoda, mencairkan dan penuh dengan hasutan kepada pembeli.

Nike masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi tentang bila kasut ini akan dikeluarkan. Namun Sneaker News sudah menyatakan bahawa kasut ini akan dikeluarkan pada akhir tahun 2020.

Jadi, kepada korang yang ingin memiliki kasut hebat ini, boleh la mula menabung dari sekarang. Dan semoga korang berjaya memilikinya.

Dalam perkembangan yang lain, Nike menunjukkan kemuliaan hatinya dengan membenarkan Liverpool menggunakan jersi dan pakaian New Balance untuk balance musim ini.

Jadi, korang mesti expect NB akan keluarkan edisi terhad lagi lepas ni. Sebelum ni pun dia ganas keluarkan produk dia mentang mentang kontrak nak habis.

PERHATIAN!

Sempena meraikan ulangtahun kejayaan LIVERPOOL memenangi UCL tahun lepas, kami lancarkan buku yang merakam sejarah paling manis buat kelab yang akan menang EPL tak berapa lama lagi dah ni.

Buku ini adalah debut daripada Axello Tacts:

Kalau nak beli, boleh buat kat sini: https://bit.ly/liverpoolmahkotaeropah

Baca yang lain