Nike Tamatkan Tajaan Greenwood

Nike dilaporkan telah menamatkan kontrak kerjasama dengan Mason Greenwood. Keputusan itu diambil selepas bintang itu tersabit dengan kes serangan seksual serta pukul perempuan.

Menurut laporan oleh The Athletic. Jurucakap Nike mendakwa bahawa penyerang Manchester United itu tidak akan lagi bekerjasama dengan mereka selepas dia ditangkap dalam kes serangan seksual dan ugutan bunuh terhadap teman wanitanya, Harriet Robson.

“Mason Greenwood bukan lagi atlet Nike,” kata jurucakap Nike dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, Nike hanya menggantung kerjasamanya dengan Greenwood. Kini, langkah yang lebih tegas telah diambil selepas mendapat kecaman ramai pihak. Kerana ramai pelanggan Nike juga merupakan kaum wanita.

Greenwood sebelum ini menjadi bualan ramai se;epas foto dan video Harriet Robson yang dipukul tular di media sosial. Tidak lama kemudian, Greenwood segera ditangkap dan ditahan oleh Polis Greater Manchester.

Selepas disiasat selama dua hari, kes Greenwood malah dinaikkan kepada serangan seksual dan ugutan bunuh. Ini selepas pemain berbangsa Inggeris itu juga dikatakan telah membuat ugutan bunuh terhadap teman wanitanya.

Greenwood kemudian dibebaskan atas jaminan polis selepas tiga hari dalam tahanan polis. Dan dia turut diminta membayar wang ikat jamin keselamatan.

Kes itu meletakkan kerjaya Mason Greenwood dalam bahaya. Manchester United, kelabnya, melarangnya daripada berlatih dan bermain sehingga kes dia diselesaikan dan dia perlu membuktikan dia tak bersalah. Jika tidak, maka Greenwood berisiko dibuang oleh Man United atas pembatalan kontrak tanpa sebarang pampasan.

Bukan itu sahaja, MU juga tidak lagi menjual barangan cendera mata Greenwood di kedai-kedai rasmi mereka. Malah, peminat dibenarkan menukar jersi Greenwood dengan jersi pemain lain secara percuma.

Kelab turut merasakan impak apabila beberapa penaja mereka termasuk DHL dan Cadbury juga dikatakan telah menggantung kerjasama dengan Mason Greenwood. Di mana mereka tidak mahu ada imej pemain itu muncul dalam iklan mereka buat masa ini.

Selain itu permainan video PES dan FIFA turut mengeluarkan kesemua pakej berkaitan Greenwood daripada permainan mereka buat masa ini.

Peristiwa Greenwood membantai kekasih sendiri kerana nafsu buas

Mason Greenwood dirundung kontroversi apabila melakukan keganasan domestik ataupun keganasa rumah tangga ke atas teman wanitanya, Harriet Robson.

Ada satu lagi klip rakaman suara di mana Greenwood memaksa Harriet untuk melakukan hubungan kelamin dengannya. Namun wanita itu menolaknya pada ketika itu.

Kelab Manchester United sudah sedia maklum tentang gambar gambar dan klip video yang tersebar di media sosial yang dikaitkan dengan pemin berusia 20 tahun itu, yang juga graduan akademi Man United di Carrington.

Berikut adalah apa yang dikatakan oleh lelaki dan wanita tersebut.

Lelaki: “Harriet bukaklah kaki kau tu. Alihkan kaki kau.”

Wanita: “Tak nak, saya tak nak buat hubungan s*** dengan kamu.”

Lelaki: “Aku tak peduli apa yang kau nak bodoh.”

Wanita: “Diamlah:

Lelaki: “Jangan menjawab.”

Wanita: “Kau letakkan benda kau yang keras kat sebelah aku dah kenapa. Aku tak nak la buat dengan kau.”

Lelaki: “Aku tak peduli pun kau nak buat ke tak. Dengar tak apa aku cakap ni?”

Wanita: “Kenapa pulak aku kena buat buat benda macam ni [dipaksa melakukan hubungan dengan dikasarai]?”

Lelaki: “Sebab masa aku cakap elok elok kau tak nak. Aku cakap elok elok kau tak akan buat pun. Apa lagi kau nak aku buat?”

Lelaki itu menambah: “Kau tolak aku sekali lagi, kau tengoklah apa akan jadi kat kau.”

Wanita: “Tak naklah”

Lelaki: “Ok, kau tengoklah nanti apa jadi lepas ni, berambuslah.”

Ini adalah laporan Daily Mail:

The man says: ‘Harriet… move your legs up. Move your f***ing legs up.’ She says: ‘No, I don’t want to have sex.’

He says: ‘I don’t give a f*** what you want you little s***.’ She tries to protest but he says ‘shut up’.

He goes on: ‘Talking to me stop.’ Robson says: ‘Stop putting your d*** near me. I don’t want to have sex with you.’

He says: ‘I don’t care if you want to have f***ing sex with me. Do you hear me?’ She says: ‘Why do I have to do this though?’

He says: ‘Because I asked you politely and you wouldn’t do it. I asked you politely and you wouldn’t do it. What else do you want me to do?’

He adds: ‘Push me again one more time and watch what happens to you.’ She says: ‘No.’ He goes on: ‘Well you will actually and watch what happens. Get the f*** off me.’

Jika benar itu adalah Greenwood maka dia kini berdepan dengan pertuduhan r*gol. Kerana wanita itu dipaksa melakukan hubungan intim tanpa kerelaan.

[VIDEO] Awek Greenwood Muat Naik Post Tunjukkan Dirinya Dipukul Dan Dicederakan Pemain Muda Tersebut

Penyerang muda Manchester United Mason Greenwood telah dituduh melakukan keganasan domestik oleh teman wanitanya Harriet Robson.

Beberapa jam yang lalu, satu post mengejutkan dunia telah disiarkan di akaun Instagram Harriet yang menunjukkan kesan lebam dan luka di badannya dengan kapsyen yang menyatakan: “Kepada semua orang yang ingin tahu apa sebenarnya yang dilakukan oleh Mason Greenwood kepada saya”.

Pasangan tersebut sebelum ini sangat mesra dan seringkali memuat naik gambar romantik mereka di media sosial.

Mereka dianggap pasangan muda yang sangat secocok.

Beberapa imej yang agak tidak menyenangkan untuk dilihat itu, jelas menunjukkan bahawa gadis itu terkena serangan fizikal. Dia kemudiannya menyiarkan klip audio yang memaparkan Greenwood telah menderanya secara fizikal dan mengancamnya.

Berita itu telah mengejutkan penyokong penyokong United rata rata baru bangun di UK, ketika berita itu tersebar. Mereka juga risau mengenangkan apa yang akan berlaku untuk pemain berusia 20 tahun itu selepas ini. Kerana kes itu dianggap sangat serius dan boleh membuatkan Greenwood masuk penjara.

Ramai yang mengecam Greenwood dan meminta pemain itu diheret ke muka pengadilan segera.

Greenwood telah disebut-sebut sebagai salah satu bakat paling cerah yang datang dari akademi United. Namun pemain itu sudah beberapa kali terlibat dalam kontroversi luar padang. Sebelum ini pernah melanggar peraturan kuaranti bersama sama dengan Phil Foden dengan membawa wanita ke hotel ketika tugasan antarabangsa England.

Dengan United enggan melabur dalam penyerang muda lain, ramai yang percaya bahawa pemain berusia 20 tahun itu adalah calon terbaik mengetuai barisan serangan untuk United.

Greenwood menyarung jersi kelab paling popular di dunia itu dan merupakan pemain antarabangsa England. Jadi, segalanya serba serbi luar biasa dicapainya pada usia muda.

Jika benar dia melakukan serangan itu, ia adalah kelakuan yang mengejutkan dan memalukan yang pastinya kelab itu tidak boleh dan tidak akan bertolak ansur. Oleh itu, ia serta-merta meletakkan kerjayanya dalam bahaya.

United telah mengeluarkan kenyataan pagi ini dengan mengatakan:  “Kami sedia maklum tentang imej dan dakwaan yang tersebar di media sosial. Kami tidak akan membuat sebarang ulasan lanjut sehingga fakta telah dipastikan. Manchester United tidak membenarkan sebarang bentuk keganasan.”

Laporan di Twitter mendakwa bahawa Polis Greater Manchester telah dimaklumkan tentang perkara itu, namun perkara itu masih belum disahkan.

Sudah tentu, seseorang tidak seharusnya membuat kesimpulan sebelum mendengar kedua-dua belah cerita, jadi peminat United akan mengharapkan maklum balas segera daripada Greenwood.

Mungkin terdapat juga penjelasan lain, contohnya akaun Robson mungkin telah digodam dan gambar serta audio dipalsukan. Itu antara perkara yang boleh berlaku, kata segelintir peminat yang mengambil langkah lebih tenang.

Walaubagaimanapun, tidak lama selepas itu, akaun tersebut juga dilihat sudah memadamkan gambar gambar berkaitan dengan Greenwood. Ia menguatkan lagi spekulasi bahawa pemain itu benar benar melakukan serangan keganasan domestik ke atasnya.

Ramai yang memberikan sokongan kepada Harriet Robson kerana menurut mereka, setiap wanita tidak sepatutnya dilayan dengan keganasan seperti itu.

Namun tidak lama selepas itu ayah Harriet Robson mengecam pihak yang menjadi punca video itu tersebar. Menurutnya, telefon Harriet telah digodam. Dan dia masih mengesahkan Greenwood dan Harriet masih saling sangat mencintai walaupun sejak akhir akhir ini agak renggang.