Baiklah, bercerita tentang angka 90, antara perkara terindah dalam bola sepak yang berkaitan dengan nombor 90 adalah boots Nike Total 90.
Setiap lelaki yang cintakan bola sepak pastinya ada minat tersendiri ke atas boot bola sepak. Tak kisahlah pemain profesional ataupun tidak.
Kegilaan ke atas Nike Total 90
Pada satu ketika dahulu, ada satu boot yang paling popular, keluaran Nike iaitu Total 90.
Nike mendakwa boot mereka ini serba canggih dan terbaik. Nike Total 90 telah memperbaiki aspek shooting di dalam boots mereka dengan permukaan instep kasut tersebut yang diperbaiki.
Sweet spot diwujudkan untuk memastikan pemakainya merasai pengalaman melakukan Volley yang padu. Itu pun kalau kau tak tendang angin.
Tu yang bulat hitam tu adalah Sweet spot.
Total 90 melakukan debutnya ke pasaran dunia pada tahun 2000. Menjadi sangat fenomena satu ketika dahulu.
Sampai baju pun ramai pakai no.90 yang dibulatkan kerana pengaruh jenama Total 90 ini. Ianya satu simbol kebanggaan kepada penggunannya.
Nike Total 90 telah memberikan permulaan kepada era T90 di dalam bola sepak dunia sehingga ke hari ini. Dan banyak sekali rantaiannya selepas itu.
Nike mendapat publisiti yang sangat luar biasa daripada Total 90 ini. Menjadikan ia antara produk terbaik yang pernah mereka hasilkan dalam pembuatan produk sukan dan bola sepak.
Ia melonjakkan nama Nike selepas sebelum ini mereka pernah menghasilkan Nike Tiempo yang juga menjadi fenomena.
Piala Dunia T90
Pada Piala Dunia 2002, ia boleh dikatakan Piala Dunia Nike T90. Ini kerana Nike T90 telah menjadi boots yang paling banyak digunakan oleh para pemain.
Antara legenda yang memakaiknya ialah Luis Figo, Paul Scholes, Roberto Carlos dan Francesco Totti.
Legasi
Selepas itu, Nike tidak menghasilkan sebarang siri Total 90 sehinggalah 2008 dengan T90 Laser II.
Rekaanya yang ada sweet spot (warna hitam dekat instep) yang berbeza dengan sebelum adalah salah satu signature utama boots ini.
T90 Laser II adalah edisi yang dihasilkan sempena dengan kejohanan Euro 2008. Jenama yang laris juga ketika itu.
Pada 2009 keluarlah pula T90 Laser III. Kasut bola sepak yang dianggap terbaik untuk penyerang.
Kenapa begitu? Kasut inilah yang berjaya membantu Rooney menjaringkan 34 gol semusim. Rooney bukan no.9, tetapi dia adalah false 9 dan juga no.10. Untuk rekod gol sebanyak itu, hanya Messi sahaja false 9 selepas itu melakukannya.
Seterusnya keluarlah boots, T90 Laser IV, T90 Laser V dan beberapa siri Total 90 Air Zoom serta Total 90 Air Zoom Supremacy.
Total Air Zoom dianggap sebagai kasut Total 90 yang terbaik oleh ramai pemakainya.
Pemain seperti Figo, Totti menggunakan kasut ini ketika peak dalam karier mereka. Total Air Zoom III tu memang antara kasut yang popular terutama sekali pada Euro 2004.
Itulah kisah rantaian kasut siri Total 90. Hari ini tak tahu dah sampai siri berapa dah. Yang pasti jenama ini juga sangat sinonim dengan pasukan Brazil yang ketika itu dipenuhi ramai bintang samba.
Mana kegemaran anda? Ada tak nak kongsi gambo pakai kasut T90 ni.