Nilai Club Brugge €160j, Young Boy’s €62j vs PSG €997j Dan Man United €937j

Dalam penilaian skuad oleh Transfermrkt baru baru ini PSG diletakkan sebagai pasukan kedua paling bernilai dari segi skuad.

Penilaian ini merujuk kepada harga pemain pemain yang mereka ada di dalam pasukan.

Berikut adalah 5 pasukan dengan nilai tertinggi dari segi nilai skuad.

1. Manchester City – €1.04bn

Tidak mengejutkan sama sekali apabila Man City diletakkan di tangga teratas. Dengan mengambil kira jumlah perbelanjaan mereka ketika membeli pemain dan juga polisi mereka yang tidak terdesak menjual pemain yang menuju ke tahun akhir kontrak.

City memiliki Squad depth yang sangat baik.

2. Paris Saint-Germain – €997 juta

Apabila pasukan kami ada Messi, Neymad dan Mbappe, secara langsungnya pasukan itu akan bernilai lebih setengah billion dan ke atas.

Kini PSG memiliki himpunan pemain dengan nilai hampir €1 billion di belakang Man City.

3. Manchester United – €937 juta

Jadon Sancho, Cristiano Ronaldo dan Raphael Varane menambahkan lagi nilai skuad mereka yang sudah ada pemain bintang seperti Paul Pogba, Bruno Fernandes dan Harry Maguire.

Menjadikan mereka skuad kedua paling bernilai di EPL.

4. Chelsea – €882 juta

Juara Eropah musim lalu kini memiliki skuad bernilai €882 juta. Kehadiran pemain seperti Romelu Lukaku sangat membantu kelab mereka pada awal musim ini.

Musim lalu Frank Lampard berbelanja lebih £200 juta. Kai Havertz antara pemain mahal yang mereka tandatangani musim lepas.

5. Liverpool – €880 juta

Liverpool memiliki pemain pemain yang melonjak nilai pasarannya seperti Trent Alexander Arnold, Andy Robertson yang mereka dapat pada harga rendah ataupun dari akademi.

Hari underdog di UCL

Dalam aksi antara PSG dan Club Brugge, pasukan tersebut terikat 1-1.

Untuk pengetahuan korang semua, Club Brugge bernilai di sekitar €165 juta sahaja berbanding dengan PSG yang hampir €1 billion. PSG menandatangani Mbappe €180 juta sebelum ini. Angka yang lagi besar daripada nilai Club Brugge.

Dan Neymar pula dibeli dengan €222 juta. Jauh lagi besar daripada Club Brugge dari segi nilai.

Sehari sebelumnya, abang Do dan Man United di tangan Young Boys yang hanya memiliki nilai skuad €62 juta.

Itulah bola sepak. Nilai pemain itu hanyalah angka. Yang penting semangat dan melakukan tugasan di dalam padang dengan betul.

Sebab pasti akan ada hari untuk underdog seperti Club Brugge dan Young Boys.

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil