Nilai Insurans Kaki Kiri Messi Adalah $900 Juta, Jauh Lebih Mahal Daripada Abang Do, Beckham Dan Bale

Lionel Messi kini memiliki kaki kiri paling bernilai di dunia. Di mana Messi sudah menginsuranskan kaki kirinya dengan nilai $900 juta.

Messi merupakan salah seorang pemain terbaik dalam sejarah bola sepak.

Dia baru sahaja memenangi Piala Dunia 2022 bersama dengan Argentina yang dianggap ramai sebagai detik dia mengukuhkan nama dia sebagai GOAT.

Pemenang Ballon d’Or 7 kali itu mendahului penyerang Manchester United, Cristiano Ronaldo dan bekas pemain tengah Real Madrid, David Beckham dalam senarai senarai atlet yang diinsuranskan paling mahal.

Lionel Messi mempunyai insurans paling mahal untuk pemain bola sepak di dunia mengatasi Cristiano Ronaldo untuk kalangan pemain yang masih aktif bermain.

Kaki kiri Messi telah diinsuranskan dengan jumlah kekalahan $900 juta yang lebih tinggi daripada kedua-dua kaki Cristiano Ronaldo yang diinsuranskan untuk $99 juta.

Sementara itu, wajah dan kaki Beckham dilindungi insurans bernilai $175 juta.

Turut dalam senarai pemain bola sepak terkemuka dengan polisi insurans tinggi termasuk bekas pemain sayap Real Madrid, Gareth Bale yang kakinya turut diinsuranskan sebanyak $99 juta.

Dalam kariernya Messi memang bergantung kepada kaki kirinya yang berbisa.

Menurut statistik, kaki kiri Messi telah menghasilkan 10 gol di Piala Dunia. Paling banyak untuk kaki kiri.

Secara langsungnya, kaki kiri Messi telah membantu Argentina menamatkan penantian panjang mereka untuk menjuarai Piala Dunia ketiga di dalam sejarah mereka.

Lionel Messi kini beraksi untuk PSG. Dia merupakan antara penerima gaji tertinggi dalam dunia bola sepak.

Messi masih belum melanjutkan kontraknya bersama PSG. Kelab itu sudah mengesahkan bahawa mereka sudah mengemukakan tawaran kepada Messi. Ada beberapa perkara masih dalam perbincangan.

PSG yakin Messi akan terus kekal bersama dengan mereka.

 

PSG Rombak ‘Klausa Mbappe’ Dalam Tawaran Kontrak Baharu Messi

PSG dilaporkan tidak jadi menawarkan klausa yang digelar ‘klausa Mbappe’ kepada Lionel Messi.

Rundingan antara Messi dan PSG masih berlangsung untuk lanjutan kontrak baharu. Dengan pemain itu dan PSG dikatakan sedia meneroka idea baharu dalam rundingan mereka.

Menurut laporan Guillem Balague, Messi memiliki kontrak yang mirip dengan Mbappe pada masa ini dari segi ospyen lanjutan setahun.

Kontrak semasa Messi adalah 2 + 1 tahun. Dua tahun adalah kontrak mutlak manakala setahun lagi adalah pilihan lanjutan.

Opsyen lanjutan setahun itu agak unik kerana ianya memberikan pemain kuasa ala pemilik kelab untuk mengaktifkan sendiri klausa itu atas kuasa pemain itu.

Ianya mirip dengan kontrak Mbappe ketika ini. Walaupun Messi nampaknya terlebih dahulu memiliki klausa itu, namun jelas sekali tidak ramai yang tahu sebelum ini klausa seperti itu wujud sehinggalah Mbappe melanjutkan kontrak baharunya.

Oleh sebab itu ianya digelar klausa Mbappe memandangkan pemain diberikan kuasa ala pemilik dalam kontrak mereka. Kuasa seperti itu wujud pada kontrak Mbappe bukan sahaja dalam lanjutan kontrak, namun dalam urusan projek sukan.

Biasanya lanjutan setahun yang dianggap pilihan itu hanya akan aktif jika kelab dan pemain bersetuju mengaktifkannya. Ianya tidak boleh diaktifkan sebelah pihak.

PSG pula memberikan kuasa kepada Mbappe dan Messi untuk bertindak sebelah pihak.

PSG sedia melanjutkan kontrak baharu tanpa melalui perjanjian +1 ala kontrak Mbappe itu.

PSG akan menawarkan kontrak setahun dengan pilihan setahun lanjutan. Namun. Pilihan lanjutan itu tidak memberikan Messi kuasa sebelah pihak sahaja untuk mengaktifkannya. Ia memerlukan kedua dua pihak mengaktifkan kontrak itu.

Jadi, kini tinggal Mbappe sahaja kekal menjadi (mungkin satu satunya di dunia) memiliki kuasa melanjutkan kontraknya sendiri.

Ianya diberikan kepada Mbappe dalam usaha PSG menyatakan mesej jelas bahawa mereka mahu pemain itu tahu dia adalah penting dalam projek sukan kelab itu.

Laporan Guillem Balague menyebut bahawa PSG yang diwakili Luis Campos (Pengarah Sukan) dan Jorge Messi (ejen Messi) berada di tahap yang sangat positif.

Nasser Al Khelaifi sudah memberitahu Campos bahawa dia benar benar mahukan Messi terus kekal. Prestasi Messi di kelab musim ini ditambah dengan prestasinya ketika di Qatar 2022 menguatkan lagi status Messi sebagai pemain kesayangan Nasser Al Khelaifi.

Terdapat juga laporan lain menyebut kesepakatan kontrak setahun telah dicapai antara Messi dan PSG. Cuma perbincangan masih berlaku untuk syarat lain termasuk klausa opsyen lanjutan.

Messi memiliki beberapa opsyen lagi jika dia memutuskan untuk tidak melanjutkan kontrak dengan PSG. Dia boleh pergi secara percuma sama ada kembali semula ke Barcelona atau ke Liga Bola Sepak Major Amerika menyertai Inter Miami.