Nilai Mbappe Susut 26.5%, Peluang Real Madrid Sebat Dengan Harga Lebih Rendah

Pandemik Covid-19 telah memberikan kesan kepada harga pemain di pasaran. Di mana ia telah mengubah ekonomi industri bola sepak kerana impaknya yang besar.

AS telah melaporkan kajian oleh KPMG, yang menganggarkan nilai pemain adalah berdasarkan tindak balas liga mereka terhadap krisis.

KPMG mendapati nilai pemain dari liga yang memutuskan untuk mengakhiri musim lebih mereka sebelum waktunya akan mengalami penurunan nilai termasuk harga pemain.

Ini kerana banyak potensi penaja yang hilang kepercayaan kepada liga mereka. Memberikan impak kepada nilai liga dan juga nilai lain yang berkaitan termasuk harga pemain.

Menurut KPMG, liga yang gagal menyelesaikan liga ketika covid melanda, harga pemain mereka akan turun sebanyak 26.5%.

Sementara mereka yang memutuskan untuk menyelesaikan kempen liga mereka pula akan turun sebanyak 17.7%.

Ini akan menjadi berita positif bagi peminat Real Madrid yang terdesak mahu Los Blancos untuk mendapatka superstar, Kylian Mbappé dari Paris Saint-Germain.

Dengan Ligue 1 mengambil keputusan untuk membatalkan liga mereka, KMPG mengatakan nilai Mbappé kini telah jatuh sebanyak €48 juta.

Nilai Mbappe sebelum ini adalah €225 juta, dan berdasarkan teori ini, bermakna nilai pasaran Mbappe susut menjadikan tanda harga baru beliau adalag €177 juta. Hmm masih mahal juga la kan.

PSG kini bergantung kepada tandatangan Mbappe pada kontrak baharu untuk meningkatkan kembali harga pemain itu.

Mbappé bakal menuju ke baki kontrak 2 tahun sahaja lagi selepas ini.

Jadi, pasukan yang mahukan Mbappe mungkin boleh cuba untuk membida Mbappe pada ketika ini.

PSG masih bergelut untuk berunding dengan Mbappe. Beberapa tawaran sebelum ini gagal dimuktamadkan.

Namun PSG berikrar akan menjadikan kontrak baharu Mbappe sebagai keutamaan mereka. Selain itu PSG turut masih berusaha untuk melanjutkan kontrak Neymar.

Neymar masih menyimpan hasrat untuk kembali semula ke Barcelona.

Mereka sah akan kehilangan Edinson Cavani selepas ini. Dan PSG sudah mendapatkan Icardi secara tetap.

Baca yang lain