Fortnite battle royale sentiasa ada naik turunnya. Malah ramai yang suka dan ramai yang tak suka dengan membandingkannya dengan permainan lain yang ada battle royale.
Baru baru ini Ninja telah berkongsi pandangannya tentang Fornite dan Mixer.
Seteru lamanya di Twitch, Tfue telah mencabarnya kerana jumlah pengikutnya di Mixer. Memang benda tu agak biadap untuk diterima seorang legenda.
Average untuk tontonan streaming Ninja dan Shroud jauh lebih rendah di Mixer.
Ninja menyertai Mixer selepas ditawarkan kontrak puluhan juta. Dan cuba menaikkan platform tersebut serta Fortnite sedaya upaya.
Misalnya, Ninja terlibat dalam acara Mixer, Mixer tournaments, Ninja melakukan semuanya tanpa mengira masa.
Tiba tiba Tfue datang dan mempersendakan jumlah pengikutnya di Mixer selepas meninggalkan Twitch. Ninja agak kecewa kerana terang terang Mixer masih platform yang baharu.
Ninja kemudian menjelaskan, dia mahu Mixer mengadakan lebih banyak pertandingan Fornite. Ini untuk membantu menaikkan game tersebut dan membantu gamers baru menjana pendapatan. Itu visi utama Ninja.
Ninja berkata: “Aku tak kisah tentang berapa jumlah viewers aku kat Mixer kawan.”
“Aku ok je ni. Hanya kerana angka livestream aku kurang sikit, itu sebab aku berada di platform yang ada kurang 5% jumlah tontonan dalam setahun.”
Ini selepas Tfue hanya menggariskan jumlah viewers Ninja sebagai bahan perdebatan. Sedangkan Ninja sudah melakukan kerjanya dengan luar biasa.
Pada April lalu, Ninja berjaya mengumpul 3 juta pengikut di Mixer hanya selepas 8 bulan. Itu sudah dikira lebih daripada bagus dah tu bagi platform baharu.
Just surpassed 3 million followers on Mixer over the last 8 months. I cannot thank you enough for the support you all continue to give me with this leap of faith huge switch in my streaming career. Love you guys!
— Ninja (@Ninja) April 9, 2020
Ninja berkata: “Apabila saya upload video Fornite ke Youtube, saya dapat berjuta views.”
“Sebenarnya, aku dan Shroud boleh stream tournaments di Mixer dan menarik lebih 10 ribu penonton, tanpa sebarang promosi daripada Mixer, itu aku rasa sangat luar biasa.”
Susah nak menyalahkan Ninja. Sebab dia dah menjalankan tugasnya dengan baik.
Lebih baik Tfue fokus kepada mengutuk Mixer yang seringakali culas memperbaiki banyak aspek teknikal termasuk kualiti grafik ketika siaran langsung.
Ramai pengikut Mixer sudah mengutarakan perkara tersebut. Namun Mixer sangat lambat memberikan respon.
Kalau nak cerita betapa bagusnya Ninja di Mixer, dia boleh dikira sangat bagus. Dia masih menjadi streamer tertinggi tontonan di Mixer.
Walaupun tanpa banyak tournaments di Mixer, Ninja dan Shroud masih berjaya menarik ramai penonton.
Ninja turut mengkritik beberapa nama besar yang lain sesama gamers yang merendah rendahkan Mixer secara terbuka, misalnya Rod ‘Slasher’ Breslau.
“Macam saya cakap sebelum ni, macam si Slasher, dia kuat troll Mixer, tapi tak mengapalah.”
Ninja kemudian menjelaskan dia dan Shroud berpindah ke Mixer bukan hanya semata mata kerana wang. Ada alasan yang lebih daripada itu.
Ninja meninggalkan Twitch yang ketika itu beliau sudah mengumpul lebih 14 juta pengikut.
“Berpindah ke Mixer ini satu perkara yang besar, bukan untuk saya sahaja.”
“Saya bukan buat semata mata untuk diri sendiri. Salah satu alasan utama saya adalah mahu membuka pintu kepada lebih banyak peluang kepada kita [gamers] di pelbagai platform, yang akan mulai membayar kita untuk mengekalkan kita [di platform mereka]. Dan membayar kita apabila mahu kita bertukar platform.”
Misalnya baru baru ini, Twitch mengesahkan mereka memberikan kontrak ekslusif kepada Pokimane yang dilaporkan mempertimbangkan untuk ke Mixer.
Ninja dan Tfue ni dah lama dah tak ngam dengan satu sama lain.
Malah Tfue pernah menggunakan thumbnail gambar dia menumbuk tepat di kepala Ninja dalam live streamingnya. Memberitahu bahawa dia adalah raja baharu Fortnite.
Permusuhan mereka menjadi semakin panas apabila pengikut mereka mulai menubuhkan kem untuk mempertahankan mereka.
Cerita kat sini sedap gak korang layan: