Nirvana: Kegemilangan Dan Nyawanya Di Tangan Kurt Cobain

Kumpulan Nirvana dianggap kumpulan alternatif rock yang paling berpengaruh dalam sejarah. Mereka telah membina empayar dengan muzik mereka sendiri.

Ideologi muzik yang lebih kepada undeground ini akhirnya dibawa masuk ke dunia maintsream oleh Kurt Cobain dan rakan-rakannya.

Awalnya mereka sendiri tidak mampu memberitahu apa jenis muzik yang mereka mahu bawakan. Mereka juga dilabel tak ubah seperti sebuah kumpulan Pop Rock yang memasukkan elemen metal. Dan muzik mereka digelar grunge.

Sememangnya mereka adalah kumpulan yang banyak rona di dalam muzik mereka berunsurkan grunge. Satu bunyi muzik alternatif yang lazy sound dengan vokal macam nak tak nak je nyanyi.

Kurt Cobain terlalu banyak influence dalam muzik termasuk Soundgarden. Nirvana telah menjadi satu platform yang menterjemahkan muzik yang mereka suka kepada bunyi mereka sendiri dengan konsep melodik.

Mereka juga telah menaikkan muzik indie dan imej anti-rocks star. Naskah In Utero adalah gambaran jelas apa yang mereka mahu hidangkan kepada audien.

Dan harus diakui, Nirvana telah banyak bergantung kepada imej front man mereka, Kurt Cobain.

Bermulanya..

Sebelum tu klik butang play YouTube tu, nanti lagi ni temani korang sepanjang pembacaan. Baru feel beb.

Segalanya bermula pada sekitar 1985 di mana, Kurt Cobain telah bertemu dengan Chris (Krist) Novoselic di Aberdeen. 2 rakan ini sangat berbeza.

Novoselic adalah seorang remaja yang dari keluarga yang stabil. Cobain pula ada banyak ‘bintik’ hitam dalam sejarah hidupnya dengan impak perceraian ibu bapanya ketika dia baru berusia 8 tahun.

Selepas perceraian itu, Cobain tidak tentu arah, dia duduk dengan dengan beberapa saudara-mara dia.

Dalam pada seorang remaja yang mencari kebahagiaan dan merindui ibu dan ayahnya, Cobain banyak menyendiri dan mendengar muzik The Beatles dan juga rock keras seperti heavy metal.

Beliau semakin serius dengan muzik dan beliau kemudian lebih banyak mendengar muzik punk. Beliau bertemu dengan kumpulan Melvins, sebuah kumpulan punk rock di Olympia yang bergerak undeground.

Selepas berkenalan dengan beberapa band punk rock, Cobain akhirnya menjadi musician beberapa band temasuk Fecal Matter.

Chris Novoselic dan Kurt Cobain

Hubungan rapat dia dengan bassist Melvins, Buzz Osborne telah membawa kepada pembentukan identiti muzik Kurt Cobain dan inilah punca kepada pertemuan beliau dengan Chris Novoselic.

Mereka berdua menubuhkan band yang digelar Stiff Woodies, dengan Kurt Cobain bermain drums, Novoselic pula bermain bass. Mereka menjemput ramai vokalis dan gitaris utama untuk persembahan mereka.

Namun selepas itu, Cobain telah menjadi gitaris dan vokalis. Mereka menukar nama band kepada Skid Row, bergabung dengan drummer Aaron Burkhart.

Lahirnya Nirvana

Pada 1986, Buckhart meninggalkan Skidrow dan digantikan oleh Chad Channing. Akhirnya pada 1987, mereka bertiga memutuskan yang kumpulan mereka diberikan nama Nirvana.

Nama yang akan mengubah hidup Kurt Cobain dan rakan-rakannya 180% selepas ini.

Mereka aktif melakukan persembahan di sekitar Olimpia. Imej macho Cobain dengan gaya lebih santai menjadi kegilaan gadis-gadis di sekitarnya. Ia berbeza dengan imej rockers yang lain termasuk punk rock yang lain.

Selepas menawan Olimpia, mereka berjaya merakamkan 10 demo tape. Mereka akhirnya ditandatangani oleh Jonathan Poneman yang menjadi label penaung band mereka selepas itu.

Pada 1988, Nirvana telah memulakan kerjasama dengan Poneman dengan terbitnya single Love Buzz.

Ia telah diberikan sambutan hangat. Nirvana kemudian menerbitkan album Bleach dan menjadi lagu-lagu dalam album tersebut telah diputarkan di radio serta di kolej.

Ia petanda yang kumpulan ini adalah kumpulan yang menarik perhatian remaja ketika itu.

Mereka melakukan beberapa siri jelajah promosi album ini dan berjaya terjual sebanyak 35,000 salinan. Mereka mulai mendominasi saluran radio kolej.

Ketika ini mereka juga ada Jason Everman yang menjadi gitaris kedua. Tetapi Everman terpaksa meninggalkan Nirvana untuk menyertai Soundgarden dan kemudiannya Mindfunk.

Dave Grohl serpihan pelengkap

Nirvana kemudian melepaskan beberapa single yang juga menjadi perhatian ramai. Selepas itu, Nirvana mendapatkan khidmat Dave Grohl bekas ahli kumpulan Scream.

Grohl telah menjadi drummer Nirvana. Mereka bekerja keras untuk album baru. Pada September 1991, Nirvana mengeluarkan album Nevermind.

https://twitter.com/historylvrsclub/status/1191125680442003456?s=19

Tanpa berlengah mereka meneruskan strategi yang sama dengan jelajah album yang berterusan. Hasilnya album ini berjaya dijual lebih 100,000 salinan pada beberapa bulan pertama.

Dilaporkan, mereka gagal menampung permintaan lebih 50,000 lagi ketika itu. Ini kerana mereka tak menyangka yang album ini laku.

Beberapa lagu mereka telah berjaya menjadi hits terutama sekali Smells Like Teen Spirit. Lagu yang menjadi karya paling signifikan kepada mereka.

Smells like teen spirit

Lagu ini membawa Nirvana jauh termasuk undangan melakukan persembahan live di MTV. Ia memberikan ‘boost’ terbesar kepada kumpulan ini.

Smells Like Teen Spirit telah menendang lagu Dangerous – Micheal Jackson daripada tahta carta Bilboard. Ia juga menguasai British Top Ten.

https://twitter.com/30segderock/status/1191553038928011264?s=19

Album Nevermind dianugerahkan tripple plantinum. Ia telah menjadi medium terkuat menarik lebih ramai pengikut baru band ini dari USA dan dari seluruh dunia.

Nirvana meningkat sangat mendadak. Setiap aksi mereka di pentas menjadi perhatian. Undangan tak putus-putus. Cobain akhirnya berkahwin dengan Courtney Love yang merupakan ketua kumpulan rock/foxcore band, Hole.

Kegemilangan dan dadah

Selepas perkahwinan ini, Cobain dan Love telah berhadapan dengan masalah dadah dan ketagihan. Banyak persembahan Nirvana dibatalkan termasuk tour yang besar.

https://twitter.com/historylvrsclub/status/1191113579497431046?s=19

Cobain kemudian memberitahu yang beliau terpaksa mengambil banyak ubatan kerana ada masalah sakit usus yang kronik.

Sakit beliau ini telah membuatkan Cobain masuk hospital ketika di Belfast selepas malam konsert di sana.

Cobain dan Love dituduh oleh Vanity Fair telah mengambil heroin ketika Love sedang mangandung. Pasangan ini mahu menyaman penerbit artikel tersebut.

Courtney Love kemudiannya telah melahirkan anak perempuan yang sihat pada 18 Ogos 1992 diberikan nama Frances Bean Cobain.

Tidak lama selepas itu, Kurt Cobain dan Courtney telah berdepan dengan perundangan untuk hak penjagaan anak.

Badan kebajikan kanak-kanak di LA telah menuduh pasangan ini tidak layak untuk menjaga anak mereka kerana masalah ketagihan dadah seperti yang ditulis oleh Vanity Fair.

Namun pasangan ini berjaya mempertahankan hak penjagaan anak mereka pada 1993.

Kurt Cobain semakin kronik

Selepas beberapa masalah melanda Kurt Cobain dengan masalah kesihatan beliau, Nirvana tidak dapat meneruskan rakaman album susulan selepas Nevermind seperti yang mereka rancang.

Mereka awalnya merancang menerbitkan album baru pada 1992. Tetapi ia gagal. Mereka akhirnya menerbitkan album kompilasi Incesticide pada 1992. Album ini juga larus dan berada dalam top 40 du USA dan top 15 di UK.

Nirvana kemudian memutuskan untuk bergabung dengan penerbit Steve Albini untuk album baru mereka. Kontroversi melanda dan membuatkan album baru mereka juga lambat untuk diterbitkan.

Pada April 1993, Cobain dilaporkan telah mengurung dirinya di dalam bilik mandi dan cuba membunuh diri.

Cobain melawan masalah itu namun tidak lama selepas itu berita ketagihan ini keluar lagi.

Tidak lama selepas itu, Cobain dilaporkan mengambil dadah sehingga overdose ketika di New Music Seminar di New York Roseland Ballroom pada Julai 1993.

In Utero

Selepas beberapa kontroversi hak label, Nirvana mengeluarkan album In Utero pada September 1993.

Ia mendapat respon positif daripada media dan pengkritik. Mereka menjelajah seluruh USA bersama-sama dengan gitaris undangan Pat Smear.

Memang sudah dijangka album ini akan laris kerana populariti Nirvana ketika itu terlalu kuat. Kisah kontroversi Kurt Cobain turut antara faktor kerana peminat sentiasa resah takut Nirvana ini berkubur awal.

Mana taknya, imej Cobain membuatkan Nirvana digam beberapa penaja dan penganjur konsert.

Pada akhir 1993, mereka telah merakamkan live album Nirvana: MTV Unplugged in New York. Cobain sangat komited dengan persembahan ini lebih daripada persembahan lain.

Beliau sangat cerewet dalam soal bunyi unplugged. Cobain tidak mahu album unpglugged ini hanya pada nama. Beliau sendiri selalu mengkritik beberapa persembahan unplugged menggunakan effect gitar rock yang melampau.

Cobain beberapa kali meminta Grohl jangan mengetuk dram terlalu kuat yang akhirnya membawa kepada penggunaan brush oleh Grohl yang sukar mengawal ketukan beliau.

Cobain menggunakan effect gitar paling minima dengan konsep pentas yang beliau mahukan.

Apa yang digambarkan oleh Cobain dari segi tata rias pentas sudah menunjukkan perasaan beliau yang penuh dengan kecelaruan dan tekanan.

Pentas dihiasi dengan lilin hitam dan bunga teratai putih seperti majlis pengkebumian.

Selepas Tour USA, mereka melakukan Tour Eropah pada Februari 1994.

Tamat persembahan di Rome, Cobain telah meminta untuk bercuti di sana beberapa hari dengan isterinya.

Sekali lagi Kurt Cobain dilaporkan membunuh diri dengan mengambil berlebihan ubat penenang rohypnol dengan champagne. Isterinya bangun pada awal pagi 4 Mac 1994 mendapati Cobain terlantar dan cuba membunuh diri.

Baki jelajah mereka dibatalkan serta-merta. Beberapa media melaporkan Cobain bukan mahu membunuh diri kerana overdose itu adalah satu ‘kemalangan’.

Sebaliknya di kem Nirvana, mereka ada bercerita tentang Kurt Cobain ada meninggalkan nota buuh diri ketika itu. Ia tidak dihebohkan kepada umum.

Cobain telah pulang ke Seattle dan berita tentang masalah mental beliau mulai menjadi topik di media cetak.

Penamatan di Seattle

Kurt Cobain akhirnya memutuskan untuk pulang ke Seattle dah berehat di sana. Sekali lagi dia cuba membunuh diri dengan mengurung dirinya di dalam bilik mandi. Polis berjaya menenangkan Cobain.

Pihak pengurusan Nirvana telah memberikan sokongan dengan menghantar Cobain ke Exodus Recovery Center di L.A. Tetapi dia melarikan diri untuk pulang ke rumahnya di Seattle.

Pada 5 April 1994 telah menembak dirinya di kepala. Namun mayatnya hanya ditemui pada 8 April 1994 oleh juruelektrik. Ibunya membuat laporan polis tentang kehilangan anaknya pada 4 April 1994.

Legasi

Album MTV mereka hanya dapat dikeluarkan pada akhir 1994. Grohl menyifatkan ia adalah penerbitan album yang penuh ‘kesakitan’ oleh dia dan Novoselic.

Album itu menjadi hits dan terjual habis. Itulah buah tangan terakhir Cobain untuk peminat beliau.

Selepas perginya Kurt Cobain, Grohl dan Novoselic telah menamatkan era Nirvana. Yang tinggal hanyalah legasi.

Grohl tidak mahu mencari pengganti Kurt Cobain kerana bagi beliau, Nirvana ada Kurt Cobain, matinya Cobain bermaksud matinya Nirvana.

Grohl yang masih banyak lagu mahu dirakamkan dengan Kurt Cobain telah menubuhkan Foo Fighter. Pada awalnya rumors mengaitkan Novoselic akan menyertai beliau, ianya tidak benar.

Pada akhir 90-an, Novoselic telah mencadangkan untuk menerbitkan album yang memuatkan beberapa lagu Nirvana yang sudah dirakamkan tetapi tidak dikeluarkan.

Ia berhadapan dengan masalah hak cipta. Akhirnya Novoselic, Grohl dan balu Kurt Cobain, Courtney Love berjaya mendapatkan hak untuk menerbitkan With The Light Out pada 2004.

Itulah kisah Nirvana dibawa pergi oleh Kurt Cobain. Yang tinggal hanyalah legasi. Mereka telah menjadi antara kumpulan alternative rock paling berpengaruh sepanjang zaman.

Top 3 songs favorite korang daripada Nirvana?

Rujukan:

1. Wikipedia

2. Nirvana Web

Baca yang lain