Ruud Van Nistelrooy melabel AC Milan pernah ‘melampau’ menurutkan back 4 legenda mereka dengan dibantu oleh Gattuso di hadapan mereka.
Nistelrooy memberitahu perkara itu dalam sesi wawancara santai dengan Gary Neville. Ketika itu Nistelrooy tidak berfikir panjang untuk menjawab soalan yang dia kata, jawapannya masih sama seperti dulu.
Neville bertanya: “Siapakah pertahanan yang paling sukar untuk anda lawan?”
Legenda Belanda itu berkata: “Saya sentiasa katakan, ketika kita bermain menentang Milan di tempat lawan dalam aksi Liga Juara Juara Eropah.
“Ada Cafu, Nesta, Jaap [Stam], dan Maldini. Itu adalah bek berempat mereka dan kemudian Gattuso di hadapan mereka [sebagai defensive midfielder]
“Ok, itu benar benar melampau, itu melampau [sukar].”
Nistelrooy kemudian menyatakan dia sangat sukar berdepan dengan Jaap Stam sebagai lawan. Mereka adalah rakan sepasukan ketika di Belanda dan di pasukan Man United.
Menentang Jaap Stam ketika dia bersama skuad lain adalah perkara yang sangat sukar. Bukan sahaja dia agresif namun dia seorang yang sangat tinggi kesungguhan.
Itu yang membuatkan amat sukar untuk melawan pemain seperti itu. Kerana ianya turut memberikan gangguan secara psikologi kepada penyerang.
Nistelrooy menambah: “Saya nak cakap, apabila saya berlawan dengan Jaap dalam perlawanan itu – kamu tahu kan, saya pernah bermain satu pasukan dengan dia ketika di pasukan kebangsaan Belanda dan di Manchester United.
“Apabila bermain menentang dia, dia adalah ‘beast’, dan pantas.
“Juga pada masa melakukan putaran [turn], untuk mengalahkan mereka ini – serta dengan muka dia yang penuh keazaman [bengis], dan sifat agresifnya juga.”
@gneville2 Quickfire Questions with Ruud ⚽️ @The Overlap
Ini bukan pertama kali Nistelrooy bercerita tentang kehebatan pertahanan AC Milan tersebut. Pada Speaking 2016, di Oxford Union dia menggambarkan pengalaman melawan back 4 legenda Milan dengan bantuan pemain tengah yang hebat itu adalah pengalaman yang teruk.
Dia juga menegaskan bahawa pertahanan pertahanan di Itali mereka memang sangat sukar untuk dilepasi. Mereka lebih rela untuk tidak menjaringkan gol, yang penting tidak bolos di belakang.
Ruud Van Nistelrooy memberitahu: “Pertahanan Itali adalah sangat sukar untuk dilawan di atas padang – sebagai seorang penyerang. Mereka sentiasa berada di belakang bola untuk bertahan dalam unit.
“Kita semua kagum dengan bek sisi yang menyerang ke atas atau naik ke atas sedikit. Namun mereka tak layan perkara seperti ini. Mereka lagi rela untuk tidak menjaringkan gol berbanding bolos.
“Di bahagian pertahanan Milan saya menentang Cafu, Jaap Stam, Alessandro Nesta dan Paolo Maldini. Ianya barisan pertahanan luar biasa. Saya fikir, mereka akan bunuh saya setiap kali saya mendapat bola.
“Dan tak lupa mereka juga ada [Andrea] Pirlo dan [Clarence] Seedorf, pemain paling kuat dalam bola sepak. Itu malam yang sukar. Saya tak tidak mampu untuk melakukan percubaan sekalipun.”
Nistelrooy kini kembali semula ke Man United untuk menjadi pembantu kepada Erik Ten Hag dalam revolusi baharu Man United yang diketuai oleh Sir Jim Ratcliffe dari INEOS.
Ketika era sebagai pemain, Ruud Van Nistelrooy adalah antara penyerang terbaik yang pernah bermain di eropah. Dia adalah tipikal poacher yang legenda. Dia turut bermain untuk kelab seperti Real Madrid, selain daripada Man United.
Penyerang yang memiliki sentuhan penyudah yang luar biasa walaupun bukan seorang pemain yang fizikal. Ulasan tentang poacher korang boleh layan di sini. Dan jangan lupa sokong saluran TT Axello Tacts.
@axello_tacts Fox In The Box aka Poacher yang mencipta nama mereka dengan cara tersendiri. artikel di bio🔗