Ruud van Nistelrooy ternyata bengang kerana menurutnya Leicester bukan dikalahkan “dalam masa Fergie (Fergie Time)” tetapi “dalam masa ofsaid (offside time)”.
Ini selepas gol kemenangan Harry Maguire pada minit ke-90+3 untuk Manchester United disahkan sah oleh pengadil dan menyingkirkan pasukannya daripada Piala FA.
Dengan tiada VAR dalam pertandingan Piala FA pada pusingan awal, sebaliknya hanya akan ada VAR pada pusingan seterusnya.
Gol kemenangan lewat masa kecederaan oleh Maguire tidak dibatalkan walaupun penolong pengadil berada dalam barisan yang sempurna untuk melihat bahawa pemain itu ofsaid.
MAGUUUUIIRRRREEEEE!!!
Harry Maguire wins it at the death for @ManUtd to send them through to fifth round 🤯#EmiratesFACup pic.twitter.com/kQscbRHnjw
— Emirates FA Cup (@EmiratesFACup) February 7, 2025
“Kami tidak tewas dalam masa Fergie, kami tewas dalam masa ofsaid,” kata Van Nistelrooy.
Dia merujuk kepada dakwaan lawan United pada era Fergie yang kerap mendakwa masa kecederaan kerapkali ditambah memihak kepada United atau sehingga United menjaringkan gol.
Namun bagi peminat United, Fergie Time adalah salah satu perkara yang mereka banggakan kerana membuktikan pemain United tak akan putus asa sehingga ke wisel penamat.
Harry Maguire's last-minute goal completes the turnaround for @ManUtd against Leicester!
The FA Cup holders are into the fifth round ✅ pic.twitter.com/nn0oyup8xU
— Premier League (@premierleague) February 7, 2025
Ruud Van Nistelrooy sendiri berada pada era tersebut. Dan dia tdak rasa gol Harry Maguire itu adalah layak untuk digelar berlaku pada Fergie Time.
“Ia adalah sesuatu yang sukar untuk diterima kerana permainan ditentukan atas kesilapan, itu jelas.
“Ia bukan soal VAR, di mana anda perlu melihat milimeter. Ia adalah setengah meter, ia adalah jelas ofsaid.
“Pasukan kami tidak layak kalah dalam permainan dengan cara ini. Mereka bertarung, bermain dengan baik, dan menguasai permainan untuk tempoh yang lama.”
Van Nistelrooy ditanya sama ada VAR perlu digunakan dari pusingan ketiga dan seterusnya apabila boleh. “Biar saya fikirkan soalan itu,” katanya.
Van Nistelrooy berkata ringkas apabila ditanya sama ada tersingkir adalah satu tamparan. “Itu bukan soalan untuk saya,” katanya.
🎙️ | Ruud van Nistelrooy:
"We were not defeated in Fergie Time, we were defeated in Offside Time…" pic.twitter.com/tbpSsTFkTN
— UtdDistrict (@UtdDistrict) February 7, 2025
“Kami mahu mati di atas padang hari ini, untuk mara ke pusingan seterusnya, untuk menjadi yang terbaik, untuk berdaya saing, kami mewakili diri kami di atas padang di Old Trafford.”
Ruben Amorim jelas kecewa dengan prestasi buruk United. “Kami terpaksa percaya sehingga tamat tetapi permainan ini tiada kaitan dengan zaman Fergie,” katanya.
Selepas gol penyamaan Joshua Zirkzee pada minit ke-67 yang menyamakan gol pembukaan separuh masa pertama Bobby De Cordova-Reid, Amorim mengakui United bernasib baik mengenai kemenangan Maguire.
“Saya rasa begitu [United bernasib baik],” kata pengurus asal Portugal itu.
“Kami memerlukan banyak perkara, tiada kaitan dengan nasib, ia ada kaitan dengan kualiti kerja, kami perlu menambah baik setiap butiran permainan, tenaga.”
“Kerja saya dengan mereka haruslah lebih baik,” kata Amorim.
“Tetapi kadangkala anda memerlukan sedikit tuah dan hari ini kami mendapatnya. Sungguh sukar untuk kalah satu perlawanan pada minit terakhir dengan permainan di garisan ofsaid.
“Dari segi ersembahan: kami perlu melakukan lebih baik dengan bola, tanpa bola.
“Kami tidak mempunyai sebarang tenaga pada mulanya, terutamanya pada separuh masa pertama.
“Kemudian pada separuh masa kedua kami bermain lebih baik sedikit, dengan lebih laju, memenangi bola kedua. Kemudian kami berjaya mengubah keadaan jadi ia adalah keputusan yang baik bukan persembahan yang baik.”