Nistelrooy Tinggalkan United Kerana Amorim Tidak Perlukan Khidmatnya

Ruud van Nistelrooy melepaskan jawatannya sebagai pembantu jurulatih di Man United. Ini selepas Ruben Amorim mahukan stafnya sendiri mengisi jawatan itu.

Amorim memuji Nistelrooy sebagai jurulatih yang hebat, dan dia berjanji akan bercakap sendiri dengan Nistelrooy tentang kedudukannya di kelab itu.

Amorim berkata: “Ruud van Nistelrooy adalah legenda Manchester United. Dia melakukan tugasannya dengan cemerlang. Adakah dia akan terus kekal? Saya harus bercakap dengannya dalam beberapa jam akan datang dan saya akan jelaskan segalanya keppadanya. Kita tunggu hasilnya.”

Sebelum ini Man United cuba meletakkan syarat bahawa Amorim harus menerima 2 orang jurulatih lantikan khas oleh kelab. Ini termasuk Nistelrooy yang dianggap bakat baharu dalam dunia kejurulatihan.

Selain itu baru sahaja menyertai Man United musim ini. Nistelrooy beberapa bulan lalu dilantik INEOS untuk membantu Erik Ten Hag. Dan kemudian Nistelrooy cemerlang ketika menjadi interim di kelab itu ketika kelab memutuskan untuk memecat Ten Hag.

Nistelrooy pernah menyatakan bahawa dia sanggup untuk terus kekal dan menjadi pembantu Amorim. Dan menghabiskan kontraknya yang masih berbaki 18 bulan lagi.

Tetapi Amorim jelas tidak memerlukan Nistelrooy. Beberapa lagi staf kejurulatihan termasuk René Hake, Jelle ten Rouwelaar dan Pieter Morel juga ditamatkan perkhidmatan mereka selepas era Ten Hag.

United berkata: “Ruud akan selamanya menjadi legenda Manchester United. Kami di sini sangat berterima kasih di atas sumbangannya dan cara dia melaksanakan peranannya sepanjang dia di kelab ini.

“Ruud akan sentiasa sangat dialu alukan di Old Trafford.”

Amorim mahu membawa staf dia sendiri yang bekerja dengannya di Sporting. Sebelum ini Sporting meminta €10 juta untuk harga Amorim dan tambahan €5 juta lagi untuk staf kejurulatihannya.

Rundingan itu menjadi sedikit tergendala melibatkan isu staf kejurulatihan. Kerana United menjangkakan harga €10 juta itu sekali dengan staf kejurulatihan.

Kemudian dilaporkan Sporting setuju melepaskan staf kejurulatihan yang dimahukan Amorim dengan syarat €1 juta untuk notis 30 hari.

Staf yang dibawa Amorim termasuk Emanuel Ferro, Adélio Cândido dan Carlos Fernandes, serta jurulatih penjaga gol, Jorge Vital serta pegawai sains sukan, Paulo Barreira.

Amorim sudah melapor diri pada Isnin dan terus melihat lihat keadaan di sekitar kompleks sukan kelab.

Dia masih menunggu isu visanya selesai untuk membolehkan dia memulakan tugasannya.