Nistlerooy Tuduh Capello Penipu Tentang Isu Mengadu Bilik Persalinan Bau Arak

Ruud van Nistelrooy kecewa sekali dengan tuduhan Capello ke atasnya.

Di mana pengendali Itali itu menyatakan bahawa penggempur dari Belanda itu mengadu kepadanya dan mereport tentang bilik persalinan Real Madrid yang berbau arak dan alkohol

Awal minggu ini, bekas pengurus Madrid itu memilih ikon Brazil, Ronaldo sebagai ‘tidak ada keraguan lagi’ merupakan ‘bakat terhebat’ yang pernah dia bekerjasama tetapi mendakwa penyerang itu mencipta ‘masalah’ paling banyak untuknya di Bernabeu.

Capello melakar gambar Ronaldo sebagai ‘binatang’ kaki pesta yang memberi pengaruh buruk kepada rakan sepasukannya.

Capello yang lantang itu malah mendedahkan bahawa Van Nistelrooy telah mengadu kepadanya tentang masalah tersebut.

Capello berkata: “Bakat terbesar yang saya pernah latih adalah Ronaldo, dan kami kami saling memahami,” tegas Capello, yang menguruskan Madrid dari tahun 1996-97 dan 2006-07.

“Dan pada masa yang sama dia adalah orang yang paling banyak menimbulkan masalah bagi saya di bilik persalinan.”

“Dulu dia suka berparti, dan apa sahaja. Sehinggakan Van Nistelrooy berkata: ‘Tuan, bilik persalinan… baunya seperti ada alkohol.'”

“Kemudian selepas Ronaldo pergi, kami mula menang banyak perlawanan.”

“Tetapi jika kita berbicara mengenai bakat, dia pasti adalah yang terbaik.”

Namun, Van Nistelrooy kemudian tampil dengan penafian bahawa dia kaki report. Nistlerooy telah menggunakan Twitter untuk menyangkal tuduhan Capello.

Malah Ruud Van Nistelrooy menegaskan bahawa skuad Madrid menunjukkan ‘profesionalisme tahap maksimum’ sepanjang kempen 2006/07.

Nistelrooy berkata: “Menurut beberapa kenyataan yang dikaitkan dengan Fabio Capello, di mana ianya memberitahu saya yang memberitahunya bahawa bilik persalinan Real Madrid berbau alkohol,” kata bekas penyerang Belanda itu.

“Saya ingin menafikan tuduhan sedemikian. Pasukan itu, sejak hari pertama, menunjukkan profesionalisme maksimum.”

Van Nistelrooy menambah: “Dari rakan sepasukan yang pertama sehingga yang terakhir kami telah bekerja dan berjuang untuk lambang kelab secara komprehensif dan profesional.”

Pemain Belanda itu menghabiskan separuh musim dengan Ronaldo sebelum pemain Brazil itu berangkat dari Madrid untuk bergabung dengan AC Milan pada Januari 2007.

Ronaldo terus menjaringkan sembilan gol dalam dua musim di Itali sebelum menamatkan kerjayanya dengan Sao Paulo, dan Corinthians.

Sementara itu, Van Nistelrooy akan terus menjaringkan 64 gol sepanjang tiga setengah tahun di Madrid, memenangi dua gelaran La Liga dan satu Piala Super Sepanyol.

Bekas penyerang United itu kemudian menghabiskan masa yang singkat di Bundesliga bersama Hamburg sebelum mengakhiri kariernya dengan Malaga pada tahun 2012.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan