Noah Lyles berjaya mengatasi tekanan yang dikenakan ke atasnya terutama sekali daripada peminat sukan di Amerika Syarikat, dan beberapa pemain NBA sebelum ini yang tidak berpuas hati dengan kenyataannya.
Ianya selepas Noah Lyles troll tentang ‘Kejuaraan Dunia’ istilah yang seringkali digunakan dalam pertandingan di Amerika Syarikat. Termasuk NBA, Superbowl dan bermacam lagi sukan.
Dan pada kemudian Lyle membalas kecaman itu ketika A.S. dikecewakan oleh Jerman pada pusingan separuh akhir acara bola keranjang Piala Dunia FIBA.
Kini Lyles tampil memberikan sedikit kecaman itu kepada komuniti bola keranjang selepas kekalahan teruk Pasukan USA.
— Abdul عبدالاله (@AbdulNFL1) September 8, 2023
Lyles meng-tweet semula siaran tentang kekalahan A.S (dan kemudiannya menyahtweet) yang menggabungkan skor akhir daripada perlawanan itu dengan meme dirinya menyampaikan kenyataan pedas yang kini terkenal dengan wajah tidak percaya: “Juara dunia apa?”
“Juara dunia Amerika Syarikat?”
Ramai yang lain menyiarkan meme yang serupa, untuk menyokong Lyles dan/atau untuk mengejek pasukan A.S. yang pernah menjadi pasukan kegemaran pingat emas.
Lyles sebelum ini mengkritik A.S yang kurang perhatian untuk beberapa bintang sukan acara lain walaupun selepas membuktikan diri mereka menentang persaingan terbaik di dunia.
“Anda tahu apa yang paling menyakitkan saya ialah saya perlu menonton Pusingan Akhir NBA dan mereka meletakkan ‘juara dunia’ di headline,” kata Lyles, yang turut memenangi emas dalam acara lari berganti-ganti 100 dan 4×100 lelaki.
“Juara dunia apa? Amerika Syarikat? Jangan salah faham. Saya cintakan A.S. – tetapi itu bukan dunia.”
“Itu bukan dunia. Kita ini [acara balapan dunia] adalah dunia. Kita mempunyai hampir setiap negara di sini bersaing, berkembang maju, memasang bendera mereka untuk menunjukkan bahawa mereka diwakili.”
“Tidak ada bendera di NBA. Kita kena buat lebih usaha lagi [untuk sukan lain]. Kita mesti dipersembahkan kepada dunia.”
Noah Lyles was trashed by Americans after these comments. Few weeks later, USA basketball team beaten by Germany😂 https://t.co/MKDUpAJaWx
— Mathias Ssemanda (@MathiasSsemanda) September 9, 2023
Ramai bintang NBA – termasuk Kevin Durant, Damian Lillard, Draymond Green, Bam Adebayo, Devin Booker, Aaron Gordon, Tyus Jones, Juan Toscano-Anderson dan Udonis Haslem – memunggah status di media sosial untuk menyatakan rasa tidak senang mereka dengan komen Lyles, menunjukkan bahawa NBA menampilkan bakat terbaik di dunia dan A.S. memenangi emas Olimpik pada 2020.
Ada yang menghina Lyles dan menganggap dia perlu diajar erti dunia.
I need these NBA players to respond back to Noah Lyles and apologize. 😭 pic.twitter.com/1lLMkNKfGE
— Dave (@Deybidd) September 8, 2023
Noah Lyles terpaksa menjelaskan tentang pandangannya. Dia tidak membenci NBA malah dia mengikuti NBA.
Dia kemudian berkata: “Jujurnya, saya memang merasakan NBA adalah terbaik di dunia. Itu tidak pernah diragui. Namun ada tahap tertentu untuk tidak memahami dua sisi sukan.”
“Ada peringkat kebangsaan dan ada peringkat dunia. Dan kamu tidak mendapat kejuaraan dunia jika tidak menentang negara negara lain.”
Noah Lyles clarified some of his comments. 🤝 pic.twitter.com/NOHAbRJVSA
— theScore (@theScore) September 9, 2023
Namun Lyles terus mendapat kritikan dan sindiran di media sosial. Dan kemudian Noah Lyles sedang tersenyum riang. Malah laman World Athletics turut menggunakan meme gambarnya.
Harus diakui NBA liga bola keranjang terbaik dunia. Dan mereka menjadi sumber utama bakat pasukan Jerman dalam kejayaan negara itu mengalahkan A.S.
— World Athletics (@WorldAthletics) September 8, 2023
Dalam sukan Olimpik Paris 2024, dia menjadi perhatian peminat NBA sekali lagi. Mana tidaknya, kejujuran Noah Lyle sebelum ini kurang disenangi oleh mereka.
Tetapi Noah Lyle ternyata menunaikan janjinya akan memberikan pingat emas kepada Amerika Syarikat. Dia sempat berkata: “Kepada Amerika, saya dah cakap, saya boleh buat ni.”
Lyle sedar ramai yang menanti kejatuhannya pada kali ini. Tetapi tekanan itu tidak mengganggu prestasinya langsung.
Dia malah berjaya menamatkan perlumbaan yang dianggap paling sengit dalam sukan olimpik moden untuk acara pecut 100 meter lelaki.
Noah Lyle dan Kishane Thompson dari Jamaica pada awalnya disahkan mencatatkan masa 9,79 saat. Pemenang kemudian ditentukan dengan photo finish. Dan Lyle menang dengan beza 0.05 detik.
matkan penantian emas Amerika Syarikat dalam acara tersebut sejak 2004. Ianya kira kira 20 tahun yang lalu. Satu penantian yang sangat lama untuk negara tersebut.
Sebagai rekod, Noah Lyle mencatatkan masa 9.784 saat sementara Thompson dengan 9.789 saat.
This shot!
.005s between gold & silver, 100m (Noah Lyle, with his nose over the line, won)
Is there a rule about launching head-first towards the finish line from a couple metres back?
Bec
a) that would be funny and
b) their training would be at least 50% about that leap
😛 pic.twitter.com/M8pjUkPiIi— Ferns (@Ferns__) August 4, 2024
Seorang lagi pelari Amerika Syarikat, Fred Kerley menamatkan perlumbaan sebagai pemenang gangsa dengan catatan 9.81 saat. Saksikan persaingan itu di sini:
The closest – craziest 100m Olympic final ever. 9.79 for Noah Lyle winning the race. Wow. pic.twitter.com/8Qa6RKYvX8
— Barrie Shepley (@Barrieshepley) August 4, 2024