Bintang Chelsea, Noni Madueke bakal menerima layanan yang panas daripada peminat Wolves selepas komen terbarunya di IG hanya beberapa jam sebelum sepak mula Chelsea menentang Wolves di Wolverhampton.
Noni Madueke menulis di IG miliknya bahawa dia tidak suka berkunjung ke Wolves kerana tempat itu berbau busuk dengan bau kumbahan najis.
Dia berkata: “Segalanya di tentang tempat ini adalah najis.”
Madueke menerima banyak kecaman hanya beberapa minit dia memuat naik status tersebut dan segera memadamkannya.
Dia seterusnya mendapati bahawa dia tersilap up status di akaun Instagram rasminya. Dia menggambarkan sebenarnya dia mahu memuat naik status itu di IG yang lain. Lalu dia berkata: “Mamposlah, silap akaun IG pula, korang ni cepat gila.”
He deleted it and put this up… pic.twitter.com/rrtP8IOyv9
— 𝐓𝐇𝐄 𝐖𝐎𝐋𝐅𝐏𝐀𝐂𝐊™️ (@Wolfpackwwfc) August 24, 2024
Peminat Wolves mengecamnya dengan berkata: “Awal sangat kamu padamkannya bro.”
Yang lain pula memberikan amaran bahawa Madueke akan berdepan dengan layanan neraka daripada peminat Wolves hari ini.
Peminat Chelsea pula berkata: “Selepas apa yang kamu tulis tu, lebih baik kamu pastikan pasukan kita menang, atau menanggung malu.”
Madueke berada dalam senarai pasukan elit Enzo Maresca. Sebelum ini pengurus itu menyatakan bahawa dia terpaksa mengecilkan saiz skuad pilihan utama kelompok 21 pemain sahaja.
“Mustahil untuk saya bekerja dengan 42 pemain. Saya hanya bekerja dengan 21 pemain. Selebihnya, 15-21 orang lagi berlatih berasingan dengan kumpulan yang lain,” tegas pengurus itu minggu lalu. Dengan Chelsea menerima kehadiran Joao Felix dan melepaskan Conor Gallangher.
Chelsea akan berdepan Wolves sebentar lagi selepas kekalahan di tangan Man City pada aksi pembukaan. Ini adalah musim pertama Enzo Maresca bersama dengan The Blues. Dia sedar akan tuntutan tinggi daripada peminat dan pemilik kelab itu berkaitan dengan prestasi dan trofi.