Nor Hakim ‘#in’, Sathianathan Bakal Mempunyai 2 Set Pemain Sisi Yang Berbeza

Selangor melakukan big signing ke-2 musim ini selepas membawa masuk Norhakim Hassan. Ia juga merupakan pemain ke-4 yang dibawa masuk selepas menyerap pertahanan tengah dari feeder club (PKNS), Rodney Celvin Akwensivie dan penjaga gol Taufiq Ar-Rashid.

Nor Hakim memilih Selangor berbanding Terengganu

Sebelum itu seorang lagi pemain Perak, Brendan Gan sudah menyertai skuad Red Giants.

Adakah Selangor pilihan lebih baik berbanding Terengganu?

Pada mulanya, Norhakim dikhabarkan sudah membuat janji lisan akan menyertai Terengganu. Namun memilih Selangor sebagai destinasi kariernya pada musim 2020.

Norhakim akan bersaing dengan pemain import dari Singapura jika menyertai Terengganu. Faris Ramli merupakan signing utama pasukan itu, membawa masuk Norhakim bakal memberi persaingan 2 nama besar diposisi yang sama.

Persaingan dengan pemain import tidak akan memberi kelebihan kepada pemain tempatan. Malah akan merugikan pasukan dari segi kos gaji.

Kecuali Nafuzi Zain melakukan sedikit pengubahsuaian formasi bagi membolehkan kedua-dua pemain ini boleh bermain serentak.

Faris lebih kepada penyerang sisi yang boleh bertindak sebagai penyerang tengah, sementara itu Norhakim cederung kepada tradisional winger yang menawarkan hantaran kepada penyerang tengah.

Di kem Selangor, Sathianathan akan mempunyai 2 target man iaitu Rufino Segovia dan Ifedayo Olusegun. Malahan dibelakang 2 penyerang ini, mereka mempunyai Sandro da Silva yang boleh menjadi pemain no.9 dan no.10.

Sathianathan tidak perlu melihat 2 pemain tengah sisinya sebagai penjaring utama pasukan tetapi lebih kepada siapa mampu mencipta peluang kepada 2 target man tersebut.

Walau bagaimanapun, Sathianathan masih mempunyai pilihan untuk membina serangan dari sisi apabila mempunyai Syazwan Zainon dan Kyril Muhymeen, cuma dengan adanya Norhakim dan Wan Zack Haikal, jurulatih kelahiran Perak ini mempunyai 2 pilihan membina gaya serangan pasukan.

Syazwan Zainon menyertai Selangor pada musim lepas

Selangor mengenepikan 2 nama besar, Amri Yahya dan Faiz Nasir. Sementara itu Nuriddzuan Abu Bakar juga tidak lagi bersama. Walaupun masih mengekalkan Sean Eugene, peluang untuk Norhakim bermain masih lagi besar.

Syazwan dan Norhakim dijangka menjadi pemain sayap kiri sementara itu Kyril dan Wan Zack sebagai sayap kanan. Sathianathan sudah mempunyai 4 pemain yang cukup kuat di 2 posisi ini. Malahan mempunyai 2 set pemain sisi yang mempunyai variasi berbeza.

Pertahanan kiri masih posisi lemah Selangor, pertahanan tengah perlu ada 1 tambahan.

Pada musim 2016, Raimi Mohd Nor menjadi tunjang di posisi pertahanan kiri. Selepas itu K.Kannan mula mengambil alih, Raimi berhijrah ke Melaka.

Kannan tidak menunjukkan beliau bersedia menggalas tugas besar sebagai pemain utama. Selangor menggunakan Nuriddzuan, ini bukanlah posisi utama Nuriddzuan. Tidak hairan apabila pemain ini banyak melakukan kesilapan peribadi pada musim ini.

Nuriddzuan tidak mampu berfungsi seperti Syahmi Safari, begitu juga dengan Fandi Othman. Seterusnya, Selangor tidak lagi mengekalkan 2 pemain ini pada musim depan tetapi mengekalkan K. Prabakaran dan Syukri Azman.

Mampukah Prabakaran atau Syukri mencuri tempat dan menjadi pemain utama 2020?

Pilihan

Melihat di kem PKNS yang sudah menjadi feeder club Selangor, mereka mempunyai Qayyum Marjoni Sabil. Pemain kelahiran Kelantan ini sudah 2 musim menjadi tonggak pertahanan kiri pasukan tersebut.

Adakah pemain ini boleh dijadikan sasaran Selangor.

Rodney Celvin yang diangkat masuk menyertai pasukan Selangor bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Michal Nguyen dan Latif Suhaimi.

Rodney menjadi pemain baharu selangor ke-2 dari 4.

Rodney akan menyertai Taylor Reagan, Tamil Maran dan Ashmawi Yakin membentuk pertahanan tengah pasukan. Mungkin Selangor perlu membawa masuk 1 lagi pemain di posisi pertahanan pertahanan tengah.

Selangor pada musim lepas telah menggunakan 30 pemain. 11 pemain tersebut dilepaskan termasuk Antonio German dan mengekalkan 19 nama.

4 pemain baharu dibawa masuk iaitu Brendan Gan, Rodney Celvin, Nor Hakim dan Taufiq Ar-Rashid.