Nor Phoenix Diana Diiktiraf Dalam Senarai 30 Forbes

Penggusti profesional Malaysia Nor “Phoenix” Diana telah mencipta namanya dalam senarai Forbes “30 bawah 30 Asia” / “30 under 30 Asia” untuk tahun 2020.

Ia adalah pengiktirafan di atas sumbangan beliau kepada sukan gusti terutama sekali di Malaysia.

Nor Diana meraih perhatian seluruh dunia selepas menjadi wanita pertama yang memenangi kejohanan wrestlecon Malaysia Pro Wrestling (MYPW) pada Julai tahun lepas.

Phoenix menjadi salah seorang yang menerima penghormatan oleh Forbes itu – dalam bahagian ‘Hiburan dan Sukan’.

Senarai 2020 ini terdiri daripada pelbagai jenis kategori untuk “30 Di bawah 30 Asia”.

Nor Phoenix Diana antara terbaik

Terdapat 22 negara dan wilayah di seluruh rantau Asia-Pasifik, dengan penerbitan Forbes menyenaraikan kira-kira 3,500 pencalonan.

Selain daripada Nor Diana, ada beberapa nama lagi yang disenaraikan mewakili Malaysia.

Sebelas lagi senarai lain dari Malaysia termasuk Zac Liew ( pengasas bersama Curlec ); Ooi “Jason” Wei Xiang (pengasas Agrain); Lennise Ng dan Aizat Rahim (pengasas bersama Dropee); dan Wan Hasifi Amin Wan Zaidon (pengasas bersama Baituljannah).

Forbes menjulang nama Nor Diana, 20, yang telah memecahkan halangan bagi wanita Malaysia dalam sukan pilihan dan diminatinya.

Diana mulai menjadi buah mulut ramai pihak kerana kelasakannya di atas ring. Beliau memiliki skil dan teknik yang sangat memukau.

Forbes juga memuji beliau dengan menyatakan: “Walaupun dia dikritik oleh segelintir warganet di Malaysia kerana bergusti – dan untuk kostumnya yang ketat – namun penglibatannya dalam sukan itu telah mencetuskan minat yang semakin meningkat kepada sukan gusti di kalangan wanita di Malaysia.”

Dalam satu temu bual dengan Malay Mail tahun lalu, Nor Diana berkata dia tertarik dengan sukan ini daripada World Wrestling Entertainment (WWE).

Beliau banyak mengikuti WWE terutama sekali bintang-bintang nama besar di dalamnya – seperti Dwayne “The Rock” Johnson, The Undertaker, Triple H dan John Cena.

Dalam wawancara yang sama, Nor Diana berkata dia percaya bahawa dia boleh menggunakan imejnya untuk mencabar stereotaip dan memecah dinding sosial yang membelenggu atlet wanita yang bertudung.

Nor Diana berharap orang akan suatu hari nanti mengiktirafnya sebagai ahli gusti untuk bakatnya dan bukan kerana imejnya yang memakai tudung.

Dia ingin menyebarkan gelombang positif dan memberikan inspirasi kepada orang muda untuk menjadi diri mereka sendiri dan menjadi berani dan tidak berani seperti persona dalam gelanggangnya.

Nor Diana sangat bangga dengan pengiktirafan itu dan berkata: “Saya bangga dan berbesar hati kerana berjaya berada dalam senarai Forbes bawa 30 Asia untuk senarai tahun 2020.”

“Terima kasih kepada semua yang menyokong tak henti henti. Saya akan meneruskan kerja keras ini dan melakukan yang terbaik untuk terus memberikan inspirasi.”

“Ini khas buat kamu mama, saya harap saya telah membuatkan kamu bangga.”

Syabas kepada Nor Pheonix Diana di atas pencapaian ini. Semoga terus sukses.

Sumber: Malay Mail