Nota Khas: Bye Larkin, Hai Stadium Sultan Ibrahim, Bermulanya Era….

Beberapa tahun lalu, TMJ menyatakan beliau mahu memiliki sebuah stadium sendiri untuk pasukan JDT. Ianya impian setiap pemilik pasukan untuk memiliki rumah mereka yang sebenar.

Stadium Larkin telah memberikan banyak kenangan manis kepada penyokong JDT. Di sinilah bermula era revolusi JDT yang dijenamakan semula daripada Johor FC sebelum itu.

JDT meninggakan Larkin dengan rekod yang sangat luar biasa. Menjadi juara Liga Super sebanyak enam kali straigt. Dan juga berjaya menjadi juara Piala AFC.

Pasukan Asia pertama yang melakukannya. Dan pencapaian yang masih belum dapat diulangi kelab kelab Asia Tenggara yang lain.

Di Larkin juga mereka berjaya menjadi pasukan Malaysia pertama layak secara merit ke Liga Juara Juara AFC sebanyak dua kali.

Era baharu

Namun era baharu JDT sekali lagi bermula. Kali ini dengan adanya Stadium Sultan Ibrahim.

Stadium yang baru sahaja siap 2020 ini. Dan hari ini ianya telah dibuka kepada umum untuk dilancarkan secara rasmi.

Walaupun beberapa kali tertangguh – itu biasalah – stadium Spurs pun banyak kali tertangguh – namun  hari ini Stadium Sultan Ibrahim sudah rasminya berdiri sebagai satu lagi entiti penting dalam pasukan JDT.

Stadium ini adalah simbol sebenar kejayaan JDT. Mereka membin stadium mereka sendiri. Walaupun, boleh sahaja mereka memilih untuk terus kekal di Larkin yang sudah dibangunkan dan memilliki pusat latihan yang sangat canggih.

Kini JDT berpindah ke Stadium Sultan Ibrahim dengan adanya kompleks sukan mereka. Menempatkan pusat latihan dan juga pusat pentadbiran pasukan JDT.

TMJ menyatakan hasrat untuk membina stadium baharu kerana beliau sentiasa percaya, syarat utama sesebuah pasukan bola sepak adalah memiliki rumah sendiri yang dikawal oleh diri sendiri.

Di mana, banyak sekali kes sebelum ini pasukan berdepan karenah birokrasi dan konflik kepentingan dengan Perbadanan Stadium. Nak buat macamana, sebab tiada kuasa penuh ke atas stadium.

Stadium Sultan Ibrahim dilaporkan menelan belanja lebih RM450 juta. Kalau silap sila betulkan la ye.

Stadium ini juga melambangkan semangat dan juga komitmen TMJ dalam bola sepak. Beliau dibantu oleh pegawai pegawai yang sentiasa bersedia berjuang bersamanya.

Pengurusan JDT juga wajar diberikan pujian kerana menjadi nadi penting di dalam perancangan, pembangunan dan juga penyiapan stadium ini.

Stadium ini berkapasiti 40,000 tempat duduk. Dan bagi aku ianya sangat cukup dan praktikal. Paling penting benda asas tu ada kan?

Syabas JDT dan TMJ

Tahniah kepada TMJ dan JDT di atas kejayaan berdirinya Stadium Sultan Ibrahim yang tersergam indah.

Ianya detik bersejarah, bukan sahaja kepada JDT, namun kepada Liga Malaysia, di mana sebuah pasukan mampu membina stadium  sendiri.

Diharap di masa akan datang akan ada lagi stadium milik pasukan dan kelab daripada bergantung kepada Perbadanan Stadium.

Penghargaan juga kepada mereka yang terlibat di dalam pembinaan stadium ini. Tak kiralah apa sahaja jawatan dan juga pekerjaan anda. Kerana anda menjadi sebahagian daripada sejarah penting.

Pastinya JDT berharap akan lebih banyak kejayaan akan diraikan di sini selepas ini.

Namun lupakan dahulu soal itu, kerana bola sepak itu adalah persaingan. Apa yang pasti, kejayaan memiliki stadium sendiri ini adalah ‘trofi’ pertama JDT musim ini.

Cantik stadium tu.

Baca yang lain

Bayern Mahu De Zerbi

Roberto De Zerbi dikaitkan dengan Bayern Munich sebagai calon pengganti Thomas Tuchel. Tuchel akan meninggalkan Bayern pada akhir musim ini. Dengan beberapa

Ten Hag Kritik Pressing Sebelah Kiri

Erik Ten Hag mengkritik mutu pertahanan sebelah kiri pasukannya ketika menentang Fulham. Ini kerana arah tersebut sangat lemah ketika bertahan terutama sekali