JDT sah juara untuk kali ketujuh berturut turut.
Syabas kepada JDT di atas kejuaraan liga. Sebenarnya dah 2 atau 3 perlawanan lepas lagi dah jadi juara menunggu kan?
Harus diakui, mereka dah jauh dah beza dia dengan team lain. Mereka membuktikan mereka sudah membentuk pasukan bertaraf ACL.
Walaupun bukan team yang kuat di ACL tetapi mereka musim ini membuktikan mereka mampu memberikan masalah kepada big guns yang lain dalam saingan ACL.
Tiap taun sama je post mortem kita ni. Harap ada team bagi saingan next season.
Tapi cerita dia dah berlarutan panjang sama. Kerana JDT ada model pengurusan yang stabil berbanding pasukan lain.
Mereka diterajui orang yang passionate dan nak menang.
Aku lagi suka team JDT musim ni walaupun aku akui team terbaik JDT adalah ketika 2015 di mana ramai yang peak.
Taun ni team mereka lebih mengketengahkan bakat tempatan macam Afiq Fazail. Safawi dijamin tempat dalam kesebelasan utama.
Kemudian pada beberapa perlawanan terakhir, bintang muda Ramadhan Saifullah muncul.
JDT musim ini bagi aku ada melakukan perubahan dasar yang ketara. Di mana mereka cuba sedaya upaya menaikkan beberapa pemain muda mereka.
Kita tahu tak akan mampu nak naikkan sampai 10 pemain muda dalam semusim, sebab liga kita pendek – dan dipendekkan lagi oleh isu wabak melanda.
Namun berbanding dengan sebelum ini, JDT lebih holistik. Sebelum ini penekanan mereka terlalu ke arah kemenangan.
Ini pandangan aku la. Sampaikan sangat sukar nak melihat pemain tempatan terutama pemain muda diberikan tempat.
Dan ini yang berlaku pada JDT sekarang. Tinggal kau nak perform dan gunakan peluang kau sebaik mungkin apabila ada peluang.
Dengan adanya stadium baharu milik mereka sendiri, maka memang musim ini diakhiri dengan sebaiknya oleh JDT.
Sebab tu aku cakap aku lagi suka dengan JDT musim ini. Mereka lebih ‘blend’ dan ‘gel’ as a team. Sampaikan pemain macam Liridon pun tak mampu rampas tempat. Tiada slot automatik dalam JDT.
🎉 TAHNIAH JOHOR DARUL TA'ZIM, JUARA CIMB LIGA SUPER 2020! 🏆
JDT kini sah bergelar juara dengan menewaskan Sabah 4-1 untuk mengekalkan kejuaraan Liga Super untuk musim ke-7️⃣ berturut-turut!
Tahniah sekali lagi diucapkan! 👏#ForwardFootball #CIMBLigaSuper2020 pic.twitter.com/NKDZtOdWGX
— Malaysian Football League (@MFL_MY) October 2, 2020
Juara sebagai pasukan yang lebih ‘pasukan’ ini adalah lebih enjoy kerana pemain sama sama naik.
Pasukan era Diaz dulu lebih ‘evil’ dan lebih kejam. Aku suka juga team tu.
Tapi aku lebih prefer team ini untuk aku pilih the best team. Di mana setiap pemain saling melengkapi antara satu sama lain.
Diogo misalnya, dia tak kejar gol yang banyak dan dia mementingkan pasukan berbanding dengan risiko hilang kontrak kalau tak skor banyak.
Itulah sebabnya pemain seperti Pawi sangat ‘alive’ dalam pasukan ini. Dan Safawi mungkin akan bermain different ball game kalau bukan dengan team JDT yang sekarang ini.
Lihat saja gaya permainan mereka ketika aksi ACL. Mereka push each others untuk lebih yakin.
Ingat lagi musim lalu, ketika mereka berdepan dengan Kedah. Apabila mereka sudah leading banyak dalam final piala Malaysia.
Mereka tidak membunuh lawan mereka. Ramon Marcote menyatakan JDT menunjukkan respect yang jelas kepada opponent mereka yang serba serbi bermasalah dalam final.
Menurut Ramon, pada separuh masa kedua para pemain JDT tidak membuat skil skil yang tidak perlu dalam perlawanan. Aku belajar daripada perkara tu, atas penjelasan Ramon.
Bola sepak ni kadangkala sukar untuk kita fahami. Ada gentleman agreement. Sebab tu kalau kau dah leading sampai 4 gol dan buat showboating ataupun meraikan gol macam menang piala dunia, maka ianya dianggap tidak bagus. Itu maksudnya membunuh lawan, dan bukan menewaskan lawan.
Ini komen Luis Enrique, coach Barca sendiri yang menyatakan dia faham pemain Bilbao marah. Pada kedudukan 3-1 minit ke-85, Neymar cuba memalukan lawannya dengan skil.
Barcelona coach Enrique: I'd be angry with #Neymar if I was with Athletic Bilbao #ViscaBarca > http://t.co/uIOgwnXORC pic.twitter.com/I7bzJsz7va
— Tribal Football (@tribalfootball) May 31, 2015
Satu lagi insiden ketika City mendahului dan perlawanan hampir tamat, Sterling cuba memalukan Mata dengan skil pada akhir perlawanan.
Mata sangat marah. Bahkan Pep Guardiola sendiri yang suka dengan apa yang dia lihat.
Pep qui avertie Sterling après son passement jambe sur Mata à la 93ème minute dans le derby 😅
— Blue Moon (@FRBlueMoon) November 12, 2018
Musim ini JDT juga menewaskan seteru mereka dengan jaringan besar. Namun para pemain mereka lebih tenang dan Mora sendiri masih memberikan penghormatan kepada lawannya.
Musim depan JDT mungkin akan offload beberapa pemain. Dan membawa masuk beberapa pemain baharu. Kerana ada beberapa veteran sudah menuju ke penghujung karier.
Syabas JDT. Dan dengan rasminya JDT menjulang kejuaraan MSL sekali lagi. Rekod yang luar biasa.
🏆 JUARA CIMB LIGA SUPER MALAYSIA 2020!
Tahniah @OfficialJohor! #CIMBLigaSuper2020#JDT#MFLLive pic.twitter.com/kSZ3tKrtGD
— MFL LIVE (@MFL_Live) October 2, 2020
We Are Rivals Not Enemies!