Nota Khas: JDT Juara Piala Malaysia 2019

JDT sah bergelar juara Piala Malaysia 2019. Ini bukan perlawanan yang mudah untuk Kedah.

Mereka sudah bergolok bergadai pada separuh akhir kedua di Pahang dengan menyaksikan beberapa pemain mereka cedera dan digantung perlawanan.

Segalanya dilakukan demi untuk ke final Piala Malaysia 2019. Dan bagi aku secara peribadi ia memang klasik untuk menang dengan cara sebegitu.

Final Piala Malaysia 2019, dilangsungkan di SNBJ, pada malam 2 November 2019.

JDT menguasai segalanya dalam perlawanan ini. Mereka menemui rentak lebih awal dan menekan Kedah secara berterusan.

Kedah tidak dapat menemui mentaliti yang mereka ada ketika aksi menentang Pahang sebelum ini.

Terlalu banyak foul pada awal perlawanan dan membuatkan kad kuning yang menghalang para pemain mereka melakukan bentesan seperti tactical foul.

JDT tidaklah  bermain dengan tempo yang sangat tinggi namun mereka kemas dalam gerakan mereka.

Cuma masalahnya, pasukan Kedah sangat lama nak ambil masa untuk settle down dalam perlawanan ini.

Saya sudah menyaksikan 4 final Piala Malaysia melibatkan Kedah dalam 5 musim terakhir ini. Dan mungkin ini aksi final mereka yang paling ‘kurenggg’ di kalangan semua.

Gol pertama adalah menerusi situasi permainan kombinasi. Late run yang baik daripada Leandro.

Gol kedua adalah menerusi situasi bola mati. Sepakan percuma Safawi terkena under side palang gol.

Gol ketiga adalah satu hantaran mudah oleh Afiq Fazail yang langsung tak dicabar. Begitu juga Safiq Ahmad yang langsung tak dicabar dengan lebih baik.

Separuh masa kedua dalam 10 minit terakhir baru nampak Kedah mencipta permainan lebih baik dalam perlawanan ini. Namun dalam kedudukan 3-0, tiada apa yang boleh dilakukan.

JDT juara Piala Malaysia, menepati statusnya selaku pasukan pilihan.

Kedah telah melakukan yang terbaik dalam kempen domestik musim ini. Mara ke dua final domestik dan salah satu daripadanya bergelar juara iaitu Piala FA.

Better team menang malam ini.

Kedah gagal untuk menampung impak ketiadaan pemain utama. Itu petanda mereka harus memperbaiki isu squad depth.

Bola sepak ni bukan sukan untuk perancangan bagi perlawanan akhir sahaja, ianya adalah projek jangka panjang yang berkesinambungan. Tak kira kau juara ataupun tidak.

Perlawanan final hari ini dimenangi pasukan yang melaksanakan perancangan mereka dengan lebih baik dengan kualiti teknikal yang lebih baik.

Bukan hari untuk pasukan Kedah. Tetapi anda sudah jauh mara sampai ke final.

Tahniah kepada JDT, para pemain, fans, pengurusan, coaches dan mereka yang berkaitan. Dan hard luck untuk Kedah.

Kepada semua Fans, semoga balik dengan selamat dan sampai ke destinasi masing masing.

Baca yang lain