Nota Khas: Kedah Yang Harus Kita Kagumi

Kekalahan di tangan kelab Korea Selatan, Seoul FC bukan sesuatu yang pelik. Kedah memang diletaklan sebagai underdog / Pasukan bukan pilihan.

Malah kita tahu pasukan itu adalah heavyweight dalam Asia ni. Tetapi mereka tetap menunjukkan semangat mahu melawan.

Segalanya serba sukar untuk Kedah dalam game tu, kena pula Renan Alves buat hal dalam game.

Post aku kali ni tak nak sentuh hal dalam game. Dah dua artikel kawan aku buat untuk game semalam.

Tetapi aku nak cerita tentang kekaguman aku tentang Kedah dan Kedah FA kali ini.

Mengetahui mereka dan pusingan kelayakan Piala AFC, mereka telah menyusun atur (set up) pasukan mereka seawal mungkin.

Kesemua signing dibuat awal kerana nak gel pasukan ini bersama sama. Mereka sudah meletakkan kalendar pra musim sesuai dengan mereka. Supaya tak terlalu jauh dan tak terlalu dekat dengan pusingan kelayakan.

Semua pihak dalam KFA termasuk media dan pasukan telah bersatu hati dan berganding bahu dalam memastikan mereka benar benar bersedia.

Kita tahu dari segi kualiti teknikal amat sukar nak lepas pusingan kelayakan ni. Boleh dikatakan pusingan play off paling payah nak lepas oleh pasukan Asia Tenggara. Dah la play off dia kena main kat tempat dia.

Namun Kedah sentiasa menanam keyakinan akan dapat melakukan kejutan.

Kedah tak pernah putus asa dalam usaha nak beraksi di pentas tertinggi Asia. Musim lalu mereka tak layak beraksi dan kuota diberikan kepada pasukan lain.

Namun KFA tak pernah merajuk atau kecil hati. Mereka menunjukkan kita semangat profesional. Dan sentiasa mahu mengembangkan bakat pemain mereka.

Cuba melonjakkan pasukan mereka ke pentas tertinggi demi para pemain dan juga penyokong.

Sebelum perlawanan para pemain susah berikrar untuk memberikan yang terbaik.

Lihat footage yang dikongsikan oleh KFA ini:

Setiap kekalahan itu pasti menyedihkan. Tetapi syabas kepada Kedah FA di atas perjalanan anda yang anda tempuhi.

Bola sepak ini adalah satu pembelajaran. Jadi, kekalahan seperti ini haruslah dijadikan wadah pembelajaran lagi oleh semua pihak.

Kekalahan itu normal untuk pemain profesional, yang jadi tak Normal adalah kalah dan tak belajar.

Jadi, semoga pengalaman ini akan menjadikan pasukan Kedah FA lebih kuat selepas ini sama ada secara individu oleh pemain dan pasukan keseluruhannya.

Jauh tu sampai ke stadium Piala Dunia Seoul.

Semoga berjaya di lain hari.

Selamat kembali ke tanah air Helang Merah. Begitu juga dengan penumpang mereka yang beraway day sampai ke Korea Selatan.

Baca yang lain