Nota Ringkas: Central Winger, No.10 Yang Ke Sisi Padang

Apa itu central winger?

Ini bukanlah peranan baru. Ianya peranan ni.10 yang sudah lama dimodifikasi. Boleh dikatakan antara yang paling glamor ketika Pavel Nedved diberikan peranan ini. Digelar sebagai free role yang banyak ke wide area ketika di Juventus.

Tapi masa tu tak ramai bercerita sangat pasal breed pemain ni.

Central Winger atau Pemain Sayap Tengah atau False 10 adalah seorang Playmaker yg berperanan sebagai seorang Central Playmaker atau Wide Playmaker.

Mereka akan menggunakan bahagian Wide Area untuk melaksanakan Tugas Playmaking.

Secara zahirnya, seorang Playmaker Klasik No.10, selalunya hanya akan berada dalam Area Zon 14 (Pocket of Space/Hole).

Manakala seorang Central Winger lebih cenderung untuk Keluar daripada Zon 14.

Bagi peminat Liga M korang cuma perlu ingat peranan Jorge Pereyra Diaz ketika di JDT.

Jenis

Ada 2 jenis central winger;

1) Seorang Pemain Tengah Menyerang yg akan sering Bergerak pergi ke Bahagian Sayap.

2) Seorang Pemain Sayap yg diletakkan di Bahagian Tengah (narrow area).

MESUT OZIL

Mesut Ozil ialah seorang True No.10 tetapi telah diletakkan di posisi central winger (ketika di Real Madrid di bawah kendalian Jose Mourinho).

Dan beliau melakukan peranan sama ketika di Arsenal. Sebab tu kalau ada tak faham akan ingat Ozil ni sesat ke tepi sedangkan dia no.10.

Ozil tidak hanya duduk diam statik di bahagian tengah seperti mana lazimnya seorang pemain klasik No.10 yg lain (Enganche atau Trequartista), kerana Ozil sering bergerak keluar dan masuk ke bahagian sayap.

ASHLEY YOUNG

Ashley Young juga pernah bermain di posisi central winger suatu ketika dulu – di Aston Villa di bawah kendalian Gerard Houllier.

Malah Young beraksi dengan cukup menakjubkan ketika bermain sebagai seorang central winger.

Young ialah seorang pemain sayap kiri yg telah diletakkan di posisi tengah sebagai pemain No. 10 (central playmaker); agak menarik bukan? 😂

WESLEY SNEIJDER

Ini juga antara anak buah Mourinho yang dijadikan false 10/central winger.
Beliau menjadi nadi penting Mourinho ketika skuad Inter Milan menjulang treble satu ketika dahulu.

Dan di Real Madrid baru Morinho ada Mesut Ozil.

Contoh lain adalah Angel Di Maria di Real Madrid dan Phil Coutinho di Liverpool (era Rodgers), serta Henrik Mkhitaryan di Borussia Dortmund.

Sedikit beza

Apa beza Central Winger dengan Classic Winger atau Inverted Winger/Inside Forward?

Kalau classic winger, mereka lebih suka buat larian dan crossing terus ke byline atau corner flag.

Manakala inverted winger akan bermain di posisi kaki lemah mereka.

Inside Forward lebih suka buat cut inside dan banyak bermain di half-space(samada mereka bermain secara inverted winger atau pun tidak).

Central Winger/false number 10 pula dari bahagian tengah akan bergerak pergi ke bahagian sayap.

Yang paling penting, pemain tersebut harus bermain sebagai No.10, barulah layak digelar sebagai Central Winger.

Antara contoh central winger yg lain ialah Wesley Sneijder dan Franck Ribery.

[MISS POGWA] ❤️

Baca yang lain