Nota Ringkas: Pernomboran Dalam Bola Sepak Mengikut 4-4-2

Ok, rasanya sudah ramai yang tahu kan. Saja nak buat nota ringkas dan mudah supaya korang boleh share dengan kawan kawan yang lain.

Ini nota ringkas pernomboran berdasarkan posisi atas padang. Dan aku ambik yang universal berdasarkan 4-4-2.

Jadi, korang akan jumpa banyak versi dalam dunia ini. Misalnya no.4 orang akan gunakan untuk sweeper. Ada juga pakai no.6 merujuk kepada sweeper. Tetapi itu adalah berdasarkan banyak penjelasan lain.

Nota ni adalah asas agar korang tahu secara asas. Nombor yang disebut pengulas dalam tv tu.

2-3-5 dan 4-4-2

Asalnya pernomboran ini bermula daripada sistem klasik 2-3-5. Dan Arsenal adalah pelopor kepada pernomboran ini.

Mereka menggunakan nombor untuk gambar pasukan bagi menandakan posisi pemain. Ala macam kau dulu bergambar dengan kodak tu kemudian tanda nombor.

Namun pernomboran mereka semakin diterima dan dijadikan panduan.

Ada perhubungan yang langsung di antara formasi 2-3-5 dengan 4-4-2. Lihat gambar di bawah ini dan baca nota di bawah.

Merah tu 4-4-2, dan biru adalah 2-3-5.

1 – Penjaga gol

Ini biasalah kan, semua orang tahu, memang jersi penjaga gol

2 – Bek kanan

Asalnya memang no.2 ini bek utama dalam sistem 2-3-5 namun apabila sistem 4-4-2 diperkenalkan, mereka ditolak ke tepi lalu menjadi sideback. Sebab tu nama asal dia fullback.

Gambar pecah sebab aku besarkan. Harap korang faham arrow tu

3 – Bek kiri

Kisah dia sama dengan nombor 2, cuma dia di sebelah kiri

4 – Pemain tengah

Lebih kepada pure central midfielder macam Fabregas. Mereka bukan no.6 ataupun no.8. Asalnya dulu, ini adalah pemain DM / Center half. Namun selepas itu dijadikan pemain tengah.

5 – Bek tengah

Ini adalah center back. Pemain asalnya macam no.4. Dalam sistem 4-4-2 ditarik dan diselit di antara no. 2 dan 3. Jadilah CB.

6 – Defensive midfielder

Antara posisi klasik yang masih kekal di tengah sebagai no.6 ataupun defensive midfielder. Asalnya ia dijadikan CB juga. Namun selepas itu orang cuma labelkan no.5 sebagai CB dan no.6 jadi DM. So korang tengok gambar di atas no.6 duduk sebelah 5 kan?

Korang kena anggap itu cuma asas kepada pembentukan dan kemudian diuniversalkan. Sebab sukar CB tu satu posisi je. Tak perlu pakai 2 nombor.

Namun begitu, oleh kerana  no.6 dulu memang merujuk kepada CB maka ramai CB masih pakai no.6 dan pengurus gandingkan 5 dan 6 di CB.

Ini contoh numbering klasik 4-4-2.

7 – Sayap kanan

Dalam sistem 2-3-5, mereka ini adalah pemain sayap paling sisi. Dan di dalam sistem 4-4-2 pun masih sama

8. Attacking Midfielder – Asalnya, no.8 dan no.10 adalah inside forward dalam sistem 2-3-5. Namun dalam 4-4-2 dipecahkan, no.8 merujuk kepada AMF dan no.10 lebih kepada second striker.

9. Penyerang utama / penyerang tengah – penyerang paling atas dalam sistem permainan

Nombor dia masih sama sejak dulu. Sekarang ada false 9 merujuk kepada bukan pure no.9 jadi penyerang tengah paling atas.

10. Penyerang kedua / shadow striker

Pemain yang biasanya lebih lincah daripada no.9. Rujuk kisah no.8 tu. Posisi no.10 ni kebangaan ramai dahulu sebab mereka lincah dan penuh dengan ego kerana licik dan kreatif.

11. Sayap kiri

Rujuk kisah no.7 dan ianya cuma di kiri.

Nota tambahan

So aku bagi sedikit nota tambahan

Box to box

Pemain box to box merujuk kepada pemain yang boleh bermain dalam posisi tengah sebagai 4,6,8 sekurang-kurangnya. Dan kalau lebih advance boleh masukkan 10 sekali menjadikan mereka advance playmaker macam Stevie G satu ketika dahulu.

Pure CM

Mereka ni digelar jack of all trades. Fabregas contoh terbaik. Posisi ni membawa kebaikan kepada pasukan namun malangnya kurang memberikan manfaat kepada mereka.

Misalnya Fabregas sampai ke tua orang tak tahu dia adalah no.8? 10? ataupun 6? Tetapi mereka boleh bermain di kesemua posisi dan bekorban untuk pasukan tanpa memikirkan prime position.

Kalau korang nak baca lebih lengkap, baca di sini:

Sejarah Nombor Jersi & Kaitannya Dengan Posisi Pemain (Era Chapman Hingga Guardiola)

Rumusan

Pernomboran posisi tiada kaitan dengan nombor jersi. Namun ramai pemain sedaya upaya mendapatkan nombor utama itu terutama sekali dalam skuad kebangsaan.

Sebab itu dalam pengumuman jersi skuad kebangsaan, no.1 – 11 itu satu kebangaan dan digit utama. Dapat nombor single lagi bangga la.

Biasanya England akan cuba mengekalkan tradisi pernomboran tepat (correct numbering) ini.

 

Baca yang lain