Kali ni nak buat nota ringkas apa itu Poacher dalam sistem taktikal bola sepak. Namun fokus aku kepada poacher klasik.
Ianya merujuk kepada baka penyerang no.9. Jadi apabila sebut no.9 korang taulah ianya adalah pure striker.
Penyerang no.9 ni banyak baka sebenarnya. Ada target man, complete forward, dan poacher. Ini tiga yang utama la.
Poacher yang lembik tapi tajam
Poacher ni adalah penyerang yang fizikal dia lembik sikit. Tak suka bergasak dengan centre back. Mereka akan cuba mencari ruang kecil yang cukup cukup di belakang pertahanan.
Mereka tak ada kemampuan untuk menggelecek 2-3 pemain. Kalau lepas satu dah cukup ok dah tu.
Poacher moden seperti Javier Hernandez, Michael Owen, mahupun Icardi ni lain sikit. Mereka lincah dan boleh menggelecek namun itu bukan aset utama mereka.
Berbalik kepada Poacher klasik. Mereka akan kerap ofsaid sebab memang mereka akan sentiasa cuba bergerak awal kerana tahu mereka bukan pemain yang boleh melakukan take ons.
Malah Sir Alex Ferguson pernah melabel Filippo Inzaghi sebagai lahir secara ofsaid.
Dari segi finishing mereka sangat reaktif terhadap bola. Tak kisah pun tergolek macamana pun mereka akan dapat menjaringkan gol.
Ingat tak gol Hernandez dengan muka dia?
Ini aset utama mereka. Reaksi ke atas bola di dalam kotak penalti. Ruud Van Nistlerooy antara yang paling power. Mereka tak perlu turn penuh ataupun hanya melakukan Half turn pun boleh skor.
Oleh sebab itu mereka digelar memiliki naluri pembunuh yang kuat di dalam kotak penalti.
Fox in the box
Fizikal mereka yang tak keras dan naluri yang kuat serta sentiasa berkeliaran di dalam ruang kecil di dalam kotak penalti membuatkan mereka turut digelar Fox In The Box / musang di dalam kotak (penalti).
Cabaran mereka adalah nak bermain dalam sistem permainan moden seperti high pressing.
Mereka bukan pemain yang bagus untuk pressing. Mereka juga tidak laju untuk bergerak dari bawah ke atas. Mostly mereka akan cuba berada di atas seperti curi ayam.
Malah ada meramalkan baka ini semakin pupus dalam pasukan besar / elit kerana tak banyak pasukan yang mahukan Poacher. Mereka bukan penyerang yang all rounder.
Mereka sangat bergantung kepada servis daripada pemain lain.
Untuk mendapatkan jumlah gol yang banyak daripada seorang Poacher, 10 pemain lain perlu berkerja keras lebih daripada biasa untuk dia.
Namun mereka adalah opsyen yang sangat bagus untuk pasukan yang memerlukan seorang penyerang yang boleh melakukan apa sahaja di dalam box, dan tak kisah dia nak turun bertahan atau tak.
Ada jurulatih yang tak akan mengerahkan Poacher mereka turun. Sebab tahu mereka akan lambat nak naik sampai ke dalam kotak serangan apabila counter attack.
Sebagai tambahan, setiap penyerang itu perlu ada naluri Poacher dan kualiti poaching tau walaupun mereka bukan klasik Poacher.