Nota Ringkas: Visi Dalam Bola Sepak

Literally ianya merujuk kepada sudut pandangan seseorang pemain pemain di atas padang/ketika dalam perlawanan.

Namun visi ini bukanlah hanya sekadar darjah pandangan pemain. Ianya lebih dari itu. Ianya melibatkan naluri dan antisipasi yang tinggi ketika di atas padang.

Visi yang tinggi pada seseorang pemain bola sepak itu adalah kemampuan untuk ‘melihat lebih awal’ keadaan sama ada ketika menerima bola ataupun sebelum menerima bola.

Aku cuba untuk berada selangkah di hadapan para pemain lain.

Korang pernah dengan premonition? Lebih kurang macam tu lah.

Mereka yang memiliki visi yang tinggi ini akan cepat bertindak tanpa perlu melihat di mana rakan mereka.

Di mana mereka sudah melihat terlebih dahulu apa yang bakal berlaku di sesuatu zon.

Misalnya, Pirlo menerima bola di tengah. Beliau menghantar ke space yang kosong dan di situ tiba-tiba ada rakannya yang berlari ke arah itu dalam keadaan aktif.

Rakannya itu kadangkala tak mintak pun bola itu, namun visi Pirlo sudah melihat yang beliau akan ke situ
Begitu juga dengan David Beckham. Mereka tak perlu berlari lebih jauh. Tetapi terus melancarkan hantaran segera dengan visi mereka ada.

Visi permainan yang tinggi ini yang dimiliki oleh pemain seperti Ozil. Itu yang membuatkan mereka sangat kreatif.

Ianya memerlukan seseorang pemain rajin berlatih secara teknikal dan taktikal secara berpasukan. Ini untuk memastikan beliau faham akan rakannya.

Seterusnya isu trust / memperbaiki rakan anda. Serang yang ada visi tinggi akan sentiasa percaya kepada kemampuan rakannya.

Ini ditambah dengan kualiti hantaran. Jika visi kuat tapi teknikal rendah, itu yang akan jadi cacat sikit.

Apapun, ianya lebih kepada kecerdasan dalam permainan (intelligence) serta kemampuan untuk berhubung secara telepathic.

Arsene Wenger menyatakan, good player akan nampak ciri-ciri yang kuat secara teknikal dan taktikal pada usia 14-16 tahun.

Selebih dari tu, anda kena kejar la untuk jadi late bloomer. Tak ramai late bloomer ni. Tetapi mereka biasanya sangat surprise package.

Ole itu kena bangunkan mereka dengan asas betul sebelum usia 14 tahun.

So, kalau anda ada anak tu, bolehlah mulai mencari method latihan asas yang menyeronokkan untuk membentuk visi permainan.

Xabi Alonso, Pirlo antara pemain yang tak ada fancy trick tetapi ‘mahal’ kerana visi. Ozil tu walaupun orang cakap dia malas, namun visi dia buatkan dia mahal. Menjadikan Ozil salah seorang playmaker terbaik dunia ketika prime.

Rumusan

Visi ini adalah merujuk kepada tambahan kepada aspek permainan yang memisahkan seseorang pemain dengan pemain yang lain.

Kalau pemain yang memiliki kualiti hantaran tinggi ditambah dengan visi yang tinggi, mereka adalah world class player.

Ingat senang ke nak ada dua pakej ini sekali.

Ada juga pemain yang ada visi tetapi hantaran dia kerap tak sampai dan tak betul.

Siapa pemain yang memiliki visi yang paling Power pernah korang lihat?