Nota Ringkas Wawa: Baka Sweeper Dan Libero Yang Semakin Pupus

Pada edisi kali ini saya ingin berbicara pasal satu role yang semakin pupus ditelan zaman iaitu role Sweeper dan Libero.

Pertama sekali biar saya memberi pengenalan kepada istilah Sweeper dan Libero ini.

Peranan last back

Kedua-duanya adalah untuk satu posisi yang sama iaitu posisi dibelakang bek tengah tetapi diterjemahkan nama dalam 2 bahasa yang berbeza iaitu Sweeper dan Libero.

Sweeper adalah nama standard dalam bahasa Inggeris, manakala Libero adalah nama dalam bahasa Italy yang bermaksud free (bebas).

Ketika team dalam keadaan bertahan, Sweeper dan Libero akan memainkan satu peranan yang sama iaitu dengan bertindak lebih defensive untuk cover dan tutup ruang yang ditinggalkan oleh pemain bek yang lain.

Namun ketika team tengah memegang possession bola, peranan Sweeper dan Libero akan menjadi berbeza sama sekali.

Sweeper dan Libero adalah definisi untuk menunjukkan seorang bek tengah yang lebih versatile.

Peranan secara taktikal

Mereka akan menyapu bersih sebarang umpanan bola yang berjaya memasuki garisan pertahanan.

Posisi mereka adalah lebih fluid jika dibandingkan dengan pemain CB lain yang telah ditugaskan untuk marking player lawan yang ditetapkan (man-to-man marking).

Mereka mempunyai kelebihan untuk membaca perlawanan dengan lebih pantas dan cekap daripada pemain bek tengah yang lain.

Selalunya, mereka yang berperanan sebagai Sweeper atau Libero adalah mereka yang mempunyai kekuatan dari segi teknikal dan fizikal yang kuat dan mantap jika dibandingkan dengan pemain CB yang lain.

Beckenbauer pencetus libero moden

Posisi ini dipopularkan dan sinonim dengan Franz Beckenbauer pada era 60an.

Sweeper secara umumnya ialah seorang defender yang bermain di belakang posisi bek tengah dan lebih rapat dengan backline dan juga goalkeeper.

Tugas utama Sweeper ialah untuk mengeluarkan bola daripada kawasan bahaya, menangkis sebarang umpanan yang membolosi backline, menutup sebarang ruang kosong yang ditinggalkan oleh pemain bek tengah yang lain dan melindungi goalkeeper.

Sweeper berperanan sebagai last man di bahagian pertahanan. Sweeper tidak perlu untuk membuat sebarang man-to-man marking.

Sweeper juga mempunyai kelebihan untuk berlari secara bebas di bahagian backline dan dia akan sentiasa berlegar-legar di backline.

Kerana mereka mahu mengutip sebarang umpanan bola yang berjaya memasuki garisan pertahanan dan mampu memberikan ancaman kepada gawang goal contohnya seperti umpanan through ball ke gawang.

Sweeper juga lebih statik dan duduk berlegar-legar di backline dan sangat jarang untuk naik ke atas utk membantu proses serangan.

Sweeper digunakan dalam formasi back 3, di mana seorang sweeper akan berada di posisi belakang pemain bek tengah.

Sementara itu, seorang libero moden adalah pemain pertahanan yang memainkan peranan sebagai pemain bek dan juga sebagai seorang playmaker.

Sweeper pula yang hanya sekadar memainkan peranan sebagai pemain bek semata-mata.

Libero bergerak bebas dengan menggunakan backline sebagai posisi titik mula buatnya.

Libero lebih ke arah attacking role jika dibandingkan dengan peranan seorang Sweeper.

Libero adalah pemain yang ditugaskan sebagai pemain pertahanan serta pemain yang menjadi titik mula untuk melancarkan serangan.

Libero seperti terjamahan namanya free (bebas) yang menunjukkan kebebasan pemain daripada kena marking player lawan.

Transisi

Libero moden akan memulakan serangan daripada bahagian dalam; membuat long pass ke hadapan dengan membawa bola ke garisan tengah.

Ketika bola dalam possession, Libero akan naik ke atas untuk memberi support kepada pemain CM.

Dia akan jauh bergerak ke atas untuk mencipta ancaman ke gawang lawan dari jauh. Libero boleh dikatakan agak menyerupai seperti seorang Ball-playing Defender.

Libero moden sesuai digunakan dalam formasi tanpa pemain di bahagian CDM.

Baka yang terhad

Namun, sayang sekali kerana Sweeper dan Libero – sama ada moden atau klasik – semakin lama semakin pupus dan tidak lagi diaplikasikan kerana kemunculan formasi “Flat Back 4” dan faktor kekangan sistem offside trap.

Selain itu, tak ramai pengurus yang menggunakan sistem back 3 ataupun back 5.

Ramai pemain pada masa kini bergelut dengan composure, passing ability dan kekurangan kekuatan fizikal.

Sweeper dan Libero hampir pupus kerana digantikan dengan kewujudan Deep-lying Playmaker.

Namun begitu, mereka tetap ada. Dan ia bergantung kepada sistem dan formasi. Nak dia wujud, maka bentuklah sistem yang mewujudkannya.

Kini, jarang kita boleh lihat team yang menggunakan kelibat Sweeper dan Libero, tetapi kita boleh melihat yang peranan ini telah ditransformasikan kepada 2 pemain yang ditugaskan untuk menjadi pasangan duo pertahanan tengah.

Sebagai contoh pemain untuk role Sweeper pada era bolasepak moden ialah David Luiz ketika bersama Chelsea di bawah Conte.

Luiz dan Bonucci memiliki persamaan di mana, di dalam sistem back 3, mereka adalah sweeper.

Namun mereka juga digelar modern libero kerana keupayaan untuk melakukan hantaran panjang yang bahaya dari belakang. Sama juga dengan Mats Hummels.

Pada hari ini, agak sukar untuk mencari hanya sweeper sahaja jika mereka bukan libeiro. Mungkin contoh yang tipikal hanya sweeper sahaja, apabila Gary Cahill – di bawah sistem Conte menggantikan David Luiz.

Cahill tak ada kemampuan untuk melakukan hantaran dan playmaking dari belakang.

Rumusan

Apa yang pasti, korang kena faham, Libero bermaksud bebas. Sweeper bermaksud melakukan last man defend punya kerja. Dan hari ini, sweeper biasanya menjadi libero.

Untuk libero pula, ada jenis moden yang boleh melakukan playmaking. Misalnya, Bonucci, ataupun David Luiz.

Sweeper dan libero turut dibahagikan kepada dua iaitu, klasik dan moden. Untuk klasik, mereka rigid dan kerjanya fokus kepada membuat dirty work sebagai last man.

Untuk jenis moden mereka melakukan playmaking.

[MISS POGWA]

Baca yang lain

Bernardo Silva Singkir Chelsea

Chelsea disingkirkan oleh Manchester City daripada separuh akhir Piala FA 2023/24. Jaringan tunggal oleh Bernardo Silva minit ke-84, membuatkan Chelsea gigit jari