Nota Ringkas Wawa: False 9

Nampaknya ramai yang masih keliru dengan istilah False 9 ini. Kali ini Wawa akan ulas secara sangat ringkas.

Apa itu no. 9?

Pertama sekali, admin ingin memberikan sedikit pengenalan ringkas mengenai No.9 Asli supaya anda akan lebih memahami mengenai istilah False 9 ini.

Pemain No.9 Asli ialah Natural Born Striker yang memang secara azali telah dilahirkan dengan naluri seorang Penyerang Sejati dan mereka mempunyai killer finishing.

Mereka sangat hebat dalam menggunakan semua anggota badan mereka seperti menggunakan kaki dan kepala untuk menjaringkan goals. Contohnya seperti Target Man atau Poacher.

Mereka ialah contoh No.9 Klasik.

False 9

False 9 ialah No.9 Palsu atau No. 9 Jadian. Senang cerita, bila pemain yang No.9, tidak bermain di posisi yang sepatutnya dan pemain nombor lain (posisi tau bukan nombor jersi)pula yang bermain di posisi No.9 tersebut.

Ini asas kepada nombor

1. Penjaga gol

2 Bek kanan

3 Bek kiri

4 CM

5 Center back

6 DM

7 Sayap kanan

8 AM

9 Striker

10 Penyerang kedua

11 Sayap kiri

Bila ia digunakan

Selalunya taktik False 9 ini akan digunakan bila mana ketiadaan seorang striker yang sejati atau ketiadaan seorang True No.9 yang bermain di bahagian serangan yang paling atas.

Namun ada pasukan macam Liverpool atau Barcelona mereka meman established dengan false 9 sebagai taktikal utama bukannya sebab kecemasan.

Biasanya false 9 adalah seorang attacking midfielder atau playmaker yang ditugaskan untuk memainkan peranan sebagai seorang penyerang di bahagian atas.

Nombor yang biasa sesuai dengan peranan false 9 adalah 8,10,11,7. Ada juga kes istimewa ketika Euro 2012 di mana Fabregas (No.4) diarakan bermain false 9.

False 9 ini seorang Decoy Player; player yang dijadikan umpan, menarik keluar ataupun mengalihkan perhatian bek lawan dan goalkeeper lawan.

Namun, False 9 tidak akan wujud sekiranya seorang true No.9 ada sekali bermain di atas padang.

Hanya boleh wujud salah seorang antara mereka di atas padang, bukan berdua.

Contoh False 9 ialah Messi, Firmino, Wayne Rooney, Insigne dan Totti.

Baca yang lain

Bayern Sedia Lantik Semula Nagelsmann

Bayern Munich dilaporkan mempertimbangkan untuk membawa pulang Julian Nagelsmann dan pembantunya, Sandro Wagner ke kelab itu menggantikan Thomas Tuchel. Nagelsmann pernah menjadi