Nota ringkas Wawa kali ini, kita ulangkaji tentang hole player.
Apa itu Hole Player?
Hole (lubang) secara tersuratnya memang merujuk kepada satu lubuk khas di atas padang.
Hole jika diterjemahkan secara langsung bermaksud lubang atau ruang kosong.
Selain daripada hole player, mereka juga digelar pocket player, pemain di antara dua garisa / between the lines – yang bermain di zon 14.
Hole Player ialah player yang akan mengisi ruang atau celah di antara bahagian pertahanan dan midfield (player yang duduk di posisi belakang Striker).
Jadi anda mesti sudah dapat agak di manakah posisi pemain tersebut, iaitu di bahagian Attacking Midfielder (AMF) ataupun trequartista – boleh jadi penyerang kedua dan sebagainya.
Posisi
Posisi yang aktif untuk playing style hole player adalah AMF, no.8, no.10 ataupun central winger.
Box to box player juga boleh menjadi hole player, seperti Lampard, Gerrard dan Paul Pogba.
Mereka akan mencari celah antara garisan (hole) dan membuat larian ke arah ruang kosong (hole) menuju ke gawang lawan ketika mana team sedang menyerang.
Tujuan utama mereka adalah untuk menarik bek lawan ke arah mereka dan sekaligus mencipta peluang serangan buat rakan sepasukan mereka.
Hole player ini yang akan main dalam hole, untuk mencipta ruang dan peluang.
Bila mereka melakukan attacking run, mereka akan menarik defender lawan ke arahnya dan akan membuka peluang untuk striker menjaringkan goal.
Hole player adalah player yang bijak mengisi ruang dan celah kosong antara garisan bila team sedang membuat serangan.
Maksudnya bila mereka nampak peluang dan ruang kosong untuk buat attacking run, mereka boleh melakukan larian sampai ke gawang goal lawan semasa team sedang membuat counter-attack attack atau build up play.
Kelincahan dan keberanian
Player ini secara nalurinya sangat bijak mencari ruang kosong (hole player) dan celah kosong di antara sisi bek lawan.
Secara umumnya, mereka merupakan pemain yang pintar menggelecek bola dan mampu untuk mengekalkan possession bola untuk pasukan mereka buat masa yang lama.
Selain daripada lincah, mereka juga ada keberanian yang tinggi untuk menempatkan diri di zon paling padat / tight area di atas padang.
Contoh player: Andres Iniesta, Philiipe Coutinho, Wayne Rooney, Francesco Totti, Lionel Messi, Roberto Firmino.
Rumusan
Itu sahaja tentang hole player. Mereka adalah penting untuk memecahkan compactness lawan dan juga memecahkan organisasi pertahanan lawan.
Mereka menjadi penghubung di zon atas dan juga menjadi linking up player.
Hole player sangat bergantung kepada kualiti gelecekan, dan kreativiti. Jika tidak, mereka tidak akan mampu untuk beraksi di celah celah zon paling padat di atas padang itu.