Nolefam – gelaran untuk fandom Novak Djokovic – telah melancarkan serangan dan kritikan ke atas penjaga garisan yang menurut mereka terlalu berdrama membuatkan Djokovic disingkirkan daripada Terbuka AS.
Menyedari Nolefam berterusan mengecam dan troll penjaga garisan itu, Novak Djokovic tampil membuat kenyataan rasmi menerusi Twitternya menyeru agar peminatnya menghentikan serangan seperti itu
Nolefam telah melancarkan serangan siber di pelbagai platform. Ini termasuk menghantar mesej berbentuk serangan siber menerusi mesej instagram penjaga garisan tersebut.
Djokovic disingkirkan kerana insiden bola terkena penjaga garisan
Pemain no.1 Dunia, Novak Djokovic disingkirkan dari Grand Slam Terbuka Amerika Syarikat setelah memukul bola ke ke arah penjaga garisan.
Dalam aksi menentang Pablo Carreno Busta pada pusingan keempat Terbuka AS, Djokovic ketinggalan 6-5. Dia yang dalam keadaan geram, mengeluarkan bola yang beliau tak mahukan dan memukulnya ke belakang.
Tanpa diduga, bola itu terkena leher penjaga garisan yang terus rebah.
Djokovic menyedari kesalahannya dan terus meluru ke arah penjaga garisan itu.
Novak Djokovic memeriksa penjaga garisan itu setelah memukulnya dengan bola sebagai reaksi agak kecewa kehilangan satu mata kepada Pablo Carreno Busta.
Dipetik dari Sky Sports, pengadil kejohanan Soeren Friemel turun ke lapangan dan bercakap dengan pengadil Aurelie Tourte dan penyelia pertandingan grand slam Andreas Egli.
Mereka berbincang dengan Djokovic sebelum akhirnya memutuskan untuk menyingkiman Djokovic daripada kejohanan ini.
Menurut pertimbangan, Djokovic memang tidak berniat mencederakan sesiapa namun kelakuannya yang agak emosi membuatkan dia memukul bola seperti itu.
USTA statement on default of Novak Djokovic: pic.twitter.com/dqlt0mokg9
— US Open Tennis (@usopen) September 6, 2020
Dengan penyingkiran itu, Djokovic juga akan kehilangan mata ranking yang dia dapat dalam kejohanan ini.
Djokovic juga mungkin akan dikenakan denda tambahan kerana tidak hadir dalam sidang media berikutan kejadian ini.
Kegagalan ini juga menjadikan kemenangan Djokovic di kejohanan ini terhenti selepas 26 perlawanan.
Dengan ketiadaan Djokovic, peluang pemain lain untuk menjadi juara semakin terbuka kerana sebelumnya Rafael Nadal juga memutuskan untuk tidak menghadiri kejohanan ini sementara Roger Federer masih pulih dari kecederaan.
Novak Djokovic, the #1 tennis player in the world, was disqualified from US Open after accidentally hitting line judge in the throat with a tennis ball.
Prior to today, Djokovic was undefeated all year and was the clear favorite to win the tournament.
— Pop Crave (@PopCrave) September 6, 2020
Djokovic tampil memohon maaf menerusi Instagram miliknya.
“Keseluruhan situasi ini membuatkan saya sangat sedih dan terasing. Saya memeriksa keadaan penjaga garisan dan mereka memberitahu saya, syukur tuhan, dia ok.”
“Saya sangat sangat meminta maaf kerana membuatkan dia kesulitan. Sangat tak disengajakan, dan sangat salah.”
Novak Djokovic shared an apology on his Instagram:
"This whole situation has left me really sad and empty. … So unintended. So wrong." pic.twitter.com/QY4eD1MBns
— ESPN (@espn) September 6, 2020
Netizen berbelah bahagi pendapat mengenai insiden ini. Ada yang menyatakan hukuman itu terlalu berat.
Djokovic just hit a lines person in the neck with an errant ball after losing a point. And I think he knew it. Yikes. pic.twitter.com/05iVUtpQ0Z
— thehojo (@thehojo) September 6, 2020
Namun Djokovic menerima hukuman itu dengan terbuka.
Here’s what he did. #Djokovic pic.twitter.com/iVjP5UG7ER
— Greg Brady (@gregbradyTO) September 6, 2020
Namun isu itu tak terhenti di situ, peminat Djokovic menjadi sangat marah. Malah ada yang menggelar penjaga garisan itu ejen yang dihantar Federer untuk merosakkan rekod tanpa kalah Djokovic.
Djokovic gesa segera hentikan troll dan cacian
Malah ada troll yang melibatkan gambar keluarga penjaga garisan tersebut. Paling teruk ada peminat yang troll melibatkan anak penjaga garisan itu yang sudah meninggal dunia. Mereka menggunakan rujukan jelik itu di ruangan komen di Instagram.
Penjaga garisan tersebut dilaporkan sudah memadamkan akaun instagram miliknya.
Semalam, Djokovic meminta kesemua peminatnya untuk memberikan sokongan kepada penjaga garisan kerana dia tidak melakukan sebarang kesalahan.
Djokovic berkata: “Kepada #NoleFam, terima kasih di atas mesej positif dari kamu.. Tolonglah, ingat bahawa penjaga garisan yang terkena bola semalam itu, turut memerlukan sokongan dari komuniti kita.”
“Beliau tidak melakukan apa apa kesalahan. Saya meminta agar kamu terus memberikan mesej sokongan dan prihatin ke atas keadaan beliau ketika ini.”
“Mulai saat ini, kita akan membangun lebih kuat dan bangkit. Berbagilah kasih sayang dengan semua orang. Eropah, saya datang.”
From these moments, we grow stronger and we rise above. Sharing love with everyone. Europe here I come ✈️ (2/2)
— Novak Djokovic (@DjokerNole) September 7, 2020
Bagi peminat tenis, Nolefam antara fandom yang memang kuat dan mereka seringkali bertembung dengan peminat Rafael Nadal dan Roger Federer di alam maya.
Penyingkiran Novak Djokovic ini bermakna beliau gagal untuk meraih Grand Slam ke-18 dan kekal di belakang Rafael Nadal (19) serta Roger Federer (20).
Novak turut menyatakan dia sangat kesal dengan kelakuannya dan meminta maaf kepada penganjur Terbuka AS.