NSFC Jelaskan Isu Pingat, Kone Bukan Merajuk Sebab Pingat Tapi Kerana Dilarang Raikan Atas Pentas

Beberapa jam tadi, kami ada menulis tentang pemain Negeri Sembilan yang merajuk sampai tak nak bergambar kerana tak cukup pingat.

Negeri Sembilan FC mengesahkan memang berlaku kekurangan pingat kejuaraan dalam majlis keraian semalam. Namun Negeri Sembilan FC berharap pemerhati bola sepak tidak keliru dengan keadaan tersebut.

Walaupun sebenarnya pemain Negeri Sembilan pun turut keliru semalam. Di mana Kone kelihatan tidak dapat menerima kenyataan bahawa dia tak dapat pingat.

Dalam kenyataannya NSFC berkata:

Susulan siaran video Majlis Penyerahan Trofi Liga Premier 2021 semalam yang menyaksikan ada pemain dan pegawai Negeri Sembilan FC (NSFC) tidak mendapat pingat kemenangan, adalah dimaklumkan bahawa pihak Malaysian Football League (MFL) telah mengadakan sesi taklimat bersama pasukan NSFC ,Sarawak United FC dan Terengganu FC II (TFC II) sebelum berlangsungnya perlawanan terakhir liga.

Taklimat dan perbincangan tersebut menyaksikan pihak MFL membahagikan sebanyak 25 pingat kepada setiap pasukan yang mencukupi untuk Pemain dan Pegawai yang didaftar untuk perlawanan malam itu dan sekiranya salah satu pasukan menjadi juara, lebihan pingat tersebut akan dihantar kepada pasukan pemenang keesokan harinya.

Dalam mesyuarat penyelarasan itu, MFL telah mengadakan taklimat bersama Pengurus Besar Negeri Sembilan FC, En Firdaus Bhari dan Pegawai Operasi Sarawak United FC, En Shauqi Ajwadi pada 17 September 2021 di mana pembahagian pingat itu telah dipersetujui oleh semua pihak tanpa sebarang isu dibangkitkan.

Keputusan ini diambil kerana ketiga-tiga pasukan tersebut secara matematik masih berpeluang untuk menenangi kejuaraan Liga Premier Malaysia 2021 menjelang

Diharap agar penerangan ini dapat menjelaskan kekeliruan dalam kalangan pemerhati bola sepak dengan situasi yang berlaku semalam.

Nampaknya MFL hanya menyediakan 25 pingat kepada setiap pasukan di setiap venue. Mungkin kerana mereka merasakan kebiasaannya hanya 25 pemain sahaja didaftarkan dalam pasukan.

Sebenarnya, mereka mungkin terlepas pandang bahawa setiap pasukan itu ada staf kejurulatihan yang ramai termasuk staf sokongan.

Namun sudah tetap tertulis dalam sejarah bahawa Negeri Sembilan adalah juara mutlak Liga Premier 2021.

Penulis kami, Zuraimi Zukri memberikan ulasan:

MFL letak 25 medal untuk diberikan kepada pemain di 3 venue. N.Sembilan, Sarawak dan Terengganu ll. Kerana 3 pasukan ini berpeluang jadi juara.
Kenapa 25 medal?
Kata MFL setiap pasukan daftar 25 pemain seperti yang dibenarkan. MFL lupa senarai pemain lebih tinggi dari jumlah itu disebabkan 3 perkara ini.
• Pemain ‘tambahan’ boleh datang dari pemain B23, B21 atau B19 yang tidak berada dalam senarai daftar 25.
• Pemain yang turun naik dari team utama dan feeder (Terengganu).
• Perpindahan pemain di jendela tengah musim juga meningkatkan jumlah pemain.
Saya boleh tolong kira, tapi benda dah jadi kan.
N.Sembilan ada 28 pemain yang pernah tersenarai dalam ‘senarai 18’ sepanjang kempen liga. Sarawak juga 28 pemain dan Terengganu ll ada 36 pemain.
Kalau medal kejuaraan hanya untuk pemain yang pernah bermain sahaja maka N.Sembilan mempunyai 28 pemain, Sarawak 25 dan Terengganu ll 33.
Sepatutnya MFL sediakan 28-28-36. Bukan 25-25-25.
Senang kan, tapi tu la MFL malas nak kira. Nak kerja senang atau malas nak fikir.
Jadi cerita kat atas korang dah nampak mengapa dan berapa tak cukup kan. Merujuk kepada data pemain (-3).
Tambahan: Di EPL hanya pemain yang bermain 5 perlawanan keatas sahaja dapat medal. Kat LP atau LS tanya MFL.

Kenapa Kone merajuk?

Peminat kemudian mempersoalkan kalau betul dah faham taklimat, kenapa Kone merajuk?

NSFC tampil dengan jawapan bahawa Kone sebenaranya kecewa kerana tidak dibenarkan meraikan kejuaraan di atas pentas, bukan sebab merajuk tak dapat pingat.

Peraturan ini agak unik kerana sebelum ini pemain pemain digantung biasanya tiada masalah meraikan kejuaraan atas stage walaupun mereka digantung. Mereka cuma dilarang bermain dalam perlawanan digantung.

Semoga penjelasan ini dapat diterima dengan tenang semua pihak.



 

BACA JUGA: [VIDEO Sedih] Kone Terluka Hatinya Dipermainkan MFL, Pingat Tak Cukup?

Negeri Sembilan secara rasminya dinobatkan sebagai juara Liga Premier 2021. Mereka berjaya mengenepikan cabaran daripada pasukan Sarawak pada hari terakhir liga.

Sudah tentulah ia merupakan hari yang paling menggembirakan semua yang terlibat terutama sekali para pemain.

Namun Cakap Sukan melaporkan bahawa, ketika penyampaian pingat ada pemain yang terkejut lalu merajuk kerana dipermainkan perasaan mereka.

Betul ke benda ni berlaku?

Anda sendiri bayangkan selepas mengharungi satu musim yang panjang dengan cabaran yang banyak sudah pastinya pemain berharap dapat abadikan detik indah malam penyampaian pingat.

Entah apalah salah pemain ini sehingga perasaan mereka dipermainkan sebegitu rupa.

Laman Facebook Rise Of Panther dan Cakap Sukan berkongsi detik di mana pemain import Negeri Sembilan, Kone, sangat kecewa sekali kerana tiada kalungan pingat di lehernya.

Di mana seorang rakan sepasukan Kone menyatakan pemain itu sedih sebab tak dapat pingat.

Menurut sumber daripada Cakap Sukan, hanya sebahagian pingat sahaja yang dibawa ke perlawanan melibatkan Negeri Sembilan. Manakala sebahagian lagi dibawa ke Larkin yang menjadi tempat aksi pasukan Sarawak.

Alasannya adalah kerana Sarawak masih ada peluang menjadi juara. Jadi jika pasukan Sarawak menjadi juara pada malam semalam juga situasi yang sama akan menimpa dan mungkin akan ada juga pemain mereka yang merajuk.

Lihatlah sendiri detik merajuknya pemain Negeri Sembilan ini sampai rakan rakannya dan Coach dia memujuknya untuk bergambar bersama. Benda tak kelakar kot bagi dia.

Sebenarnya benda macam ni tak patut berlaku. Misalnya di EPL, nak tak nak kena ambik contoh la liga lain, beberapa kali terjadi di mana kejuaraan Liga Perdana Inggeris ditentukan pada hari terakhir.

Premier League biasanya menyediakan beberapa set pingat untuk diberikan kepada pemain dan diletakkan di venue pertandingan. Cuma piala tu kalau ada dua pasukan bermain di venue yang masih boleh diakses dengan helikopter mereka tak akan sediakan piala replika.

Jadi usaha MFL meletakkan piala replika di Larkin tu dah ok dah. Cuma masalahnya kenapa pingat kurang? Kalau betullah seperti yang dikatakan.

Kalau ada dua venue yang sangat jauh, mereka akan sediakan piala sebenar di venue pasukan pendahulu kejuaraan dan replika di venue pencabar. Jika ada 4 pasukan pencabar mereka akan menyusun sebaiknya agar piala disampaikan pada hari itu. Kalau ianya hari terakhir.

Seterusnya untuk pingat, ini paling tiada masalah sama sekali. Set pingat boleh disediakan banyak.

Kerana ianya tak makan kos besar sangat pun. Sebab tu mereka pakai bagi je pingat kat staf pegawai atau pemain muda yang ada walaupun ada di antara mereka tak diiktiraf penerima pingat rasmi.

Namun kelab akan tetap memberikan pingat kepada pemain yang ada. Misalnya, pemain cuma beraksi 1 perlawanan, dan syarat 5 perlawanan, kebetulan dia ada pada perlawanan terakhir di bench, maka bagi je la. Cuma dalam daftar rasmi, dia tak dikira penerima rasmi. Sama juga dengan UCL dan sebagainya.

Benda ni MFL sendiri dah lama tahu. Mereka pengendali bola sepak Liga M. Yang diiktiraf ada tempat dalam slot ACL sekalipun.

Jadi kita tunggu penjelasan, betul ke pingat tak cukup punca pemain Negeri Sembilan ni merajuk?

Kalau betul, diharap pada masa akan datang benda macam ni tak berlaku. Malu kat orang.