Selain ditemani ejen Secret Service, Presiden Amerika Syarikat akan diiringi oleh pegawai tentera. Bagi menghadapi situasi yang tidak dijangka seperti serangan peluru berpandu ataupun serangan nuklear setiap presiden dilengkapi dengan beg hitam seberat 25 kilogram.
Beg ini sentiasa dibimbit kemas oleh seorang pegawai tentera. Beg itu dikenali sebagai beg Nuclear Football. Ia juga dikenali sebagai,
- President’s Emergency Satchel
- Atomic Football
- The Red Button
- The Button
- The Football
- Black Box
Beg Nuclear Football merupakan beg sulit dan dikawal rapi oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat. Beg ini sentiasa berada disisi presiden.
Beg ini menggandungi kod khas nuklear yang dipanggil biscuit dan gajet berteknologi tinggi. Alat ini membolehkan Presiden Amerika Syarikat mengarahkan pelancaran senjata nuklear yang ditanam seluruh bahagian negaranya walau dimana sahaja beliau berada.
Beg itu begitu penting kepada presiden yang mungkin berada jauh dari Sit-Room ataupun Pentagon bagi melancarkan serangan balas.
Mujurlah sepanjang sejarah penggunaannya, iaitu sejak era Presiden Dwight Eisenhower pada 1950-an, Nuclear Football tidak pernah diaktifkan oleh mana-mana presiden.
Pun begitu, beg sulit ini tetap tidak pernah sekali-kali ditinggalkan oleh presiden.
Sewaktu proses peralihan kuasa, Presiden yang dipilih akan diberi taklimat cara penggunaan beg ini. Pada hari pemasyurannya akan terdapat 2 beg ini. 1 akan diberikan kepada bakal presiden dan 1 lagi berada ditangan presiden yang akan melepaskan jawatan.
Hal ini bertujuan menjamin kepantasan kedua-dua presiden membuat keputusan pelancaran senjara nuklear dalam hanya beberapa minit.
Ini sekiranya ancaman dari seberang laut tercetus secara tiba-tiba sewaktu proses peralihan kuasa. Sebarang pelancaran senjata nuklear tidak dapat dilakukan tanpa persetujuan atau arahan dari presiden.