Faisal Halim benar benar sedih dengan perletakan jawatan Kim Pan Gon. Jurulatih yang telah menjadikan Faisal Halim sebagai bintang utama skuad kebangsaan dan menunjukkan aksi luar biasa.
Kim Pan-gon umum perletakan jawatan beliau sebentar tadi dalam satu sidang media tergempar.
Kontrak semasa jurulatih asal Korea Selatan itu sepatutnya sehingga 2025. Kim Pan Gon menjadi jurulatih yang berjaya membangkitkan semula pasukan Harimau Malaya.
Kedudukan ketua jurulatih skuad Malaysia akan diisi oleh Pau Mati sebagai interim.
Sepanjang bersama dengan skuad kebangsaan, Kim Pan Gon telah membantu Malaysia layak ke Piala Asia 2023 secara merit buat pertama kali dalam sejak 1980.
Kerana sebelum ini Malaysia layak pada 2007 sebagai hos bersama. Jurulatih berusia 55 tahun itu turut membantu Malaysia memperbaiki ranking FIFA daripada kedudukan ke-154 ketika pertama kali dia mengambil alih, naik sehingga kedudukan ke-135 pada Jun lalu.
Bintang Faisal Halim adalah antara nama yang benar benar menunjukkan aksi luar biasa di peringkat antarabangsa ketika berada di bawah kendalian Kim Pan Gon.
Dia memberikan kepercayaan kepada pemain itu untuk menjadi kapten dan juga menjadi nadi utama sistem serangannya. Faisal menjadi penjaring gol yang hebat bersama Harimau Malaya termasuk gol ikonik ketika menentang Korea Selatan di Piala Asia lalu.
Oleh sebab itu Faisal Halim benar benar sedih dengan pemergian jurulatih itu.
Faisal menerusi Instagram story beliau menulis: “Berita yan sangat menyedihkan. Saya masih ingat dua bulan yang lepas Coach datang ke hospital melawat saya dan memberikan saya sokongan dan kekuatan.
“Dan coach cakap kepada saya: ‘Fausal saya nak tengok kamu kembali dengan kuat untuk pasukan kebangsaan.
“Saya akan berikan kamu sokongan dan percayalah cakap saya, kamu akan jadi lebih kuat selepas ini.”
Selamat maju jaya buat Oppa Kim Pan Gon yang telah membantu menghidupkan semula roh bola sepak Malaysia yang sebelum ini telah mati ketika era Nelo Vingada. Jasamu dikenang buat selama-lamanya sebagai salah sorang jurulatih terbaik yang Malaysia pernah ada.