Nunez Kad Merah Sebab Tanduk Orang, Tetapi Screamer Luis Diaz Selamatkan Liverpool

Darwin Nunez ada debut di Anfield untuk dilupakan apabila pemain itu dilayangkan kad merah pada awal separuh masa kedua kerana kerasukan roh Zidane.

Nunez sebelum ini masuk sebagai pemain gantian ketika di Fulham dan menjaringkan 1 gol mencetak 1 assist. Kisah berbeza dilaluinya di Anfield.

Liverpool melayan kunjungan Crystal Palace dalam aksi kedua EPL musim ini dan yang pertama di Anfield selepas keputusan seri 2-2 di Craven Cottage.

Liverpool bermula garang dengan melakukan percubaan pertama seawal minit pertama menerusi James Milner namun tidak masuk.

Tidak lama kemudian Liverpool menyerang ke kubu Palace sekali lagi dengan Trent Alexander Arnold sekali lagi melakukan hantaran cantik kepada Mo Salah yang terus melorongkan kepada Harvey Elliot. Nunez kemudian merembat liar bola.

Palace melakukan ancaman ke gawang Liverpool dan memaksa Alisson melakukan save menafikan percubaan bahaya Ebereci Eze.

Liverpool yang terus bergelut di hadapan gol akhirnya dihukum oleh Palace. Ketika The Reds sedang rancak mengatur serangan di kawasan Palace, pasukan bimbingan Patrick Vieira itu kemudian melakukan serangan balas.

Zaha mengatasi perangkap ofsaid dan kemudian melarikan bola dengan kepantasannya, lalu menewaskan Alisson. 1-0 untuk Palace pada minit ke-32.

Liverpool cuba memberikan respon kepada gol itu. Namun skripnya tetap sama, tumpul!

Akhirnya separuh masa pertama berakhir dengan 0-1 memihak pasukan pelawat Crystal Palace. Ianya separuh masa pertama yang sangat mengecewakan buat Liverpool.

Di mana mereka melakukan 17 percubaan ke arah gol lawan namun tidak satu pun yang masuk.

Pada separuh masa kedua, keadaan seakan akan menjadi lebih teruk buat Liverpool. Ini apabila Darwin Nunez dilayangkan kad merah pada minit ke-57. Ianya selepas Nunez menghantuk Andersen.

Ternyata ianya tindakan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh Nunez di kala pasukannya memerlukannya untuk bangkit.

Kini Palace perlu memanfaatkan kelebihan seorang pemain yang mereka ada dengan sebaik baiknya, dalam kedudukan mereka sedang di hadapan.

Walaubagaimanapun, Liverpool ternyata beraksi lebih baik dengan 10 pemain berdepan dengan 11 pemain Crystal Palace.

Skuad Jurgen Klopp akhirnya menyamakan kedudukan pada minit ke-61, menerusi Luis Diaz. Di mana dia menggelecek beberapa pemain di sebelah kiri sebelum dia melepaskan rembatan deras menewaskan Guaita.

Luis Diaz hampir menambah gol keduanya pada minit ke-72, malangnya kawalan bola pertamanya tidak cukup kemas.

7 minit kemudian, Wilfried Zaha seharusnya menambah satu lagi gol untuk Palace. Malang sekali tampanannya kurang kemas.

Pada minit ke-86, Mohamed Salah melakukan half volley yang sedikit tersasar.

Pegawai perlawanan kemudian memberikan 5 minit masa tambahan.

Liverpool terus kecewa kerana mereka ternyata semakin buntu dan kesuntukan masa untuk mencari gol kemenangan pertama mereka musim ini.

Palace mempersia siakan peluang daripada sepakan penjuru.

Tamat perlawanan Liverpool 1 Crystal Palace 1.

Kemabukan Liverpool pada pra musim masih terbawa bawa pada awal musim ini.

Aksi seterusnya, Liverpool akan berkunjung ke Old Trafford berhadapan dengan Manchester United.