Darwin Nunez menjadi wira kemenangan Liverpool dengan mencetak 2 gol pada masa kecederaan ketika pasukannya bergelut untuk menang di Stadium Komuniti Gtech.
Liverpool mendominasi perlawanan namun secara keseluruhannya kedua dua pasukan seimbang dari segi ancaman dan ciptaan peluang.
Kedua duanya memiliki peluang gol masing masing. Terutama sekali Brentford yang beberapa kali mengancam Liverpool dengan serangan balas mereka.
Alisson dan pasangan bek tengah Liverpool, Konate-Van Dijk beraksi cemerlang di pertahanan hari ini.
Brentford tampil dengan taktikal blok rendah mereka. Dengan meletakkan 9 ke 10 pemain di belakang bola.
Memaksa Liverpool untuk banyak berlegar di luar kotak penalti. Liverpool sukar untuk memenangi bola dalam kotak penalti kerana fizikal Brentford lebih baik.
Itulah alasan Darwin Nunez dimasukkan minit ke-65. Selepas hampir setengah jam di padang, Nunez memberikan kegembiraan buat The Kops dengan gol pertama masa kecederaan minit ke-90+1.
Dia menyambar hantaran rendah Trent Alexander Arnold. Penjaga gol Brentford, Flekken akhirnya ditewaskan.
Selepas gol itu barulah Brentford menghantar ramai pemain mereka ke zon serangan. Dan Liverpool pula menyerang balas mereka. Dan pada minit ke-90+3, Darwin Nunez memastikan 3 mata selamat dibawa pulang ke Anfield dengan gol keduanya.
The Darwin Nunez show 🕺#BRELIV pic.twitter.com/NnlcuucC0i
— Premier League (@premierleague) January 18, 2025
Liverpool akhirnya menang, menamatkan rentetan tanpa kemenangan mereka. Saksikan gol gol Nunez di sini:
Darwin Nunez came off the bench to score TWO important goals in TWO minutes in stoppage-time to win the game for Liverpool! ❤️#AstroEPL #BRELIV pic.twitter.com/4wVOYM1Ua1
— Stadium Astro 🇲🇾 (@stadiumastro) January 18, 2025
Arne Slot jelas sekali lega dengan keputusan ini. Mereka menjarakkan diri 7 mata daripada Arsenal yang akan turun selepas perlawanan ini.