Darwin Nunez menjadi wira kemenangan Liverpool dalam kunjungan mereka ke markas Nottingham Forest.
Liverpool sekali lagi merehatkan pemain seperti Mo Salah di bangku simpanan. Dengan Alisson masih tidak pulih lagi.
Skuad Jurgen Klopp bertahan dengan baik ketika Forest menghadirkan banyak ancaman daripada serangan balas berkualiti.
Coimhin Kelleher sekali lagi menjadi wira tak didendang dengan menafikan beberapa peluang keemasan lawan.
Liverpool bergelut untuk menembusi gawang Forest. Dengan Klopp akhirnya memasukkan Darwin Nunez yang baru sahaja cergas.
Dia memiliki peluang awal namun tidak dapat kontak dengan bola.
Ketika aksi seolah olah bakal berakhir seri, Liverpool pada satu ketika hampir dibolosi minit akhir. Namun Van Dijk terus cemerlang dalam perlawanan ini.
Pada masa kecederaan 90+9′, Darwin Nunez menanduk kilas hantaran Alexis Mac Allister. Di mana maestro asal Argentina itu melakukan putaran badan dan skop bola.
Nunez yang menggunakan ketinggiannya berjaya memenangi bola dan sentuhan kepalanya benar benar tepat ke gawang.
Welcome back Nunez
pic.twitter.com/pGwBYDRnGj— AnfieldIndex (@AnfieldIndex) March 2, 2024
NUNEZ WINS IT FOR LIVERPOOL! 🔴🔴🔴🔴🔴 pic.twitter.com/fyoggb3jgn
— – (@snappedlfc) March 2, 2024
Penyokong pelawat menjadi euforia begitu juga dengan kem Liverpool. Mereka sekali lagi menjaringkan gol penting lewat perlawanan.
🚨🚨| GOAL: NUNEZ BREAKS THE DEADLOCK!
Nottingham Forest 0-1 Liverpool
— Transfer Sector (@TransferSector) March 2, 2024
Dan gol itu memberikan Liverpool 3 mata berharga dalam usaha mereka terus bersaing merebut kejuaraan EPL musim ini.