Nunez Skor Gol Kemenangan Minit Ke-90+9

Darwin Nunez menjadi wira kemenangan Liverpool dalam kunjungan mereka ke markas Nottingham Forest.

Liverpool sekali lagi merehatkan pemain seperti Mo Salah di bangku simpanan. Dengan Alisson masih tidak pulih lagi.

Skuad Jurgen Klopp bertahan dengan baik ketika Forest menghadirkan banyak ancaman daripada serangan balas berkualiti.

Coimhin Kelleher sekali lagi menjadi wira tak didendang dengan menafikan beberapa peluang keemasan lawan.

Liverpool bergelut untuk menembusi gawang Forest. Dengan Klopp akhirnya memasukkan Darwin Nunez yang baru sahaja cergas.

Dia memiliki peluang awal namun tidak dapat kontak dengan bola.

Ketika aksi seolah olah bakal berakhir seri, Liverpool pada satu ketika hampir dibolosi minit akhir. Namun Van Dijk terus cemerlang dalam perlawanan ini.

Pada masa kecederaan 90+9β€², Darwin Nunez menanduk kilas hantaran Alexis Mac Allister. Di mana maestro asal Argentina itu melakukan putaran badan dan skop bola.

Nunez yang menggunakan ketinggiannya berjaya memenangi bola dan sentuhan kepalanya benar benar tepat ke gawang.

Penyokong pelawat menjadi euforia begitu juga dengan kem Liverpool. Mereka sekali lagi menjaringkan gol penting lewat perlawanan.

Dan gol itu memberikan Liverpool 3 mata berharga dalam usaha mereka terus bersaing merebut kejuaraan EPL musim ini.

Baca yang lain

Bayern Sedia Lantik Semula Nagelsmann

Bayern Munich dilaporkan mempertimbangkan untuk membawa pulang Julian Nagelsmann dan pembantunya, Sandro Wagner ke kelab itu menggantikan Thomas Tuchel. Nagelsmann pernah menjadi