Nunez Wira Kemenangan 10 Pemain Liverpool Lawan Newcastle

Darwin Nunez masuk sebagai pemain gantian dalam aksi di St James’ Park dan menjadi wira kemenangan Liverpool berdepan Newcastle.

Liverpool turut ke St James Park berhadapan dengan salah sebuah pasukan yang sedang dalam prestasi terbaik sejak musim lalu iaitu Newcastle.

Kesilapan Trent Alexander Arnold

Liverpool memulakan perlawanan dengan beberapa kesilapan. Kemuncaknya mereka dihukum oleh Anthony Gordon yang mengambil kesempatan di atas kesilapan Trent Alexander Arnold.

Di mana pertahanan antarabangsa England itu terlepas bola ketika cuba mengawal hantaran mudah Mohamed Salah kepadanya.

Pada kedudukan 1 lawan 1, Gordon yang merupakan pemain Singa Muda itu tidak melakukan kesilapan.

Van Dijk dibuang padang

Newcastle berterusan memberikan tekanan kepada Liverpool. Dan kemudian nasib Liverpool terus malang apabila kapten mereka, Virgil Van Dijk dibuang padang pada minit ke-28.

Ini adalah pertama kali Van Dijk dibuang padang sejak kali terakhir pada 2016.

Dia membantah kad merah itu namun pengadil tegas dengan keputusannya.

Newcastle gagal dapatkan gol kedua

Skuad bimbingan Eddie Howe itu kemudian melakukan beberapa percubaan bahaya termasuk terkena tiang dan palang.

Alisson turut bekerja keras menafikan beberapa percubaan bahaya daripada Newcastle termasuk percubaan deras Almiron.

Newcastle tidak menggunakan peluang yang mereka ada sebaik baiknya

Aksi heroic Darwin Nunez

Pada separuh masa kedua, kemasukan Darwin Nunez telah memberikan impak luar biasa.

Pemain itu menerima bola daripada Mohamed Salah dan menyamakan kedudukan daripada rembatan deras rendah pada minit ke-83.

Pada masa kecederaan, Newcastle mahu mendapatkan semula gol penyamaan. Namun kesilapan bertahan berlaku lagi.

Kali ini Diogo Jota melorongkan bola kepada Nunez. Yang mana dia berdepan situasi mirip gol pertama. Nunez sangat tenang dan menewaskan Nick Pope pada masa kecederaan 90+3.

Perlawanan akhirnya dimenangi Liverpool dengan skor 2-1.

Saksikan rangkuman aksi antara kedua dua pasukan di sini: