Penyerang import Pahang dari Nigeria, Dickson Nwakaeme sedia menerima kritikan ke atasnya. Kerana menurutnya, penyingkiran Pahang semalam dari Piala Malaysia 2020 adalah kerana dia.
Nwakaeme mengambil tanggungjawab di atas keputusan yang tak diingini itu. Pahang tewas 3-2 kepada Kedah FA di Alor Setar pada malam tadi.
Nwakeme gagal menyempurnakan penalti. Walaupun beliau pemain yang sangat bagus untuk tugasan itu. Sejak 2019, itulah pertama kali Nwakaeme gagal menyempurnakan penalti.
Menerusi Twitternya, Nwakaeme meminta maaf dan mengucapkan selamat tinggal kepada Pahang dalam ucapan yang sangat emosi.
Nwakaeme menyatakan dirinya akan kekal Pahang selamanya di dalam jiwanya. Pasukan yang paling beliau sayangi di dalam kariernya.
.@Dicksonnwakaeme mengambil tanggungjawab, atas kekalahan di #TMPialaMalaysia2020 semalam & mengumumkan itu adalah perlawanan terakhir dia bersama @officialpahang. 😔
Thank you, kapten. Thank you, orang besi! 💪🏻 #iniperlawanankita #KembaliTeguh #KitaJagaKita #KamiTeamMalaysia pic.twitter.com/PhwvoZEetg
— Team Malaysia (@TeamMsia) November 7, 2020
Nwakaeme berkata:
“Surat kepada keluarga Pahang saya.
Pertama sekali. Saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Tengku Muda Pahang. Bos Besar saya.
Kepada semua kerabat diraja Pahang. Saya berharap setiap kerabat diraja Pahang rendah hati dan penyayang seperti keluarga diraja Pahang.
Kepada pihak pengurusan. Staf kejurulatihan, para pemain dan penyokong Pahang. Untuk sayang [diberikan kepada saya] selama ini di Pahang. Tuhan memberkati anda semua untuk saya.
Saya bertanggungjawab di atas kekalahan menentang Kedah. Apa sahaja yang anda mahu katakan kepada mana-mana pemain, tolong lontarkan kata kata itu kepada saya.
Ketika semuanya berjalan lancar dan anda semua menyanyikan nama saya dalam setiap perlawanan. Saya menikmatinya.
Sekarang saya juga suka menikmati sebarang kritikan.
Kerana saya tahu budak budak [pemain] lain telah memberikan segalanya. Cuma tidak bernasib baik untuk tidak menang menentang pasukan yang sangat bagus.
Saya selalu memberikan yang terbaik setiap kali saya memakai jersi Pahang.
Tetapi kadang-kadang yang terbaik sahaja tidak mencukupi. Lebih menyedihkan lagi kerana ini adalah perlawanan terakhir saya sebagai pemain Pahang.
Saya tidak mahu ia berakhir dengan cara ini. Dengan rasa kasih sayang dan rasa hormat untuk anda semua. Anak lelaki anda DN10 aka orang besi.
Sekali bergelar Pahang selamanya kekal Pahang.
Selamanya akan mengingati anda semua.”
Tidak dapat dinafikan Dickson Nwakaeme adalah legenda pasukan Pahang. Pada era kemuncak kariernya dia banyak memberikan kejayaan kepada pasukan Pahang.
Siapa apa lupa gandingan Nwakaeme dan Conti satu ketika dahulu? Sangat menakutkan.
Malah dalam banyak perlawanan Nwakaeme menewaskan lawan Pahang dengan seorang dirinya.
Namun kariernya tidak pernah sama seperti sebelum ini pada kepulangan semulanya.
— DN11 (@Dicksonnwakaeme) November 6, 2020
Nwakaeme menyertai semula Pahang dari Ligue 1. Krisis kecederaan dan isu kecergasan membelenggu beliau pada fasa akhir kariernya.
Nwakaeme gagal menyerlah seperti sebelum ini, namun tetap berjaya menjaringkan gol dalam beberapa perlawanan.
Bukan sahaja penyokong Pahang akan mengingati beliau, tetapi penyokong Liga Malaysia akan merindui Nwakaeme dan akan dikenang sebagai legenda.
Nwakame meninggalkan Pahang dengan rekod 1 Piala Malaysia dan 1 Piala FA.