Nyatakan Sokongan Kepada Palestin, Youcef Atal Dipenjara Atas Kesalahan Semai Kebencian Antara Agama

Mahkamah di Nice, Perancis telah menjatuhkan hukuman penjara bersyarat kepada Youcef Atal atas tindakannya yang dianggap menyemai kebencian dan keganasan.

Youcef Atal beberapa bulan lalu digantung oleh Nice, yang merupakan kelab milik INEOS. Ianya selepas dia berkongsi post yang menyatakan sokongan kepada Palestin.

Nice turut didenda oleh Ligue 1 sebanyak €45,000 kerana gagal mengawal tingkah laku pemain mereka.

Nice menuduh Atal sebagai campur tangan dalam isu politik negara lain dan menyokong keganasan dan kebencian antara agama.

Youcef Atal mengakui bersalah kerana tidak memeriksa terlebih dahulu kandungan video sebelum berkongsi di platform media sosial miliknya.

Mahkamah Perancis telah menjatuhkan hukuman penjara 8 bulan ke atas Youcef Atal kerana tindakannya berkongsi tentang video perang di Gaza.

Video tersebut yang merupakan khutbah Mahmoud al-Hasanat, dituduh bebaur anti semitik atau anti Yahudi.

Selepas ditegur oleh kelabnya, Atal dikatakan segera memadamkan video tersebut dan meminta maaf. Dia menegaskan dia bukan seorang anti semitik, namun dia hanya seorang penyokong keamanan termasuk di Gaza.

Dia kecewa kerana dituduh cuba menyemai kebencian antara agama.

Dia berkata: “Saya tidak pernah menyokong kebencian, tidak kira di mana sahaja di dunia ini.”

Dalam masa 3 bulan serangan Israel di Gaza, dilaporkan seramai 22,000 rakyat Palestin sudah terbunuh, ramai di kalangan mangsa adalah wanita dan kanak kanak.

Ketika Atal berkongsi video tersebut dia berada di kem pasukan kebangsaan Algeria. Nice terus menggantungnya pada hari berikutnya. Kelab menyatakan mereka akan bersemuka dengan Atal dan membincangkan tentang perkara itu.

Nice dengan terbuka mengingatkan Atal bahawa video yang dia kongsikan itu sangat kontroversi dan kesan di atas tindakannya.

Pada Disember, Atal sekali lagi meminta maaf di atas tindakannya yang telah menyinggung ramai pihak. Sambil menegaskan sekali lagi bahawa dia hanya mahukan keamanan dicapai di Gaza.

Pendakwaraya, Meggi Choutia berkata dalam hujahnya: “Berkongsi video bermakna anda sedang meraikan mesej di dalamnya dan anda memberikan visibiliti kepada umum.”

Nice masih menggantung Youcef Atal, dengan tidak pasti sampai bila penggantungan itu akan berakhir. Dia sudah menjalani penggantungan 7 perlawanan yang dikenakan oleh LFP – badan penyelia liga bola sepak Perancis.

Atal pada November telah ditahan oleh polis Perancis. Dan dibebaskan dengan ikat jamin bersyarat €80,000. Dia dalam pemantauan polis sehingga tarikh perbicaraan dilakukan.

Dalam tempoh itu dia sempat membuat 3 penampilan untuk skuad kebangsaan Algeria. Dan dipanggil untuk beraksi bersama Algeria dalam aksi Piala Afrika yang berlangsung pertengahan Januari ini.

@sinarharianonline

Pemain bola sepak terbaik Algeria, Youcef Atal mewakili kelab Ligue 1, Nice, dihukum penjara lapan bulan oleh mahkamah Perancis kerana menunjukkan sokongan ke atas Palestin. Atal turut didenda 45,000 euro (RM228,149) atas dakwaan mencetus kebencian. Muzik: Narrow Skies – Transitions dari Artlist.io SinarHarian SinarTerkini YoucefAtal Algeria Mahkamah

♬ original sound – Sinar Harian – Sinar Harian

Algeria memberikan sokongan penuh kepada pemain itu. Di mana mereka percaya Youcef Atal cuma menyatakan sokongan keamanan di Gaza dan tidak lebih daripada itu.

Sebelum ini Karim Benzema pernah mengecam serangan di Gaza sebagai serangan kejam yang tidak mengira wanita dan kanak kanak. Pemain itu turut terbuka mengecam Israel pada masa itu.

Tindakan Benzema itu membuatkan Menteri Dalam Negeri Perancis, Gerald Darmanin menuduh Benzema tanpa bukti jelas, mengaitkan Benzema ada kaitan dengan pengganas. Dia meminta kerajaan Perancis melucutkan Ballon d’Or dan kerakyatan Perancis  Benzema.