O’ Donnel: FAM Cuma Hantar Pasukan Untuk Timba Pengalaman Kepada Pemain

Pengarah Teknikal Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Scott O’Donnell tampil dengan alasan yang biasa kita dengar sudah berdekad lamanya. Iaitu kelab ataupun pasukan tidak mahu melepaskan pemain untuk tugasan kebangsaan bagi beraksi untuk Piala AFF B-23, di Phnom Penh, Kemboja.

Seterusnya, beliau juga menegaskan bahawa pasukan yang dibawa pada hari ini adalah dari kalangan pemain dalam pasukan campuran daripada kumpulan 50 pemain di dalam kategori umur dikenal pasti oleh ketua jurulatih pasukan Brad Maloney sepanjang 2021.

Keengganan beberapa kelab untuk melepaskan pemain pemain muda mereka membuatkan FAM mengubah objektif mereka, menurut O’ Donnel.

Oleh sebab itu, dari awal lagi FAM sudah menetapkan objektif yang dipersetujui bersama iaitu untuk memberikan pengalaman beraksi kepada sejumlah pemain yang tidak pernah diberi peluang untuk bermain di sesebuah kejohanan antarabangsa.

Dipetik dari BERNAMA, O’Donnel berkata: “Kami mengambil kira bahawa kebanyakan pemain daripada kategori umur yang beraksi dalam pasukan Liga Super dan Liga Premier tidak mendapat pelepasan daripada pasukan masing-masing kerana kejohanan itu adalah di luar jendela FIFA.”

Selain itu Maloney hanya memanggil sejumlah pemain kesebelasan utama – daripada skuad yang berjaya melepasi aksi kelayakan Piala Asia B-23 sebelum ini iaitu Harith Haiqal Adam Afkar, Azrin Afiq Rusmini dan Nur Azfar Fikri Azhar.

Mejelaskan secara lebih lanjut lagi. Daripada kumpulan 50 prospek yang berada dalam senarai Brad Maloney, mereka termasuk Arif Aiman Hanapi, Luqman Hakim Shamsudin, Mukhairi Ajmal Mahadi, Ramadhan Saifullah, Danial Asri, Sharul Nazeem Zulpakar, Quentin Cheng, Nathaniel Shio Hong Wan, Azri Abdul Ghani dan Rahadiazli Rahalim.

Walaubagaimanapun, ada beberapa pemain muda ini yang sudah berada dalam senarai pasukan senior seperti Arif Aiman, Luqman Hakim, Mukairi Ajmal, Ramadhan Saifullah dan Akhyar Rashid. Pemain pemain ini memerlukan Brad Maloney berunding dengan Kim Pa-gon untuk meminta mereka diberikan kebenaran untuk beraksi dalam Piala Asia B-23 yang akan datang.’

“Oleh kerana itu adalah penting untuk menguji pemain di peringkat antarabangsa dan keadaan pandemik sekarang ini tidak banyak membantu,” katanya.

Seterusnya, O’Donnel menganggap bahawa pasukan Malaysia berdepan dengan Laos dalam aksi B-23 baru baru ini sebagai lebih dominan dalam perlawanan pertama. Namun tidak cukup tajam di hadapan gol.

Perlawanan Kumpulan B hanya melibatkan Malaysia dan Laos selepas Myanmar dan Indonesia menarik diri daripada kejohanan itu berikutan jangkitan wabak pada pasukan mereka dan hanya tiga juara kumpulan dengan satu naib juara terbaik akan mara ke separuh akhir.

Walaupun hanya dua pasukan sahaja, Malaysia masih gagal untuk mengatasi cabaran Laos. Jurulatih Laos, Michael Weiss menyatakan bahawa kejayaan menewaskan Malaysia dalam dua perlawanan berturut turut adalah detik bersejarah dalam sejarah bola sepak di negara mereka.

RUJUKAN — BERNAMA