OASIS: Kumpulan Yang Nyawanya Di Tangan Adik Beradik Gallagher

Oasis pernah menjadi kumpulan yang sangat berpengaruh di England dan dunia pada pertengahan 90-an milik bangsa Manchester.

Kumpulan yang bergenrekan musik classic psychedelic britpop dengan pengaruh The Beatles yang sangat dominan.

Kumpulan ini asalnya dibentuk oleh sekumpulan budak sekolah, Liam Gallagher (vocals), Paul “Bonehead” Arthurs (guitar), Paul McGuigan (bass), dan Tony McCaroll (drums).

Mereka kemudian menamakan kumpulan mereka dengan nama Inspiral Carpets.

OASIS

Selepas itu, Noel Gallagher pulang ke Manchester. Di sana, Noel telah diajak oleh adiknya, Liam Gallagher menyertai mereka.

Noel bersetuju dengan syarat dia menjadi ketua kumpulan dan ada kuasa dominan. Semua orang bersetuju dan Noel menamakan band ini dengan nama Oasis.

Dengan kehadiran Noel, mereka dapat menemui beberapa produser muzik yang mahu menerbitkan album mereka. Latihan lebih intensif dan segala aspek lirik dan muzik diperbaiki.

Noel ni cerewet. Tetapi yang lain ok, sebab mereka sentiasa percaya, Noel orang terbaik untuk buat lirik dan lagu.

Selepas itu, Oasis semakin menerima banyak jemputan persembahan gigs, kelab malam, pub dan banyak lagi tempat.

Ke Arus Perdana

Oasis telah bertemu Alan McGee, dari Creation Records. Mereka memaksa Alan untuk mendengar lagu mereka dan mahukan Alan menerbitkannya.

Selepas Alan McGee mendengar demo tape mereka, beliau kagum dan terus menandatangani Oasis di bawah label beliau. Creation Records sedia untuk membantu Oasis menerbitkan album sulung mereka.

Oasis mengeluarkan single pertama mereka di bawah label Creation Records berjudul Supersonic pada 1994. Ianya telah mendapat perhatian pengkritik dan pendengar. Ramai yang memberikan komen positif tentangnya.

Sebelum perlancaran album penuh mereka, Oasis mengeluarkan satu lagi single iaitu Shakermaker. Ia menjadi hit pada musim panas 1994.

Sebulan sebelum album sulung mereka dikeluarkan, Oasis mengusik telinga pendengar sekali lagi dengan lagi balada, Live Forever.

Selepas 3 materials itu didendangkan di corong radio, kini audien tidak sabar-sabar mahu memiliki album penuh mereka. Oasis sudah memiliki peminat mereka tersendiri.

Ketika mereka mengeluarkan album Definitely Maybe. ianya sangat cepat menjadi hits di England. Menjadikan ia sebagai album British paling laju penjualannya dalam sejarah.

Banyak lagu mereka berada dalam carta utama. Dan beberapa radio utama di Britain telah ditawan oleh lagu Oasis.

Oasis menjadi fenomena ketika itu. Mereka mulai melangkah ke pentas lebih besar termasuk pentas teater.

Lagu Supersonic menjadi salah satu naskah yang sangat digilai ketika itu.

Namun percakaran adik beradik Gallagher ini membuatkan Oasis kerap menolak dan membatalkan beberapa persembahan dan interview. Kedua-dua mereka saling bercakaran dan banyak kali tidak sehaluan.

Noel sudah pastinya mahu menggunakan kuasa dia sebagai ketua kumpulan seperti mana yang dipersetujui secara verbal ketika awal penubuhan mereka.

Akhirnya, Noel meninggalkan band ini selepas jelajah Amerika Syarikat yang sold out di kesemua venues.

Tidak lama selepas itu Noel kembali semula ke dalam kumpulan ketika mereka pulang ke England.

Lagu Whatever terus menjadi hits. Lagu ini merupakan single yang tidak dimasukkan di dalam album mereka.

Menuju Kegemilangan

Pada 1995, mereka menerbitkan (What’s the Story) Morning Glory?

Noel mahu memastikan album ini berjaya menawan carta di Amerika Syarikat selepas mereka melihat sambutan luar biasa ketika jelajah Amerika Syarikat. Album ini dikeluarkan dengan skala lebih besar.

Seperti biasa, mereka memulakannya dengan mengeluarkan single. Lagu Live Forever berjaya menjadi hits utama di MTV dan juga menjadi lagu yang seringkali diputarkan di stesen radio rock.

Paling menarik, pada 1995, album Definitely Maybe yang mereka sudah terbitkan setahun lalu di England berjaya mendapat status platinum emas di USA.

Tidak lama selepas itu drummer Tony McCaroll meninggalkan kumpulan Oasis selepas merakamkan single Some Might Say. Lagu yang turut sukses ketika itu.

Oasis ‘bermalam’ di dalam studio untuk memastikan album baru mereka diterbitkan dengan sebaik mungkin. Dan pada Oktober 1995, (What’s the Story) Morning Glory? menemui peminat mereka.

Sebaik sahaja dilancarkan, album ini sekali lagi menjadi album fastest-selling album di the U.K. sejak album Michael Jackson – Bad.

Pada 1996, album ini diiktiraf sebagai album British kedua paling laris dalam sejarah. Lagu yang mereka pertaruhkan termasuk Wonderwall, Morning Glory yang berjaya menakluki carta di Britain dan USA.

Album ini juga menjadi album top 10 di USA. Bukan sesuatu yang mudah untuk dicapai.

Album (What’s the Story) Morning Glory? juga menjadi naskah yang telah meningkatkan populariti Oasis ke negara Eropah lain dan Asia.

Lagu Don’t Look Back In Anger antara yang paling popular.

Pasda 1996, kontroversi melibatkan Noel Gallagher banyak ditulis oleh akhbar dan majalah. Sikap panas baran dan seringkali bertelagah dengan Liam Gallagher bukan sesuatu yang baru.

Kerana Noel juga, tour USA kedua mereka terpaksa dibatalkan selepas mereka melakukan konsert besar secara outdoor di Knebworth.

Selepas Oasis membatalkan Tour USA mereka, Oasis kembali ke England untuk merakamkan album ke-3. Be Here Now dikeluarkan pada Ogos 1997. Sebulan selepas single D’You Know What I Mean dikeluarkan.

Cerita album ini tetap sama seperti sebelum ini. Hangat dan mendapat sambutan. Album yang menguatkan lagi nama Oasis dalam arena muzik.

Namun pengkritik mulai mencari point untuk membandingkan kemerosotan jualan album berbanding dengan sebelum ini.

Oasis dikatakan bergaduh sekali lagi sesama mereka membuatkan mereka tidak keluar menemui media ataupun membuat persembahan.

Mereka tidak masuk ke studio membuatkan album Masterplan dikeluarkan lewat daripada perancangan mereka.

Pada 1999, Bonehead meninggalkan Oasis selepas tamat rakaman album ke-4 Familiar to Millions kerana mahu menumpukan lebih perhatian kepada keluarga.

Andy Bell dan Gem Archer dibawa masuk untuk menyiapkan album Standing on the Shoulder of Giants pada tahun 2000. Mereka mendapat 2 platinum emas untuk album ini.

Pada Julai 2000, Oasis menerbitkan album konsert mereka di Wembley dalam 6 format berbeza. Kaset, CD, DVD, VHS, Tripple Vinyl dan mini disc. Semuanya laku keras.

2 tahun selepas itu, mereka menerbitkan Heathen Chemistry. Lagu Songbird ciptaan Liam Gallagher akhirnya dimasukkan di dalam album ini.

Album ini juga menyaksikan pertama kalinya Oasis merakamkan lagu ciptaan band members yang lain selain daripada Noel. Ramai yang menyambut baik pendekatan ini.

Dalam tour USA mereka untuk album ini, Oasis terlibat dalam kemalangan jalanraya. Mereka membatalkan beberapa jelajah, tetapi kembali semula hanya selepas 2 minggu rehat untuk menamatkan tour tersebut.

Dengan publisiti yang teruk dilaporkan media ke atas kumpulan ini, ianya memberikan impak kepada penjualan album mereka kali ini.

Lebih teruk apabila pada akhir tahun 2000, mereka terlibat dalam pergaduhan jalanan di Munich. Noel tercedera di muka dan 2 ahli kumpulan mereka ditangkap polis.

Ini yang membuatkan reviu untuk album mereka terkesan daripada berita ini. Walaubagaimanapun, di UK, Album Heathen Chemistry terus mendapat sambutan.

Album seterusnya adalah Don’t Believe the Truth berhadapan dengan masalah penerbitan dan kelewatan. Banyak kecelaruan termasuk kes keluar megejut drummer Alan White.

Album ini akhirnya siap dan dikeluarkan pada Mei 2005. Mereka kekalkan konsep yang sama iaitu menerbitkan lagu daripada setiap bandmember dan bukannya dominasi penuh Noel.

Lagu Lyla, The Importance of Being Idle, dan Let There Be Love menjadi kekuatan album ini.

Ianya menjadi album paling laris Oasis sejak Be Here Now pada 1997. Petanda semangat kolektif adalah kekuatan mereka.

Noel berehat seketika untuk fokus kepada keluarga dengan kelahiran anak sulungnya. Pada 2008, Oasis menerbitkan Dig Out Your Soul. Album ini agak kurang sambutan.

Hilangnya nama Oasis

Selepas beberapa siri pergaduhan Noel dan Liam, Noel memutuskan dia keluar dari kumpulan. Marah dengan sikap Noel, Liam menukar nama kumpulan kepada Beady Eyes.

Selepas itu, Oasis terus tidak muncul lagi. Liam dikatakan sudah bosan dengan sikap Noel yang suka merendahkan ahli kumpulan yang lain dan terlalu banyak kontroversi termasuk dadah.

Noel sebelum ini datang dan pergi. Gaduh adik beradik katakan. Tetapi selepas Liam menukar nama kumpulan itu, Noel merajuk panjang dan tak pasti bila Oasis akan kembali sebagai Oasis.

Dalam satu temu ramah dengan Rolling Stones, Liam Gallagher menyatakan yang beliau sentiasa rindukan Oasis dan sentiasa terbuka untuk berkongsi pentas dengan Noel Gallagher.

Apa yang pasti 2 adik beradik ini sebenarnya sama saling memerlukan.

Jangan lupa kongsikan 3 lagu Oasis yang korang suka.

Rujukan

Rollingstone
Oasis 
Wiki