Obi Mikel Jelaskan Budaya Orang Afrika Punca Pemain Dari Sana Bergelut Isu Kewangan

Bekas pemain Chelsea, John Obi Mikel mendedahkan kenapa pemain pemain Afrika bergelut dalam pengurusan kewangan mereka walaupun gaji besar.

Menurut Mikel faktor budaya orang Afrika itu sendiri sudah cukup. Kerana apabila seseorang lelaki itu ada kerja yang bagus dengan pendapatan yang bagus, seluruh keluarga dan saudara mara terdekat akan bergantung kepadanya.

“Kita bukan bercakap tentang adik beradik kita sahaja, semua, sepupu sepapat sekali akan bergantung kepada kita,” tegas Mikel.

Mikel menikmati karier luar biasa ketika di Chelsea. Dia bercakap tentang perkara itu secara terbuka ketika dijemput oleh Rio Ferdinand dalam podcast FIVE.

Dia berkata ahli keluarga yang lain dan saudara mara akan mencari media untuk memburuk burukkan pemain Afrika yang kaya raya yang tak mahu memberikan mereka wang atau menjadi tempat mereka bergantung. Ianya adalah eksploitasi ke atas pemain daripada keluarga sendiri dan saudara mara mereka.

Soccer Football – Africa Cup of Nations 2019 – Group B – Nigeria v Burundi – Alexandria Stadium, Alexandria, Egypt – June 22, 2019 Nigeria’s John Obi Mikel with coach Gernot Rohr REUTERS/Mohamed Abd El Ghany

Senario itu berlaku kepada Paul Pogba. Walaupun dia oang Perancis namun asal usulnya adalah dari Afrika. Di mana abang abangnya menganggap Pogba harus membiayai kehidupan mereka kerana budaya mereka orang kulit hitam memang begitu.

Mikel menjelaskan, ianya perkara biasa untuk seorang pemain Afrika yang bergaji tinggi mendapat ugutan daripada keluarga dan saudara mara sendiri.

“Kamu akan diugut oleh saudara mara termasuk mereka yang sama darah daging dengan kamu. Di Afrika masalah ini, tak ramai yang tahu atau bercakap tentangnya. Apabila kamu ‘buat duit’ hasil titik peluh kamu, duit itu bukan milik kamu sepenuhnya.”

“Keluarga, saudara mara, sepupu sepapat, apa sahaja yang kamu panggil, semua merasakan diri mereka ada hak untuk menikmati wang itu.”

Seterusnya orang di sekeliling juga akan sedaya upaya mahukan anak mereka berkahwin dengan adik beradik atau saudara mara Mikel misalnya. Kerana nak merasai kesenangan.

“Orang lain akan memaksa anak mereka untuk berkahwin dengan keluarga atau saudara Obik Mikel, untuk menikmati sekali kesenangan. Mereka mahu menentukan hidup kamu.”

“Kemudian kamu melihat ada orang ini, mereka ada banyak anak, kamu pun tanya siapa yang akan menyara anak sebanyak ini? Mereka akan cakap itu tanggungjawab kamu [saya].”

“Mereka kini di bawah tanggungan kamu. Mereka meminta itu ini dan jika mereka terguris hati kerana kamu, mereka akan panggil wartawan untuk jaja cerita kamu.”

“Sampai satu tahap saya rasa cukup cukuplah. Saya dah tak tahan.”