Ochoa Kini Jadi Penjaga Gol Mexico Pertama Bolos 1,000 Kali Di Kelab

Guillermo Ochoa adalah penjaga gol yang seringkali menjadi bahan jenaka peminat di media sosial.

Kerana namanya dikatakan hanya akan muncul pada Piala Dunia. Dia biasanya menunjukkan aksi luar biasa di Piala Dunia dan kemudian orang pun lupa di mana dia berada.

Antara edisi ikonik yang Ochoa pernah persembahkan di pentas Piala Dunia adalah pada 2014. Terutama sekali ketika aksi menentang Brazil di mana Ochoa digelar tangan sotong pada masa itu menafikan kesemua percubaan Neymar dan rakan rakannya.

Sudah tentunya dia akan digelar legenda Mexico berdasarkan pencapaiannya bersama skuad kebangsaan negara itu. Kemudian dia juga memiliki beberapa siri kejayaan di semua peringkat bersama Mexico.

Di peringkat kelab Ochoa bukan penjaga gol yang elit. Malah kini dia mencatatkan rekod buruk sebagai penjaga gol Mexico pertama mencatatkan 1,000 bolos dalam karier kelabnya.

Rekod tidak diingini itu berlaku ketika aksi Salernitana menentang Cagliari.

Dia mencapai rekod aksi 300 perlawanan rasmi dengan kelab Eropah, dan kemudian, selepas kekalahan 2-4, dia menjadi penjaga gol Mexico pertama yang melepaskan 1000 gol dalam bola sepak kelab.

Dengan Salernitana, Ochoa kini telah melepaskan 75 gol, dan situasi semasa pasukan itu mencabar, kerana mereka berada di tangga tercorot Serie A dengan 14 mata, hampir dengan penyingkiran, menambah satu lagi babak kepada cabaran yang dihadapi oleh penjaga gol Mexico itu.

Kelab di mana Ochoa dibolosi paling banyak gol adalah sama di mana dia membuat penampilan sulung: Club América, di mana dia mencatatkan bolos lebih separuh daripada jumlah gol, dengan 525 gol dilepaskannya.

Pasukan lain yang diwakili Ochoa termasuk Ajaccio (186 bolos), Standard Liege (113 bolos), Granada (82 bolos), dan Malaga (19 bolos).

Baca yang lain