Penjaga gol Mexico, Guillermo Ochoa memberikan reaksi emoji gelak ke atas troll yang menunjukkan dia dan Xherdan Shaqiri hanya akan muncul pada kejohanan antarabangsa.
Kemudian selepas tamat kejohanan antarabangsa kedua duanya terus hilang dari radar peminat bola sepak.
Ochoa dianggap sebagai salah seorang penjaga gol terbaik untuk Mexico dalam pertandingan major termasuk Piala Dunia. Antara edisi ikonik yang Ochoa pernah persembahkan di pentas Piala Dunia adalah pada 2014. Terutama sekali ketika aksi menentang Brazil di mana Ochoa digelar tangan sotong pada masa itu menafikan kesemua percubaan Neymar dan rakan rakannya.
Guillermo Ochoa will play his 5th World Cup with Mexico π§€π²π½
β First Mexican to be nominated for the Ballon d'Or
β Best Mexican player of the last World Cup
β Most Capped Goalkeeper in Mexico's History
β Bossed the 2014 World Cup
A legend of his country. ππ€β€οΈ pic.twitter.com/HfVI4zsReo
β Football Tweet β½ξ¨ (@Football__Tweet) April 2, 2022
Seorang lagi pemain yang dianggap luar biasa bersama negaranya berbanding kelab ialah Xherdan Shaqiri. Pemain yang pernah bermain untuk kelab besar seperti Liverpool dan Bayern Munich.
Oleh sebab itu peminat mulai troll mereka dan Ochoa membeli banter itu dengan tenang.
Santai saja kan Ochoa diusik dengan troll di media sosial. Kerana dia sememangnya dah lali kena troll begitu.
Teruk sangat ke pencapaian Ochoa di peringkat kelab?
Pada Mac 2024, Ochoa menjadi penjaga gol Mexico pertama melepaskan 1,000 bolos di peringkat kelab.
Sudah tentunya dia akan digelar legenda Mexico berdasarkan pencapaiannya bersama skuad kebangsaan negara itu. Kemudian dia juga memiliki beberapa siri kejayaan di semua peringkat bersama Mexico.
Di peringkat kelab Ochoa bukan penjaga gol yang elit. Malah kini dia mencatatkan rekod buruk sebagai penjaga gol Mexico pertama mencatatkan 1,000 bolos dalam karier kelabnya.
Rekod tidak diingini itu berlaku ketika aksi Salernitana menentang Cagliari.
Dia mencapai rekod aksi 300 perlawanan rasmi dengan kelab Eropah, dan kemudian, selepas kekalahan 2-4 pada masa itu, dia menjadi penjaga gol Mexico pertama yang melepaskan 1000 gol dalam bola sepak kelab.
Dengan Salernitana, Ochoa musim lalu telah melepaskan lebih 75 gol, dan situasi semasa pasukan itu mencabar dan akhirnya tersingkir dari Serie A. Dia malah menyalahkan taktikal pengurusnya sebagai punca dia banyak bocor di barisan pertahanan.
Akhirnya dia tidak disambung kontrak dan dilepaskan secara percuma selepas musim berakhir.
Sebagai rekod, kelab di mana Ochoa dibolosi paling banyak gol adalah sama di mana dia membuat penampilan sulung: Club AmΓ©rica, di mana dia mencatatkan bolos lebih separuh daripada jumlah gol, dengan 525 gol dilepaskannya.
Pasukan lain yang diwakili Ochoa termasuk Ajaccio (186 bolos), Standard Liege (113 bolos), Granada (82 bolos), dan Malaga (19 bolos).