Odegaard Tak Sengaja Kritik Sebelah Kanan Lubuk Malam Tadi

Martin Odegaard mendedahkans secara terbuka kelemahan taktikal Arsenal yang menjadi ‘lubuk’ serangan Brighton dalam kekalahan 0-3 mereka di Emirates.

Odegaard mengakui pendekatan direct daripada Brighton benar benar menyusahkan mereka.

Harapan gelaran Liga Perdana The Gunners kini musnah, empat mata di belakang Manchester City setelah bermain lebih satu perlawanan. Kapten Odegaard, yang tidak dapat meneruskan penampilannya yang cemerlang ketika di Newcastle.

Selepas perlawanan, pemain tengah Norway itu secara tidak sengaja mendedahkan bagaimana pasukannya boleh dikalahkan, memberitahu Sky Sports: “Kami melakukan dengan OK pada separuh masa pertama dengan tekanan tinggi dan mungkin berbahaya dan menjaringkan beberapa gol.”

“Permainan berubah sedikit dalam separuh masa kedua, apabila mereka pergi secara langsung [direct], ia agak terlalu mudah untuk mereka lolos. Saya tidak tahu mengapa buat masa ini. Saya tidak mempunyai sebarang jawapan.”

“Mereka menyerang kami dari sebelah kanan dengan terlalu mudah. Saya tidak ada jawapan yang bagus untuk memberitahu kamu tentang apa yang berlaku. Namun ianya sangat mengecewakan.”

Ruang di sebelah kanan Arsenal adalah posisi Ben White. Dan peminat segera mengkritik pemain itu yang dianggap tidak cukup bagus untuk beraksi di posisi tersebut.

Mereka juga menyelar Bukayo Saka yang tidak banyak membantu ketika bertahan dan berpendapat pemain itu berada dalam tahap prestasi yang kurang baik sejak April.

Odegaard kemudian menyatakan bahawa mereka harus realistik dalam persaingan kejuaraan liga. Dan sudah boleh mengaku kalah. Kerana Man City buat masa ini terlalu bagus dan tidak ada ciri ciri akan melakukan kesilapan.

“Ya, ia kelihatan sukar sekarang [untuk memenangi gelaran] sejujurnya, kami harus realistik,” kata Odegaard.

“Saya tidak fikir City akan melakukan terlalu banyak kesilapan sekarang. Kami hanya perlu kembali ke padang dan menamatkan musim dengan cara yang baik. Saya rasa semua orang berhak melakukannya, terutamanya peminat.”

“Kami telah melakukan banyak perkara yang baik tetapi pada masa ini ia hanya mengecewakan bagaimana cabaran kami telah berakhir. Ia adalah petanda yang baik bahawa kami kecewa dengan keadan.”

“Kami hanya perlu memastikan kami terus meningkat dan menjadi lebih baik.”

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.