Pemain sayap Chelsea, Callum Hudson-Odoi dilaporkan sedia untuk membuat pusingan U dan memilih Ghana sebagai negara diwakilinya dalam FIFA.
Odoi yang meluangkan masanya bercuti di Ghana di kampung asal keluarganya pada ketika pra musim, dikatakan telah banyak mengubah pendirriannya menjadi lebih positif tentang Ghana.
Negara tersebut melayannya dengan baik walaupun sebelum ini dia pernah menolak untuk mewakili Ghana dan menerima panggilan daripada Tiga Singa.
Selain itu, Odoi sangat selesa dengan komuniti dan pemimpin di Ghana yang melayannya dengan sangat baik sepanjang dia berada di sana.
Caullm Hudson Odoi malah diajak berdialog dengan presiden Nana Akufo Oddo tentang pembangunan bola sepak dari segi infrastruktur dan peluang kepada anak anak muda di Ghana.
Ketua FA Ghana, Kurt Okraku memberikan bayangan bahawa banyak perkara positif daripada lawatan pemain muda Chelsea itu pada kali ini.
Okraku berkata: “Saya sudah bercakap dengan Callum sebelum berjumpa dengan dia di Ghanan lagi. Dan kami berjanji akan bercakap ketika dia tiba di Ghana. Kami berbincang tentang perkara lebih daripada sekadar isu dia bermain untuk Ghana. Dia kelihatan ada cita cita yang sangat gila dan sangat teruja untuk membantu kanak kanak di Ghana. Ini yang membuatkan saya pun teruja sama.”
“Kami sudah tak sabar untuk bekerjasama dengan Odoi dan keluarganya serta pemain pemain lain yang berminat nak mewakili negara ini. Kami ada ramai pemain seperti beliau. Kami bercakap tentang isu teknikal pasukan, tentang kuasa politik untuk membolehkan mereka bermain untuk Ghana.”
Hudson-Odoi sendiri sudah memberikan bayangan kemungkinan akan menukar negara yang diwakilinya selepas gagal mendapat panggilan England untuk Euro.
“Saya rasa, sangat jelas, ketika anda masih muda, anda berpeluang bermain untuk England sepanjang tahun, dari bawah 15 hingga ke bawah 16 tahun. Ketika mereka jelas memberi saya peluang untuk bermain, saya sudah berada di negara ini. Ini adalah sesuatu yang sudah ada dalam fikiran saya, dan sudah bermain untuk England. ”
In the span of June 1st to now, Ghana has seen: Callum Hudson-Odoi, Former Blues and Black Stars head coach Avram Grant, and Antonio Rudiger.
My country.💙🇬🇭 pic.twitter.com/jsKPoPv4L6
— Chalmers #COYB⭐️⭐️ (@StanCardiMusic) July 10, 2021
“Oleh itu, jelas sekali memilih Ghana atau England, dan pada akhirnya saya mengatakan bahawa saya selalu mempunyai orang yang tepat di sekeliling saya yang selalu menasihati saya – apa yang betul, apa yang salah.”
“England datang menjemput, dan saya berkata ya, biarkan saya pergi dan bermain untuk negara saya. Tapi saya katakan Ghana juga rumah saya, jadi kita akan lihat, kita akan lihat. Anda tidak akan tahu, jadi … ”
“Sekiranya anda adalah saya, dan mendapat kesan bahawa pemain tidak dapat menukar kesetiaan pasukan kebangsaan setelah membuat penampilan yang kompetitif, anda akan salah.”
Bagaimana Odoi boleh mewakili Ghana?
Callum Hudson Odoi sebenarnya sudah membuat 3 penampilan kompetitif untuk England dalam pusingan kelayakan Euro.
Sebenarnya peraturan terbaru FIFA membenarkan mana mana pemain menukar negara diwakili mereka walaupun sudah beraksi aksi kompetitif.
Dengan syarat mereka bermain tidak lebih dari 4 kali dan tidak pernah bermain dalam pusingan akhir sesuatu kejohanan seperti Piala Dunia, Euro dan sebagainya.
Namun pertukaran negara yang diwakili itu harus dilakukan sebelum seseorang pemain berusia 21 tahun.
Jadi, Hudson-Odoi pasti layak dengan syarat dia menukarnya segera sebelum berusia 21 tahun. Beliau kini baru berusia 20 tahun.
Beberapa laporan mendakwa bahawa peralihan ini sekarang benar-benar rasmi, walaupun sebenarnya tidak dapat dibuat rasmi hingga November 2022 karena peraturan menetapkan bahawa pemain harus menunggu tiga tahun antara penampilan kompetitif terakhir mereka dengan negara sebelumnya, jika mahu beralih kewarganegaraan diwakili.
Seperti yang dilaporkan oleh GhanaSoccernet, jika dia memutuskan untuk menukar kewarganegaraan sekarang, Callum Hudson Odoi akan layak untuk mewakili Ghana sebelum permulaan Piala Dunia 2022!